Tuesday, September 6, 2011

1ST GATHERING ANAK JAWA SELANGOR


Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat sy menulis kembali di dalam blog bersawang sy yang tidak seberapa ini. Entri sy pada kali ini adalah untuk menceritakan tentang penubuhan Persatuan Anak Jawa Selangor (AJS) di bawah naungan Anak Jawa Malaysia (AJMAL).

Alhamdulillah 1st gatering juga perasmian/pelancaran persatuan ini berjalan dengan lancar pada hari raya ke-2 iaitu pada malam merdeka 30-31 Ogos 2011 bertempat di Teratak Nostalgia Ijok. Acara bermula seawal jam 8.00pm sehingga ke 12.30am. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mengumpulkan etnik JAWA di Selangor atau etnik JAWA yang menetap di Selangor disamping untuk mengekalkan adat, bahasa, perpaduan dan menyerapkan etnik ini kepada generasi baru.

Antara acara dalam majlis tersebut adalah pendaftaran ahli AJS, bacaan doa selamat dan tahlil, sesi suai kenal secara santai2, jamuan ringan, persembahan live band mengiringi dengan lagu2 yang sangat menusuk kalbu serta countdown merdeka tepat jam 12.00am diiringi dengan persembahan bunga api. Majlis bersurai pada jam 12.30am. Anggaran peserta/ahli yang hadir pada majlis tersebut seramai 300 orang. So sesiapa yang terbaca entri ini dari keturunan etnik JAWA Malaysia/Selangor atau yang merasakan dirinya ada darah keturunan JAWA ataupun yang memang berminat untuk menyelami etnik JAWA maka bolehlah menjadi ahli AJS dengan melayari Facebook di :

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.212040578850841&type=1#!/groups/115961018458798/



MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA AJS DI IJOK

MASA ATURCARA

8.30 – 9.00pm Kehadiran dan Pendaftaran Ahli-ahli AJS

9.00 – 9.15pm Tahlil Ringkas dan Doa Selamat – Pak Deli

9.15 – 9.30pm Ucapan Aluan-aluan Pengerusi Penaja (Ijok) – Ashari Alias

9.30 – 9.45pm Ucapan Pak Lurah Group AJS – Znizam Mahfuz

9.45 – 10.00pm Ucapan Presiden AJMAL – Dr. Mim Ismail

10.00 – 11.55pm Bergambar beramai-ramai

Jamuan

Berkenal-kenalan antara ahli-ahli AJS

Persembahan karaoke/live band

11.59:50pm Countdown MERDEKA

12.00-12.30pm Persembahan bungapi

Nyanyian lagu negaraku beramai ramai

Tembakan meriam 7 Das

12.30am Bersurai.





LOGO RASMI AJS






3 comments:

  1. setakat ngaku anak jawa tapi tatau ckp jawa baik tak payah ... boo!

    ReplyDelete
  2. Fara : amboi2.... meh sini jumpa aku kita speaking....

    ReplyDelete
  3. Lepas tahlil kok anek karaoke...kepia kui...

    ReplyDelete