Friday, October 28, 2011

SHE's GONE

STEELHEART

~ She's Gone ~


She’s gone,
Out of my life.
I was wrong,
I’m to blame,
I was so untrue.
I can’t live without her love.
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
In my life
There’s just an empty space.
All my dreams are lost,
I’m wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won’t you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I’ve done to you.
Lady, oh, lady.

She’s gone,
Out of my life.
Oh, she’s gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I’m so alone,
I’m begging you,
I’m down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I’ve done to you.






Siapa yg gone tu? hahahaa... sesaje je lyn lagu ni. Mat2 rock sgt suka lagu nih walaupun secara fizikalnya diaorg nmpak ganaz dgn berambut panjang, seluar koyak2 namun hakikatnya mereka2 ini (mat2 rock) tewas juga di tgn org yg bernama wanita. Kalo dh kena tinggal dgn awek mmg syahdulah babe. Tapi ni xde kena mengena dgn idup aku pun just share lirik jer sbb aku mmg minat n suka vokal penyanyi ni yg sgt tinggi xtaulah guna kord apa ntah.... meremang bulu roma.... papepun terbaik lagu ni yg boleh wat tercabut anak tekak kalo nk menyanyikannya.

Thursday, October 27, 2011

CABARAN DIET 3 BULAN

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawasanya saya ingin memulakan cabaran untuk berdiet selama 3 bulan bermula dari....???? hehehehe..... sehingga...???? hehehe......

Niat tu dah ada dah tapi perlaksanaannya xtau bila. Bila nekad je mulalah dugaan datang manjang. Dan2 tu ada org wat jamuanlah, kendurilah, kt office ada makan free laaa.... dan macam2 lagilah rezeki datang. Bila xde nekad2 nk diet xde plak bagai2 tu datang..... Step2 nk diet and pemakanan yang nk dipilih tu dh ada dlm list tapi....... begitu susah sekali untuk dilaksanakan. So nk wat kesimpulan mudah boleh x? Kan Nabi dh ckp dulu sunnahnya ialah mkn sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Masudnya makan yang memadai dengan apa yang diperlukan. Bukannya melantak macam esok sawah padi kt Tanjung Karang tu kering kontang.



JUAL... JUAL... JUAL...

As salam.......

Saje nk bercerita sket hari rabu masa cuti Deepavali aritu ada deal dgn someone kt Shah Alam ni psl jual beli kereta. Sebenarnya gini, mmg dh plan lama dh nk jual je kereta model KIA SEPHIA tu tp kalo nk tolak kt "use car" phm2 jela mmg harga down giler2. So ini membuatkan terbuka hati aku utk membuat iklan di internet melalui MUDAH.MY. Aku iklankan hari Isnin, then hari Selasa tu dh ada org call nk tgk kete and hari Rabu deal utk jumpa.

Hari Selasa......

Buyer : Assalammualaikum.....ini juanz ker? sy nk tnya kereta KIA SEPHIA yg kt mudah tu ada lg ker?

Aku :
Waalaikumussalam.... yer sy juanz, ada lg bang....

Buyer : Melalui gambar dan keterangan awk tu sy mcm berminat, tetapi sy nk tgk dulu kereta live dpn mata. Pasal harga tu boleh bincang lg ker?

Aku :
Oooo....mmg sebaiknya camtulah bang. Bab harga tu sy xnk cite melalui telefon sebaiknya kita jumpa dulu dan abg buat penelitian kt kereta sy kemudian barulah kita bincang harga masa tu.

Buyer : Ok....agk2nya bila kita boleh jumpa? kalo esok (Rabu) boleh ker? sbbnya esok cuti am.

Aku :
Boleh tp lewat sketlah dalam kul 1 pm boleh? sbbnya sy bergerak dari Kuala Selangor.

Buyer : Ok no problem.....

Hari Rabu......

Aku :
Ok bang..inilah kereta yg nk dijual tu. So far kereta ni xde masalah lg kalo nk jalan jauh. Cuma keadaan fizikalnya tu agk usanglah sket. Biasalah kereta lama..... Nak kena cat balik.

