Tuesday, August 23, 2011

KERETA PROTON BARU







Cantik x kereta ni? keluaran terbaru daripada proton. Ini bukannya prototaip tapi dh siap pun..... tinggal tunggu nk launch jer tp x tau bila. Gambar menceritakan segala2nya....so anda semua nilailah sendiri yer.... :-)


Sunday, August 21, 2011

TERLEKA SEKEJAP

As salam......

Dah lama rasanya x meracau2 tentang diri sendiri.... kebanyakannya cite pasal tips laaa, isu semasa laaaaa, gossip laaa.... ayoyoyyo.... oklah sebenarnya skang ni dah 22 hari pose so bahang utk menyambut aidilfitri tu kian terasa oleh umat Islam di Malaysia ini. Masing2 sibuk utk membuat persiapan dan keperluan bagi hari raya yang bakal menjelang tiba. Begitu juga dengan aku yang x keciciran utk turut serta sibuk2 dan cemas2 sbb nak sambut raya. Tipulah kalo kata x seronok kannnn.....sbbnya time ni la nk shopping2 baju raya. Memang pe'el aku akan shopping time nk raya walhal boleh je kalo nk shopping selain hari raya. Suke je tgk org cam bizi2 gitewww..... suke tgk gelagat org yang nk shopping.... aik? aku ni shopping or wat survey ni? hehehe... full stop!!!

Sebenarnya aku TERLEKA SEKEJAP disamping kemeriahan nk menyambut raya dan duit bonus yang diberikan menyebabkan aku alpa pada pengajian aku yang sudah hampir ke penamatnya..... MALASnya nk wat thesis.....!!!!! boleh plak aku lupa yang aku blom lagi menyiapkan thesis aku tu. Memang pe'el aku nk tggu sem baru jgk baru nk terhegeh2 nak wat thesis. Padahal boleh je buat selepas abis exam beberapa bulan yang lalu. TETAPI...... inilah dia juanz yang popular dgn sikap malas, bertangguh, last minute.... bulan 9 kang dh nk start sem baru so kena prepare wang pengajian, kena cr mood study lg, nk refresh lg, nk bizi2 lg dan segala2nya kena lagi....lagi...dan sekali lagi... teruskan jelah perjuangan yang dh mencecah 80% ni (pandai2 aku je ltk2 persen) dan juga langkah kaki kanan aku yang mana dh melangkah masuk xleh nk gostan2 (betul ke ayat pasar ni??? ahaks! ). So..... gagahkan perjuanganmu wahai juanz..... raya ni jgn tersedak2 plak bila ada org dok gatai mulut tanya hang.... "thesis dh siap?" ;p

Wednesday, August 10, 2011

KEAJAIBAN AL-QUR'AN







ASSALAMMUALAIKUM...

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang bagaimana utk mengetahui cara mudah mencari muka surat dlm Quran. Mungkin kita tidak sedar bahawa ada cara yg mudah ataupun "shortcut" tanpa perlu membelek2 setiap helaian utk mencari juzuk yg kita kehendaki bagi menyambung tadarus sebelumnya. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran......

Baiklah mari kita cuba belajar bersama-sama ya.....

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?



Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2lah kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita,keluarga kita supaya kita semua sama2 mendapat pahala dan keredhaan darinya. InsyaALLAH...amin....






Friday, August 5, 2011

MAKE YOUR OWN BREADCRUMBS

As salam.....

Ok petang2 gini juanz rasa nk share sesuatu kt koranglah. Pernah dengar ape itu breadcrumbs??? Tak pernah??? It's called Serbuk Roti in Malays. Ok la. Korang pernah makan chicken chop tak??? Ataupun nugget yang beli kat pasaraya. Perasan tak ade golden crumbs yang salut kat nugget and then when you fried it, it becomes crunchy and tasty. Sedap kalo dimakan time panas gitewww......





So itulah breadcrumbs. Kalau nak beli per box cost RM 2.50 kot paling murah. Instead of beli, baik buat sendiri je kan??


kalau nak tahu cam ne nak buat breadcrumbs sendiri, simple jer. All you need kalau roti yang dah nak expired tuh, leh la guna. At least tak de la terbuang.


Ok ah kak-ah kak....abang-abang..... inilah dia cara-cara untuk membuat Breadcrumbs.


Bahan-bahan


Roti keping (nak best saya suka guna wholemeal bread sebab beri texture lagi crunch when frying instead roti biasa)


Cara-cara


1. Panaskan oven suhu 200C. Carikkan roti kecil-kecil. Kemudian bakar dalam 3 minit.


2. Bila roti da garing, kisar menggunakan pengisar kering. Kisar sehingga hancur.


3. Tuang balik semua roti yang dikisar dalam dulang pembakar. Bakar balik dalam oven dalam 1-2 minit.


4. Sedia digunakan. hehehehe




Senang kan?? Jimat duit nak beli benda mudah cam ni, awek and boyfren pun sayang..... hehehehe......


Selamat mencuba. :)



Tuesday, August 2, 2011

JAWAPAN KHAIRUL FAHMI TENTANG ISU PUTUS TUNANG


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ21lGltrjIjgF9lvRDF2wH_gsDYeop9pqj5i7spsQCe5QV8bINDgTf-OVLBT8nRtvoTB7IPzn3QS6mQLXyvc_dGXyS-H17o2Wej0IREWe196bNKCih22fRDwhsYlzNYJG9j86AoEJaK4/s400/khairul+fahmi.jpg


10 isu berbangkit untuk Khairul Fahmi. Harap2 selepas ini dah tak da masalah sedemikian rupa. Biar sahajalah isu ini senyap dari terus berlarutan supaya Fahmi a.k.a apek ni boleh fokus kepada tugas sebagai penjaga gawang Harimau Malaya. :D

1. Keputusan Nekad Putus Tunang

Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga

Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.

3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan

Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

4. Isu facebook

Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.

5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia

Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

6. Campurtangan Pihak Keluarga

Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.

7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia

Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

8. Sudah Lupa Diri

Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan

Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

10. Memohon Maaf

Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.


juanz nakal :

Semua ni benda dunia sahaja, hal peribadi orang tak perlu dicampuri. Saya akan pastikan secra peribadi untuk tidak lagi keluar berita tentang hal ini. moga jawapan Khairul Fahmi ni jadi penutup.