Tuesday, May 17, 2011

EMOSI

Pada waktu ini, jam ini, hari ini dan hari2 berikutnya sehingga bila ntah emosi aku agak terganggu. Sumenya gara-gara SEPHIA yg sedang terlantar sakit dan memerlukan rawatan segera. Aku sedang bertungkus lumus mencari penawar untuknya bagi menyembuhkan penyakit kronik yg sedang dihadapinya. Sedih dan pilu rasanya jika aku terus membiarkan ianya terus menderita. Sudah merata tempat aku mencari penawar namun masih belum membuahkan hasil. Ada juga rakan2ku yg memberikan maklumat berkenaan penawar yg mungkin boleh diperolehi namun tidak begitu memuaskan dan ada juga yg hanya memberi maklumat kosong. Ada juga sebahagian dari rakanku menyuarakan pendapat supaya aku melepaskan sahaja SEPHIA supaya hilang bebanan dan tanggungjawabku kepadanya namun hati aku tetap berkeras yg aku masih mahu menjaga SEPHIA hingga ke akhirnya. Memang aku mampu dan boleh mencari pengganti SEPHIA namun aku TIDAK MAHU. Aku sangat sayang kepada SEPHIA ku itu.....Insyaallah dalam waktu terdekat ni SEPHIA mungkin akan sembuh dan aku telahpun mendapat maklumat di satu tempat bahawa disitu terdapat penawar yg sangat hebat dan boleh menyembuhkan SEPHIA dengan sekelip mata sahaja. Aku tidak peduli dengan wang ringgit kerana helaian kertas tersebut boleh dicari namun kenangan bersama SEPHIA pe cer? mana mau cr kawan???





Inilah SEPHIA kesayanganku yg sedang terlantar sakit kerana masalah "gear box" kondem!!! tengah cr barang x dpt2 lagi...semoga ia dpt sembuh dgn secepat mungkin.. amin...

No comments:

Post a Comment