Thursday, April 7, 2011

AKU GEMURUH

cara mengatasi perasaan gemuruh dan punca gemuruh




Perkara yg membuatkan kita menjadi malu kadang2 memang memalukan…Ahaks…Kahaks…So, di sini Aku dengan rasa berbangga dan penuh rasa hormat serta tonggengjawab ingin memberi beberapa tips yang boleh diamalkan untuk cover kemaluan anda semua…Oh, aku terlepas pandang pula, cover malu la bukan cover kemaluan…alahai, BM fail ka?…Oo mak aih…Peristiwa2 yang memalukan sering berlaku kepada setiap insan, oleh itu mari kita baca satu persatu tips2 tersebut…




1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..



2. Kalau terjatuh basikal atau motor: cepat-cepat naik basikal atau motor anda semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...



3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...



4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....”makhluk mana xreti2 buang sampah ni, akak juga kena kutip…report Karam Singh Walia baru tau!..”

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang anda....



6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..jikalau takda..baring terus sampai malam dan takda orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....



7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....



8. Kalau tersalah tegur orang: anda tegur orang itu tapi tersalah plak, jangan gelabah puyuh. Anda hanya perlu bersalam dan buat2 tanya soalan..contoh soalan la..”emm,bang nak pergi tandas ikut jalan mana ek?”



9. Kalau silap masuk rumah atau kelas: Bagi salam, masuk je…jangan segan2…klu org usha pelik jer…balas dengan senyuman…mungkin diorang ingat anda terencat akal atau OKU…so, org xkisah dengan insan2 istimewa seperti itu…



10. Kalau anda jenis xtau malu: tak perlu buat apa2…rileks2 sudah…control jiwa dan emosi…hahahahaha…

1 comment: