Sunday, May 8, 2011

BERAT HATI....

Aku dah fikir masak2 dan sedalam2nya..... aku perlu buat sesuatu bagi meneruskan kehidupan dan mencari keselesaan dalam hidup. Memang berat hati ini untuk melepaskan tetapi apakan daya situasi dan rencana hidup yang mencorakkan pemikiran aku untuk mengambil keputusan ini. Begitu banyak helaian kertas bernilai yang menjadi rebutan manusia didunia ini telah aku campakkan ke sebuah jentera beroda empat bagi memuaskan hawa nafsu aku bukannya keperluan tetapi kehendak semata-mata.

Begitu banyak kenangan yang menggamit memori daku melalui jentera ini. Dari kecil dan turun temurun aku membelanya. Dari sebuah jentera bernilai puluhan ribu, yang cantik sehingga menjadi sebuah bangkai bergerak yang bernilai pada waktu itu sekilo 20 sen shj. Aku gagahkan diri melalui zahir dan batinku untuk menjadikan jentera tersebut menjadi jentera rebutan dan tinggi nilainya di pasaran. Akhirnya setelah 2 tahun aku bertungkus lumus maka terhasillah hasil nukilanku melalui gelaran
"super yellow" oleh rakan2ku....

Kini...... sudah sampai masanya untuk aku melepaskan jentera ini bagi mencari keselesaan dalam hidup. Walaupun berat hati ini tapi aku mesti meneruskan keputusanku tanpa menoleh kebelakang lagi walaupun sebelum ini sudah 2 kali aku gagal utk mengotakan keputusan yang telah aku buat pada tahun 2009 dan 2010. Dan pada 2011 dengan lafaz bismillah aku dengan rasmi aku ingin MENJUAL KERETA PROTON SAGA yang telah di
"convert" kepada MITSUBISHI FIORE. Disini aku sertakan beberapa keping gambiran utk ditatap kepada umum dan juga menjadi kenangan kepadaku kelak jika jentera ini telahpun dilepaskan.... :-(










No comments:

Post a Comment