Tuesday, April 5, 2011

PERGINYA SEORANG SAHABAT

Jam 3.15am bertubi-tubi panggilan telefon dan sms masuk kerana member2 nk inform yg sahabat permotoran aku telah kembali warahmatullah akibat kemalangan jalanraya. Kalaulah diaorg call aku awl sket confirm aku terus ke tempat kejadian di Meru, Klang... aku pun x sedar sbb pukul 2.45am aku baru je lena setelah seharian terlibat dengan event kt dataran Shah Alam (9am - 1.00 am) mmg pengsanlah aku. Sedar2 je matahari dh tegak atas kepala.

Menurut cerita dari rakan2, arwah Man dari arah Puncak Alam menghala ke Pekan Meru kira-kira jam 2.00am. Kemudian sekumpulan group2 rx-z dari arah Klang menghala ke Puncak Alam mengelak kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang Jalan Nenas menyebabkan salah sebuah motor rx-z tersebut melanggar arwah Man secara berdepan sehingga menyebabkan arwah Man tercampak ke belakang sejauh 10 meter akibat rempuhan yg kuat dari mamat rx-z tersbut. Alhamdulillah arwah Man sempat mengucap kalimah syahadah di pangkuan rakan-rakan. Manakala mamat rx-z tersebut kini masih tidak sedarkan diri dan kritikal (50-50). Arwah Man seorang yg ceria dan peramah, kehilangannya amat dirasai oleh rakan permotoran. - Al-Fatihah -

No comments:

Post a Comment