Tuesday, January 12, 2016

NEW GLASSES ON 2016

Assalammualaikum.....

Yesss..... finally I got a new glasses on early 2016......

Sebenarnya dah lama dah simpan frame spec Ray Ban model Wayfarer ni. Lens spec ni dulu kaca diperbuat dari syarikat Bausch & Lomb (B&L) model G-15... (ni masa aku giat aktif main RayBan dulu2 tu yg tau sikit2 pasal RayBan tu....)  kisahnya spec ni pernah jatuh dulu dan lens nya pecah. Start dari aritu aku terus simpan je frame ni. So memandangkan skang mata ni pun dh mcm mintak2 ditambah je powernya baru skang teringat masih ada simpan lagi frame spec lama ni. Why not kalo tukar je lens yg ada power ni masukkan terus ke frame rayban ni kan.... jimat dan bergaya gitu.... hahaha....

Dan inilah hasilnya bila frame spec ni dah dimasukkan lens baru yg ada power. Best jgklah bila pakai sbb besar puas tgk cuma ianya agak berat sketlah. Yg kali ni aku tkr lens yg boleh tukar2 kaler tu bila time cuaca panas je lens tu otomatik leh tkr kaler jd gelap. Nama lens ni photogrey/transition lenses atau nama lainnya changeable lens. Agak mahal jgk harganya sbb power tinggi nak ditipiskan dan satu lagi lens ni leh tkr2 warna mengikut keadaan semasa. Spec ni aku pakai all time kecuali ke tpt keje aku ada spec lain. Gi keje kena pakai spec formal takleh nak ranggi2 sgt nnt ramai yg berkenan kt aku.... hahahaha.... oklah itu jelah cite sedikit sebanyak psl diri aku utk pembuka bicara di tahun 2016 ni...... semoga terhibur dgn celoteh dari aku ni.... sekian....


Monday, November 23, 2015

MY ALL

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
Because I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side

[Chorus]
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Because I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

[Verse 2]
Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight

[Chorus]

Thursday, October 29, 2015

MY PRESCRIPTION INCREASE

Assalammualaikum.....

Today I want share about my eye story.... so sad....now I'm permanently specky..... my vision very poor without glasses. My prescription increase about last year up to L - 4.00 R- 4.00. its was so rapid...... long time I tried to survive and maintain the prescription but last year it happen last when I check my eye the optician said my prescription increase because I'm not wearing glasses when I need and I always push my eye to seeing everything. What can I say.... I have no choice and I had to wear glasses. I try to wear contact lens but its only for a while around 4 hour per/day because my eyes dry.

So now i change my life to be a specky man. Too difficult when I put my glasses, I can't see far away, everything is blur. I can't read the sign board when I driving. I need glasses every time and I just put when I sleep. I believe the prescription can be increase every years if I not care my eyes very well.







Friday, October 9, 2015

Tuesday, June 30, 2015

SALAM RAMADHAN 2015


Assalammualaikum.....

Pertama-tamanya aku panjatkan kesyukuran kpd ALLAH krn diberi peluang utk hidup dan dpt berjumpa semula dgn bulan mulia iaitu bulan Ramadhan pada tahun 2015. Utk tahun berikutnya aku tidak pasti dan aku berdoa supaya aku di pertemukan semula dgn bulan mulia ini. 

Azam setiap kali dtgnya bln Ramadhan ini ialah utk menyucikan diri dr segala dosa, mohon keampunan dan menjaga tertib tatatusilah diri supaya tidak tergelincir dari landasan. Jaga mata, telinga, lidah, perbuatan, pertuturan dan sebagainya...Tidak byk yg hendak diceritakan pd bulan Ramadhan ni krn tiada aktiviti kehidupan yg berbeza. Setiap hari pergi kerja, blk kerja terus berbuka dan In Shaa ALLAH gi Solat Terawih, kemudian blk umah tido, esoknya bangun sahur, terus gi keje dan camtulah rutinnya sehingga menjelang hari raya nnt. Bazaar Ramadhan???? hurmmm.... dh lama x gi bazaar tapau makanan then berbuka di Dataran Shah Alam, pastu terus gi Solat Maghrib di Masjid Shah Alam then terus sambung Solat Terawih. Last wat camtu tahun bila ek? memori sangat2.....................


Monday, June 1, 2015

AKU ADA ALLAH

Assalammualaikum.....

Last 2 weeks kat office aku ni ada diadakan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) atau reward mana2 kakitangan syarikat yang bekerja dengan bagus dan banyak menyumbang kepada keuntungan syarikat. Majlis sangat meriah dan tahniah diucapkan kepada rakan2 yang telah berjaya mendapat APC tersebut. Aku hanya mampu tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan majlis tersebut tanpa berlengah lagi. 

Aku ada ALLAH.....

Inilah kehidupan..... belajarlah hidup mengenal alam semulajadi, belajarlah hidup untuk mengenal erti kehidupan, belajarlah hidup menghadapi ragam manusia, belajarlah hidup mengenal diri sendiri dan belajarlah hidup lebih mendekatkan diri dengan Allah.

Aku ada ALLAH....

Sekadar luahan, hanya di dalam blog ini aku luahkan segala yg terpendam. Selama lebih kurang 12 tahun aku berkhidmat, bekerja dan menempuh segala kepayahan syarikat naik turun, silih berganti kakitangan yang pergi dan yang hadir.... aku tersenyum... pahit manis dan segala rahsia rasmi dalam genggaman aku, Aku tersenyum masih wujudkah aku?

Aku ada ALLAH.....

Hanya segelintir yang memahami diriku dan hanya segelintir yang tahu kepayahan dan sumbangan besar aku di dalam syarikat tersebut. Ianya lucu bukan? kisah syarikat harus diceritakan di alam maya..... harus? dengan siapa lagi aku nak mengadu selain dari Allah? aku x punya sesiapa.... aku pendendam juga pemaaf. Aku perahsia..... pandai bermain dengan kata2, pandai bermain dengan watak, pandai mengelirukan emosi kepada umum. Aku bijak mengawal situasi namun kadangkala aku tewas tetapi dengan siapa aku harus mengadu? Aku x punya sesiapa.... 

Aku ada ALLAH.....

Kisahnya "simple" sahaja...tajuk utamanya ialah "Tiada Penghargaan Di dalam Kerjaya". Pada aku.... aku adalah seorang yang bukan hanya memandang dari satu sudut. Aku suka memandang dari pelbagai sudut, bila terjadi sesuatu perkara musibah atau muhibah pasti ada penyebabnya dan puncanya... Kenapa aku tidak dihargai? aku tanya semula kepada diri aku.... Pernahkah aku menghargai orang lain? setiap yang berlaku adalah ketentuan dari ALLAH. Mungkin calon APC yang baru 2 tahun berkhidmat pandai mengambil hati orang disekeliling, tidak menyakiti hati orang lain, peramah, ringan tulang berlainan sekali dengan kakitangan yang telah berkhidmat selama 12 tahun yang kerapkali mendatangkan masalah dan menjengkelkan ramai pihak. Aku tersenyum......

Aku ada ALLAH....

Kisah dan tauladan ini banyak mengajar aku lebih mendalam tentang kehidupan. Aku tersenyum.... kehidupan ini ketentuan ALLAH namun kita adalah perancangnya. Seronok melihat ragam, gelagat, perangai, manusia yang mempersiakan kecintaan dalam kehidupan. Aku bukan kecewa disebabkan reward/APC atau tiada penghargaan tetapi aku kecewa dengan sikap. Apa yang hendak aku cuba sampaikan adalah berkenaan dengan sikap manusia.... Alhamdulillah jika syarikat tersebut terus maju namun sikap manusia kadangkala menjadikan sesuatu kemajuan itu sukar untuk dicapai atau mungkin boleh dicapai namun dalam tempoh yang sangat lama. 

Aku ada ALLAH....

Penulisan aku tidaklah sehebat mana, sekadar luahan emosi si kembara berdikari mencari diri di dalam diri, umpama mimpi di dalam mimpi. Di dalam diri  ada lagi satu diri..... sangat susah untuk di huraikan namun ada beberapa insan yang teristimewa untuk melalui dunia tersebut. Seringkali tergetus sendirian seolah2 diri menjadi ramai di dalam diri....Sekadar luahan perasaan..... Aku ada ALLAH......
































Sunday, May 17, 2015

NEON - NEON KUALA LUMPUR

Semalam selesai sudah layan kak porah dan melepak lelama kat majlis kenduri kawen member opis, makanya aku dihalau balik free2 jer (padan muka) terus shoot ke Kota Dam...!!!! (Kota Damansara) minum jap kat "Gulam Mee". Aku berdua je dgn kwn sekampung aku sebagai peneman. Jam masa tu menunjukkan jam 6.30 petang so aku ajak dia masuk town KL dah lama x meranggi.... kitaorg lepak kt Shell Tol Jalan Duta sementara nak tunggu solat Maghrib tu makanya sempatlah main snap2 gambar.... best jgk rupanya jadi poyo nih! poyo poyo poyo poyo jer..... wekkkkkkk...... 

Lama giler x lepak KL.... park kete kt BB Plaza then aku jalan kaki jadi gelandangan sambil layan bebudak busking kat kaki2 lima. Memang saje nk merasa kehidupan di bawah lampu neon-neon Kuala Lumpur. Bersyukur sangat2.... sebab..... indahnya kehidupan yg Allah aturkan utk aku. Byk perkara yg nk dihuraikan tp xpelah... hiraukan jelah....  So..... itu sahaja aktiviti aku semalam. Balik umah? pukul berapa? kenapa nak tanya2? hahahaha..... yg pasti masih ada lagi rupanya perangai lama aku yg x bole hilang iaitu...... 'un-plan'.