Buyer : Sy xde masalah bahagian luar, cuma enjin jer janji xde masalah.

Aku :
Baru2 ni sy ada tkr brg baru kt kereta ni mcm radiator, hos radiator, gear box, service minyak hitam dan aircond dh repair. So abang mmg dh x pyh nk wat pape lg laaa.....

Buyer : Ooooo...yeke...dgr enjin pn senyap lg.....

Aku :
Abang nilailah sendiri keadaan kereta ni.

Buyer : Setakat ni abg berpuas hati cuma harga tu kalo boleh, abg xnk mtk kurang tp sume urusan tkr nama, roadtax dan insuran awk uruskan....boleh?

Aku :
Hhhmmmmm...... oklah kalo gitu, sy setujulah....

Buyer : Ok....Isnin mggu depan kita jumpa lg utk urusan tkr nama sama2 kt JPJ.

Aku :
Ok bang.... nnt sy apply cuti awl2 laaa.....

Buyer : Ok thanks.....

Berdebar2 nk tggu Isnin depan ni...ntah jadi ke tak deal aku ni. Semalam (Khamis) dah wat inspection kereta kt PUSPAKOM PADANG JAWA. So dh setel step pertama. Step kedua tggu Isnin mggu dpn utk tkr insuran kepada owner baru dan tkr nama kt geran kepada owner baru. Then baru terima duit.... atas dasar percaya jer tp korang mesti dpt bau2 mcm aku nk kena tipu kan? sabar dulu..... ada perkara aku x cite kt sini. Buyer kena wat money order atas nama aku dulu then pegi wat urusan JPJ sama2. So xdelah unsur2 penipuan, juga ada lg beberapa step yg aku leh pegang dia supaya dia xleh lari dr aku. hehehe... Aku berdoa semoga di permudahkanlah segala urusan jual beli ini... insyaALLAH... Amin....












MOOD KAK ELL....

Salam.... ni namanya dh xde keje atau busan atau nk tkr2 mood ataupun i mmg minat giler kt KAK ELL ni. No...no...no... i mean i minat sgt kt lagu2 KAK ELL ni..... ini hanya sebahagian shj. Ada byk lg lagu2 dia yg menusuk kalbu. Dan pada ketika ini i sedang melayan 4 shared utk memuat turun lagu2 KAK ELL. Saje nk share kt korang sume sebahagian lirik2 lagu dari KAK ELL ni samada uols pnh dgr sebelum ni ataupun dh mmg selalu dgr sbb uols idup di zaman kegemilangan KAK ELL atau membesar dgn lagu2 KAK ELL..... so....layan jelah yer...

Ella


Pengemis Cinta

Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa adakah aku bersalah

Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu

1
Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan

Tak akan ku jadi
Pengemis cintamu
Akan kubuktikan
Kepadamu

Luka di hati kurawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin
Diriku lagi

( Ulang 1 )








Permata Biru

Artist:
Ella

Permata biru usah biarkan dirimu
Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina

Engkau yang dinilaikan setinggi permata

Rela membiarkan dirimu tercela
Dengan jutaan sanjungan yang kau terima
Engkau mudah merasa bangga mengapa

Permata biru usah biarkan dirimu

Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina

Seharusnya kau sedar

Dirimu sungguh berharga
Tiada dapat ditukarkan harta benda
Awasilah selalu segala tingkah dan laku
Demi kebahagian menunggumu

Usah kau terus menghayalkan dirimu

Dengan kata-kata pujian yang palsu
Segalanya akan serta merta pudar
Tiba waktu dan ketika sedarlah



Tuesday, October 18, 2011

DVD HINA NABI BERADA DI PASARAN????

Waspada: DVD Hina Nabi & Islam Beradar Di Pasaran


J
ohor Bharu: Siri lengkap cakera padat digital (DVD) selama 15 jam bertajuk ‘Perjalanan Purba’ mengisahkan hidup nabi dipercayai dihasilkan di Timur Tengah dalam Bahasa Arab, dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam negara ini berikutan ia melakonkan semula pengalaman dilalui pesuruh Allah ketika berdakwah.

