Thursday, September 8, 2011

BERAT BADAN

Alhamdulillah pada 30 Ogos yang lalu umat Islam di Malaysia dan di dunia telah menyambut Syawal dengan gembira dan meriah sekali setelah berpuasa selama sebulan di dalam bulan Ramadhan. Aku tidak ketinggalan utk bersama-sama merasai kemeriahan suasana di hari raya dan menikmati pelbagai juadah seperti ketupat, rendang, kuah kacang, nasi impit, masak lodeh dan kuih muih. Menyambut Syawal adalah masa utk menemukan sanak saudara yang jauh dan bermaaf-maafan.

Apa yang aku nk ceritakan disini ialah tentang berat badan. Sekadar berseloroh dan berceloteh semasa berpuasa berat badan aku telah menurun sebanyak 5kg. Dan apabila setelah seminggu menyambut raya berat badan aku bertambah 5kg lagi... kesimpulannya ialah, aku memerlukan masa selama 30 hari (ramadhan) untuk menurunkan beberapa cm je saiz ukur lilit badan aku....tetapi untuk untuk menambahnya hanya memerlukan beberapa hari shj (syawal).... sape nk jawab neh???? Bulan Ramadhan sesungguhnya bulan yg sangat mulia bkn sekadar menahan lapar & dahaga tetapi juga ianya menjadi terapi di dalam badan utk membuang segala toksid2, menurunkan kandungan kolestrol dalam badan dan akhirnya kita akan menjadi sht..... Subhanallah......



No comments:

Post a Comment