Friday, July 22, 2011

GOLLLLLLLLL...!!!!!!!!! KONTROVERSI CHELSEA VS MALAYSIA


Blues menang melalui gol kontroversi Drogba 10 minit sebelum tamat

HAMPIR sempurna! Itu gambaran tepat untuk menerangkan corak permainan skuad pilihan kebangsaan kendalian Ong Kim Swee ketika tewas 1-0 di tangan Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Chelsea yang menurunkan semua pemain handalannya dalam perlawanan yang disaksikan lebih 80,000 penonton itu, terpaksa bekerja keras sebelum dikurniakan gol tunggal kontroversi pada minit ke-80.

Pada babak pertama yang menyaksikan hanya seorang pemain Harimau Muda tersenarai dalam kesebelasan utama - Wan Zack Haikal Wan Nor - menyertai barisan pemain senior negara, skuad pilihan kebangsaan mempamerkan disiplin tinggi ketika mengekang Chelsea 0-0 sepanjang 45 minit.

Beberapa percubaan daripada Salomon Kalou dan Fernando Torres untuk membolosi gawang negara yang dijaga Farizal Marlias berjaya dipatahkan S Subramaniam dan Norhafiz Zamani Misbah - antara tonggak utama di barisan pertahanan yang bekerja keras menahan asakan jentera serangan kelab gergasi Eropah itu.

Farizal turut beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan jarak dekat Chelsea, antaranya rembatan Torres yang menerima hantaran tepat daripada kapten pasukannya, Frank Lampard seawal minit ketiga permainan.

Skuad kebangsaan turut membuatkan penjaga gol Chelsea, Henrique Hilario dan tonggak pertahanannya, Branislav Ivanovic bekerja keras ketika mematahkan serangan balas barisan tengah dan depan negara yang diterajui Amri Yahyah dan Hairudin Omar.
Menjelang 10 minit terakhir sebelum rehat, sekurang-kurangnya empat lagi percubaan tepat dihasilkan skuad kendalian Villas-Boas itu tetapi sama ada dihalang barisan pertahanan negara atau diselamatkan Farizal.

Pada babak kedua, Kim Swee mula menyerapkan tonggak utama Harimau Muda, antaranya perancang utama, Gary Steven Robbat dan gandingan mantapnya, Irfan Fazail dengan Fandi Othman dan Wan Zaharulnizam Zakaria.

Kemasukan penyerang licik, Syahrul Azwari Ibrahim hampir menjelmakan gol apabila permainan satu duanya dengan Irfan berakhir dengan rembatan Syahrul pada minit ke-58 melepasi palang.

Sebelum itu, Wan Zaharulnizam turut membuktikan saiz bukan penghalang apabila dia secara solo melepasi benteng pertahanan Chelsea tetapi rembatannya mudah ditangkap penjaga gol gantian, Ross Turnbull.

Permainan cemerlang skuad muda negara dan beberapa pemain senior seperti Shahrulnizam Mustapa, Norhafiz, Joseph Kallang Tie dan Subramaniam perlu diberi pujian. Skuad Olimpik akan berangkat ke Slovakia esok untuk sesi latihan intensif selama sebulan.

INFO

Penjaring:

Chelsea FC:
Didier Drogbar (min-78)

Malaysia:

Mohd Farizal Marlias (Mohd Izham Tramizi), Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Fandi Othman), Norhafiz Zamani Misbah (Mohamad Amer Saidin), S, Subramaniam, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Affize Faisal Mamat), Shahrulnizam Mustapa (Abdul Shukor Jusoh), Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gary Steven Robbat), Joseph Kalang Tie (Syahrul Azwari Ibrahim), Hairuddin Omar, Amri Yahyah (A. Thamil Arasu).

Chelsea FC:

Separuh masa pertama:

Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Ryan Bertrand (Patrick Van Aanholt), Jose Bosingwa, Joshua Mc Eachran, Slobodan Rajkovic, Yossi Benayoun, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Fernando Torres.

Separuh masa kedua:
Petr Cech, Paulo Ferreira, Alex, Yury Zhirkov, John Obi Mikel, Nathaniel Chalobah, Billy Clifford, Daniel Sturridge, John Terry, Nicolas Anelka, Didier Drogbar.

Pengadil: Subkhiddin Mohd Salleh


juanz nakal :

Apa nk dikata....dah nasib... tapi juanz bangga jadi rakyat Malaysia...... :-)







Tuesday, July 19, 2011

TUGASANKU I

Seharian semalam aku menunggu supplier instrument ni wat keje. Mulanya pagi tu sesi taklimat kat JPS Ampang then 2.30 pm baru pergi ke site kat Bestari Jaya, Kuala Selangor utk pemasangan alat baru. Sebelum ni company aku engage satu consultant utk handle instrument ni dari A - Z. Yang kitaorg tau just collect data jer. But now diaorg nk ubah plak, nk direct dgn supplier tp maintenance aku and the gang la yg kena buat. Calibrate pun aku jugak kena buat..... hahahha.... bertambah lagi keje ko juanz. Niat murni company aku tu aku sambut dgn baik dgn hati yg ikhlas NAMUN BEGITU... bkn setakat ini je kerja aku, ada byk lg tugasan2 lain yg mmg sedia ada dan ditambah lg dgn tugasan baru ini.....bagus2.... terkangkanglah ko lepas ni juanz dgn bebanan tugas yg sgt2 terlampau. Hahahaha....