Siri lengkap dengan sari kata bahasa Inggeris itu dipercayai menjalani penggambaran di Maghribi, Palestin dan Jordan, sekitar 2003 hingga 2006, dikatakan sudah berada di negara ini melalui pengedarnya yang dipercayai beroperasi di Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan, orang ramai boleh menonton sedutan filem itu melalui Internet yang menggambarkan kisah hidup dan dugaan ditempuh nabi dimaksudkan.

Antara tajuk siri itu termasuk Adam and Hawa (Dibalik Pintu Tertutup), Ishaak dan Yacoub (Dua Brothers), Nabi Nuh dan Bencana, Nabi Ibrahim (Janji) Nabi Yusuf (Sang Pemimpi), Nabi Musa (40 Tahun Kemudian), Nabi Daoud (Seorang Raja Warrior), Nabi Elia (Nabi Api) dan Nabi Samu’eel (Resah Satu). Dalam siri Adam and Hawa, ia melakonkan watak Nabi Adam dan isterinya, Hawa dihalau dari syurga selepas memakan buah ‘Khuldi’ yang dilarang Allah, namun tetap dilakukan hasil hasutan syaitan.

Mereka kemudian digambarkan sampai ke dunia melalui sebuah pintu sebelum pintu itu ditutup, menyebabkan kedua-duanya kekal hingga dikurniakan anak. Manakala siri Nabi Nuh dan Bencana menggambarkan usaha Nabi Nuh membina bahtera bagi menghadapi banjir selepas mendapat alamat daripada Allah.

Bagaimanapun, baginda mendapat tentangan daripada anak serta isteri yang menganggap perkara itu tidak masuk akal dan mengarut.


Mengulas kewujudan siri berkenaan, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, perkara itu dianggap satu penghinaan kepada rasul dan nabi serta umat Islam amnya, berikutan nabi dan rasul manusia istimewa di sisi Allah, insan kamil dan maksum serta tidak dicatatkan dosa dan terlalu bersih. Kerana itu, katanya, jika watak mereka dilakonkan ia seolah-olah berlaku penghinaan kepada batang tubuh, identiti, sahsiah nabi dan rasul itu sendiri kerana pemegang watak itu insan biasa.

Beliau menyatakan kekesalannya kerana tindakan itu dianggap memperdagangkan nabi dan tidak patut berlaku.

“Nabi utusan sempurna yang menyampaikan wahyu kepada umat Islam dan tidak boleh disamakan dengan manusia biasa dengan apa cara sekalipun. Lakonan dibuat mungkin tidak tepat daripada segi penyampaian sejarah dan fakta kerana nabi ciptaan Allah yang terpuji.

“Perkara boleh dipertikaikan pemegang watak itu sendiri, adakah dia seorang Islam sedangkan Muslim ditegah berlakon sebagai seorang nabi, ditambah lagi tahap keimanannya tidak boleh disamakan dengan mana-mana nabi atau rasul.

“Ini boleh jejaskan akidah umat Islam kerana risau ada perkara ditokok tambah atau dikurangkan untuk menyedapkan jalan cerita,” katanya.

PERGERAKAN LAWAN ARAH JAM


Di dalam dunia ni, hanya jam sahaja yang berputar mengikut arah jam. Selain daripada jam, semuanya bergerak mengikut arah lawan jam. Pergerakan ini melibatkan sekecil-kecil perkara seperti ion dan sebesar-besar objek seperti galaxy yang terbentang luas. Cuba kita imbas kembali, setiap kali kita mengacau minuman atau memasak di dapur, kita akan mengacau mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam?


Mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?

Di sekolah dulu, kita pernah diajar Petua Tangan Kanan dalam mata pelajaran Fizik/Sains.

Petua Tangan Kanan


Petua Tangan Kanan ini digunakan untuk menentukan arah pergerakan berdasarkan arah putaran yang berlaku. Merujuk kepada gambar di atas, 4 jari yang membengkok itu merupakan arah putaran, dan ibu jari merupakan arah pergerakannya.


Juba praktikan dengan tangan kanan. Sekarang bandingkan ia dengan arah putaran jam. Adakah ia berlawanan dengan arah jam atau mengikut putaran jam?

Dalam hukum yang sama ini, jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam (seperti dalam rajah di bawah), maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.



Mari Kita Lihat Contoh Lain

Dalam mengerjakan ibadat haji atau umrah, dalam bertawaf para pelaku ibadah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun sedang berputar mengikut arah lawan jam.


Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan.


Antara contoh lain dalam wayar elektrik.

Arah putaran magnetik menentukan arah pergerakan arus eletrik dalam wayar.

Boleh juga dilihat dalam pergerakan elektron dalam atom.

Pergerakan elektron dalam atom adalah mengikut putaran arah lawan jam


Boleh juga dilihat dalam sistem solar kita.


Bumi, planet lain dan Matahari juga berputar pada putaran arah lawan jam.


Kesimpulan



Jadi apa kesimpulan yang kita perolehi? Sebenarnya Allah telah mencipta pergerakan ini untuk menghasilkan tenaga yang sekaligus untuk menampung dan menjadi keseimbangan dunia ini. Dari sekecil-kecil sehinga sebesar-besar objek memerlukan putaran ini supaya semuanya dalam keadaan yang seimbang.

Selain itu marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Semoga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu disamping mendapat manfaat untuk diri kita.


Sumber dipetik daripada :
http://zharifalimin.blogspot.com/

Monday, October 17, 2011

JAM MODEN VS JAM MATAHARI

Saya teringat ketika saya masih kecil dahulu, ketika "orang-orang dewasa" masih memanggil saya dengan gelaran "budak" (gambar ni bukan gambar saya ye), seringkali apabila dikejutkan dari tidur, saya melihat jam di dinding.

"Alah, baru pukul 6.00, awal lagi".

"Along kena la bangun, nak solat subuh".

"Alaah, ngantuk la".

"Nanti lepas solat subuh boleh la tidur balik".

"Ye lah.....".

"Cepat sikit, dah pukul 6.15 ni, nanti waktu subuh habis pulak".

Demikianlah kisah benar antara saya dengan emak yang saya baru reka tadi. Demikianlah dialog-dialog yang perlu dihafal dan diulang-ulang setiap kali masuk waktu subuh.

Nasib baiklah saya dah besar. Tak payah susah nak hafal skrip tu lagi.

Sebenarnya, ada satu perkara yang rumit sedang berlaku. Saya berfikir. Ada orang kata, kita kena kejar waktu, jika tidak, waktu akan pergi meninggalkan kita. Ketika itu kalau tidak silap pukul 5.45 pagi, sipi-sipi lagi nak masuk waktu subuh. Ketika itu saya masih di bangku universiti.

"Apa itu waktu?". Saya melihat jam saya pula. 5.46 am. Saya dah membazir seminit. Eh silap, tak membazir sebab saya tengah berfikir. "Kenapa saya mesti bangun pukul 5.45 am setiap hari?".

Lama jugak saya termenung, eh silap, bukan termenung, tapi berfikir. Jam menunjukkan 5.47 am. Seminit lagi dah bergerak. Saya ada jadual. Dalam jadual kata saya mesti bangun 5.30 am. Ni dah lajak ni. Jam pun di kunci pada 5.30 am. Lalu saya rasa macam orang bodoh sebab saya selama ini hanya hidup mengikul jadual tanpa diketahui pun apa sebabnya. Fikir punya fikir, tiba-tiba saya terpandang di luar tingkap, melihat langit.