Sebenarnya alat ni bertujuan utk mengetahui flow air tu berapa, depth and current situation punya sungai (tunggang langgang ayat aku). So bila dh dpt tau sume2 tu.... kita lehlah control air yg perlu di release dari DAM ke Sungai Selangor utk kepentingan habitat Kelip-kelip di Kg Kuantan Kuala Selangor tuuuuu....kerana Habitat kelip-kelip ni unik, ianya hidup melalui pokok berembang dan pokok berembang ni plak hidup melalui pertembungan air masin dan air tawar. Paras minima air yg perlu di release adalah sebanyak 350 MLD setiap hari, x boleh kurang dari itu. kalo kurang dari jumlah tersebut makanya air masin akan lebih mempengaruhi kt kawasan kelip-kelip tuh. Eh, dahlah.... panjang lebar plak aku explain ni. Kang bosan plak org nk baca ayat2 skema aku ni.... hehehehe... oklah.... biar gambar menceritakan segala2nya.... adios!!! :-)


Keadaan semasa di Sungai Selangor dari arah "up stream"


Keadaan semasa Sungai Selangor dari arah "down stream"


Sangat deras, kalo terjatuh kt sini ni mmg kompom mayat tidak ditemui.


Hah! yg ni adalah rakan setugasku yg baru putus cinta sambil memikirkan masa depannya yang masih mendung x cerah2... hehehe...

Yang comel2 ni pun rakan sekerja juga, tgh khusyuk melihat supplier tu wat keje.
(juanz kt mana yer???? jeng...jeng...jeng....)


Antara alatan yang digunakan utk mengukur dan mencari Q-liner sebelum menguji instrument yg dipasang.

Inilah instrument yg dimaksudkan, leh download data direct dari office.... dulu guna sistem dialing tp skng lg canggih dan jimat sbb rangkaian internet lebih meluas kannnnnn....




Monday, July 18, 2011

HELMET OH HELMET

Sebenarnya aku dah xde koje dah..... sesaje je nk update blog dari terus bersawang kan.... i sgt berminat dgn topi keledar tawwww...... adakah ianya untuk keselamatan atau sekadar gaya semata-mata. xde ke sesapa yang nk membincangkan ttg isu helmet ni yer? hehehehe....

Sekarang ni kegilaan remaja untuk memiliki koleksi helmet menjadi semakin hangat sehingga sebiji helmet ada yg mencecah RM15K tau..... wah! memang giler.....

Untunglah sesapa yg ada simpan koleksi helmet byk2 leh jual, pajak and wat hantaran kawen. Juanz kt sini koleksi helmet x byk pun cuma 10 biji jer. Tapi dalam plan nk jual2 sume sebabnya????? Dah xleh nk meranggi sgt disebabkan faktor umur, jarang dah merempit n kepala satu je tp helmet sampai 10 biji...hahaha...























EDISI KAYA







Hahahahaha...... korang mesti nk jadi kawan aku kan? x pun nak mtk aku blanja sbb aku banyak wang..... aku KAYA.....KAYA.....KAYA..... RM 18, 000.00 cash di tangan. Sebenarnya gini.... itu gimik je tu. Duit tu kawan aku punya. Gini kesahnya..... semalam aku nk kuar gi site (lawatan tapak) ke Daerah Hulu Selangor. Kebetulan ada member nk follow sekali. Rupa2nya dia ada deal nk beli kereta model Honda Ferio RM18K kat area Batang Kali. Selesai wat lawatan tapak kitaorg pung terus je deal dgn owner. Spesifikasi kereta adalah seperti barikut :-

Model : Honda Ferio

cc : 1.6

Tahun : 1992

Enjin : V-tec B 16 C

Bodypart : Original convert EG9

Warna : Silver keemasan

Harga : RM18 K (harga sebelum nego RM24K)

Kawan aku ni dok kat area Kuala Selangor, dapat info melalui kawan2 juga. Punca kereta ni nak dijual sbb owner dah sakit parkinson. So lihatlah gambar dibawah ni... layan.....










SAKIT

As salam sume......

Cite lambat update tapi tetap ingin menceritakan. Last month aku telibat dgn kursus di Hotel Crown P.J. Kursus berjalan selama 2 hari 1 malam jer.... Kursus ni kira cam santai2 je x stress sgt. Pada masa yang sama salah seorang staff kt tpt keje ni yg sinonim dgn panggilan manjanya ABE UDA telah dimasukkan ke Hospital PPUM kerana menjalani pembedahan Batu Karang di dalam hempedu. ABE UDA ni sudah berumur dan boleh dianggap sebagai sifu kerana beliau sememangnya OTAI dalam bidang teknikal. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pmebedahan tersebut dan sudah boleh kembali bekerja seperti biasa. Menurut ABE UDA, penyakit beliau ini disebabkan oleh kandungan asid yang tinggi dan juga faktor pemakanan yang tidak seimbang. ABE UDA ni plak mmg penggemar makanan2 laut seperti ketam, udang, sotong, kerang dan juga gulai kawah. So beliau menasihatkan kpd yg masih sht tu eloklah jaga pemakanan anda dari sekarang krn effectnya nnt bila dh tua atau x sempat tua pun dh boleh kena penyakit ni. Lihat gambar dibawah ini, gambar akan menceritakan segala-galanya.....







Sebahagian kakitangan kt tempat keje datang melawat selepas selesaihabis kursus.







Wednesday, July 6, 2011

OTOBOT..... TRANSFORM....!!!!

As salam kalian yg membaca blog hamba ini....


saje je nk berceloteh kali ni berkenaan dgn tranformation oleh seorang gadis.... cuba lihat gambar di bawah ini :-



Hahahaha.... so camne? sangat2 cantik bukan?? Daripada gadis biasa yang berkacamata dan x reti berfesyen terus di ubah jadi gadis ala2 model gituuuu.... huhuhuhu.....

Monday, July 4, 2011

ASTRO OH ASTRO


"























KUALA LUMPUR –Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya.

Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my) "