Ada cahaya. Bukan wahyu ye, tapi cahaya matahari. Emm tak nampak matahari pun, cuma langit dah agak cerah-cerah. Akhirnya saya terfikir jugak sesuatu. Akhirnya saya dapat jugak apa yang saya cari selama ni sejak kecil lagi. Alhamdulillah, misteri terbongkar. Dan saya sedar, perbuatan saya melihat jam setiap kali bangun dari tidur adalah satu tindakan yang SALAH.

Hah, habis tu bangun-bangun tak boleh tengok jam ke?

Nak tahu apa jawapannya? Teruskan membaca.

Pertama sekali, sebelum membongkar misteri alam ini, cuba anda perhatikan dahulu jadual hidup anda.

7.00 am : Mandi, bersiap-siap untuk kerja/belajar dan sarapan
8.00 am : Masuk kerja/kelas
1.00 pm : Rehat dan makan tengah hari
2.15 pm : Sambung kerja/kelas
5.00 pm : Balik
6.00 pm : Mandi, rehat-rehat
8.00 pm : Makan
11.59 pm : Berdengkur depan tv


Ya, secara kasarnya, macam ni la jadual hidup kita lebih kurang. Kadang-kadang, walaupun kita sudah mengantuk, tetapi sebab kita lihat jam masih menunjukkan pukul 9.00 malam, kita tidak mahu tidur lagi kerana rasa macam awal lagi. Kalau kita berasa lapar pun, tetapi baru pukul 11.00 pagi, kita biarkan perut kita terus menyanyi dengan suara sumbangnya itu. Dan lain-lain hal, kita banyak mengaitkan kehidupan seharian kita dengan jam dan jadual kita.

(Alamak, terasa macam nak buang air la. Eh, belum pukul 6 lagi. Tahan dulu la)

Cuba anda fikir, kenapa kita mesti bangun pukul 6 atau 7 pagi? Kenapa pukul 7 petang pula kita mesti mandi, bersiap-siap dan lain-lain?

Ada orang cakap kat saya (mungkin dia ni seorang motivator tapi "name tag" dia terjatuh dalam lubang tandas waktu dia buang air tadi kot), "awak mesti susun jadual hidup awak. Tetapkan, pada waktu sekian-sekian, apa yang awak nak buat".

Kalau berfikir pakai otak, memang ada logiknya apa yang dia cakap.

Tetapi cuba anda fikir guna hati. Adakah kita perlu gantungkan hidup kita pada jam? Sedangkan jam itu sendiri tak tahu kenapa dia mesti berpusing 24 jam, kenapa kita mesti ikut je jarum tu?

Jam. Apa itu jam? Jam adalah alat yang digunakan untuk mengukur waktu.

Kenapa kita perlu mengukur waktu?

Supaya kita dapat menguruskan segala pekerjaan kita seharian. Sekarang, cuba anda bayangkan, kalau dunia ni takde jam seperti yang kita guna sekarang, boleh tak kita uruskan kehidupan kita?

Fikir..















Fikir la, jangan tahu skrol ke bawah je...














Jawapannya, kita boleh hidup di dunia tanpa jam seperti yang kita dengan guna ni.

Bagaimana?

Iaitu, dengan menggunakan alat pengukur waktu yang paling hebat di dunia dan paling besar di yang boleh dilihat dan dirasai oleh semua orang di dunia ini.

Apa dia?


Matahari.

Apa?

Biar betul? Nak guna jam matahari balik ke?

Well, I afraid to say so but the answer is "YES".

Biar betul?

Betul la. Takkan nak tipu kot.

Kenapa jam matahari? Sebenarnya bukanlah jam matahari pun, tapi sebenarnya pengukur waktu kita yang paling tepat ialah matahari itu sendiri.

Kenapa?

Kerana hidupan semua bergantung pada matahari.


Kenapa kita bangun tidur?
Kerana hari sudah pagi.

Kenapa kita tidur?
Kerana hari sudah malam.

Kenapa kita berhenti bekerja?
Kerana hari sudah hampir gelap.

Mungkin ada orang akan kata jam matahari ini banyak kelemahan, contohnya kalau hujan dan lain-lain.

Itu hanya alasan. Kelemahan-kelemahan tersebut boleh diatasi kecanggihan zaman sekarang. Malah orang-orang zaman purba juga boleh mengatasi kelemahan jam matahari dengan menggunakan jam air yang masih menyamai fungsi jam matahari.

Ingin mengetahui kehebatan sistem waktu yang berasaskan matahari?


Teruskan membaca.


An-Naba' ayat 10-11. " dan Kami jadikan malam sebagai pakaian " " dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan "

Apabila membaca ayat Al-Quran di atas, hati saya lebih yakin. Waktu kita sepatutnya diukur dengan siang malam dan peredaran matahari.

Kenapa kita perlu bersiap-siap pada pukul 7 pagi untuk ke kerja, sedangkan pada sesetengah waktu, pukul 7, matahari sudah pun terbit keseluruhannya dan hari telah cerah. Sedangkan untuk sesetengah waktu pula, pukul 7 pagi masih gelap. Adakah anda uruskan hidup anda berdasarkan siang malam? Atau mengikut jam yang ia sendiri pun tidak tahu kenapa ia harus berpusing?

Mungkin di Malaysia, kesan perbezaan antara jam dengan matahari tidak ketara. Tetapi bagi sesetengah negara, terutama yang mengalami 4 musim berbeza, perbezaannya amat ketara.

Pada musim panas, waktu siang panjang, sehinggakan waktu kerja sudah habis, tetapi matahari masih lagi memancar. Pada musim sejuk pula, siangnya pendek, kerja tak habis lagi hari sudah gelap. Kelemahan sistem ini semakin ketara apabila sistem "Day Light Saving Time" terpaksa digunakan di sesetengah negara untuk menampung kelemahan sistem jam bodoh yang sedang digunakan di seluruh dunia sekarang.

Kenapa? Kerana kita hidup bergantung pada jam dan bukan lagi matahari.


Apabila kita hidup mengikut jam, kita seolah-olah tidak nampak alam sekeliling. Ini kerana jam yang kita gunakan sekarang tidak terikat dengan alam sekeliling dan perubahan siang malam.

Mari kita lihat "jam" ciptaan Allah pula.

Jika mengikut "jam" ciptaan Allah, kita ada beberapa waktu.

Subuh
Syuruk
Dhuha
Zuhur
Asar
Maghrib
Isya

Demikianlah waktu-waktu yang natural ciptaan Yang Maha Agung. Jika jam ciptaan manusia berbunyi setiap jam, contohnya jika pukul 8, jam akan berbunyi 8 kali, dan akan berbunyi 24 kali sehari, manakala "jam" ciptaan Allah pula berbunyi 5 kali sahaja sehari iaitu setiap kali masuk waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya (bunyinya ialah azan dilaungkan).


Apa simboliknya 5 waktu tersebut?

Simboliknya, Allah nak bagitahu kepada manusia-manusia yang lemah ni akan perubahan waktu.


Apabila waktu malam tamat dan waktu pagi muncul, untuk memberitahu semua manusia, Azan Subuh dilaungkan, sebagai tanda perubahan waktu.


Apabila udara-udara nyaman pagi telah habis diganti dengan kehangatan matahari yang pada kemuncaknya, maka Azan telah diperintahkan untuk dilaungkan pada waktu Zohor, menandakan matahri sudah mulai garang. Sebab tu lah kita disunatkan tidur sekejap sebelum atau selepas Zuhur (qailullah).

Kemudian, apabila matahari yang garang dan menghangat tadi sudah mulai reda, panas pun berkurang, maka Azan Asar pun dilaungkan. Anda boleh bandingkan sendiri bagaimana bezanya panas Zohor dan panas Asar. Panas selepas Asar agak reda kerana itu kita boleh bersukan.


Kemudian apabila petang ingin melabuhkan tirainya, memasuki waktu senja, Azan Maghrib dilaungkan. Apa beza petang dengan senja? Anda boleh rasa sendiri. Ketika senja, otak anda akan terasa "fresh" sikit berbandaing waktu petang tadi.


Kemudian, apabila waktu senja tamat, memasuki waktu malam, Azan Isya' pun dilaungkan.


Demikianlah Allah telah menetapkan kejadian siang dan malam sebagai petanda buat mereka yang berfikir.

Apa pentingnya susunan waktu mengikut matahari?


Jawapannya kerana keupayaan anggota fizikal kita termasuklah otak amat-amat bergantung pada matahari. Otak kita sesuai untuk melakukan sesetengah aktiviti pada waktu pagi dan aktiviti lain pada waktu petang. Ada perkara yang tubuh badan anda sesuai untuk melakukannya pada waktu siang dan tidak malam. Dan begitulah.

Tetapi sistem jam yang diguna pakai dalam sistem kapitalis ini, tiada lain tujuannya selain untuk menjadikan kita robot. Sistem ini telah memaksa kita melakukan satu kerja yang sama dari pagi hinggalah ke petang. Kerana itulah jam yang digunakan dalam sistem kapitalis moden ni tidak terikat pada perubahan matahari. Supaya apa?

Supaya segala tugasan-tugasan pekerja-pekerja dapat dilakukan semaksimum mungkin tanpa dipengaruhi oleh perubahan siang malam. Mereka tidak perlu lagi mencipta robot kerana mereka telah berjaya mengubah manusia menjadi robot yang boleh bekerja tanpa mengira waktu!



Cuba anda perhatikan bagaimana jam dalam tamadun-tamadun purba dicipta? Jam-jam mereka dicipta kesemuanya bersandarkan pada perubahan siang malam dan peredaran matahari. Perubahan pagi petang. Satu fakta yang terpaksa saya bagi tahu ialah,

"Orang-orang zaman dahulu lebih arif tentang kepentingan siang malam berbanding orang sekarang yang hanya hidup bagaikan robot".



Allah yang Maha Penyayang telah mengetahui kepentingan siang malam sering mengingatkan hamba-hamabaNya melalui azan-azan yang dilaungkan dari masjid-masjid. Tetapi hamba-hambaNya yang hina ini sering kali sombong, menangguhkan panggilan tersebut untuk meneruskan kerja masing-masing. Allah mengetahui kita akan menyeksa badan kita apabila terus melakukan kerja dengan melanggar sempadan perubahan waktu dan menyuruh kita berhenti seketika untuk solat.


Dalam sistem dunia baru ciptaan Dajjal ini, manusia-manusia akan ditutup daripada melihat dunia yang sebenar, sehingga manusia menjadi robot. Anda boleh lihat sendiri betapa jauhnya anda dengan alam ciptaan Tuhan. Dari bangun tidur, sehingga tidur kembali, anda melalui dunia ciptaan manusia. Segala apa yang anda lalui, anda hanya akan menemui ciptaan-ciptaan manusia.

Tetapi satu perkara yang tidak mampu dihalang oleh Dajjal, iaitu siang malam. Maka untuk mengekalkan manusia dalam dunia ciptaannya, supaya manusia tidak sedar akan perubahan siang malam yang telah dicipta oleh Allah, maka sistem jam moden telah diperkenalkan.


Jam-jam telah digantung di tempat-tempat yang tinggi, tempat-tempat yang strategik dan hampir di setiap ceruk dunia. Maka dengan itu, apabila manusia ingin melihat waktu, manusia tidak lagi memandang ke langit, tetapi memandang ke arah jam. Sehinggakan untuk menentukan waktu solat sekalipun umat Islam tidak pandai untuk melihat langit, tetapi mereka hanya tahu waktu solat dah masuk ke belum hanya berdasarkan jam semata-mata.



Anda, termasuk saya sendiri, tidak lagi pandai untuk melihat waktu berdasarkan pergerakan matahari. Bodohnya.......

Allah yang lebih pandai.

Wallahu A'lam

Sumber ini dipetik daripada blog seorang hamba ALLAH :
http://zharifalimin.blogspot.com/2010/08/jam-moden-vs-jam-matahari.html