Friday, November 25, 2011

SADIS

Anak lihat cebisan daging bapa diheret treler




NAZUHA Mohd. Zainon yang cedera dibantu oleh seorang saudara yang datang menziarah di rumahnya di Serendah, Selangor, semalam. - Gambar SUHAILA AHMAD ZAKI.



RAWANG 20 Mei - Seorang pengawal keselamatan maut diheret sebuah treler sejauh 900 meter setelah motosikal dinaiki bersama anak perempuannya dilanggar oleh kenderaan itu di Kilometer 16 Jalan Rawang-Kuala Lumpur di sini pagi ini.

Anak perempuan mangsa, Nazuha Mohd. Zainon, 18, terselamat namun terpaksa menyaksikan cebisan daging bapanya bertaburan di atas jalan di situ.

Kejadian berlaku sehari selepas kedua-dua mangsa mengalami kemalangan yang sama membabitkan treler pada awal pagi semalam namun mereka terselamat walaupun mengalami sedikit kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Azmir Mohd. Nadzri berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi ini, mangsa Mohd. Zainon Amin, 53, dan anak perempuannya, Nazuha Mohd. Zainon, 18, dalam perjalanan ke ibu kota selepas keluar dari rumah mereka di Taman Perumahan Antara Gapi, Serendah, Selangor.

``Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Mun Yee, Setapak, hendak menghantar anaknya yang bekerja sementara di sebuah kilang plastik di Gombak.

``Tiba di tempat kejadian berdekatan jejantas susur di Majlis Daerah Selayang, motosikal dua beranak itu dihimpit sebuah treler sehingga ke bahu jalan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azmir berkata, mangsa cuba mengawal motosikalnya tetapi gagal sebelum Nazuha tercampak beberapa meter ke bahu kiri jalan.

``Mohd. Zainon telah terperosok ke bawah treler dan diheret sejauh 900 meter menyebabkan dia mati serta-merta dan mayatnya berkecai.

``Pemandu treler terbabit yang menyedari kejadian tersebut telah menghentikan kenderaannya sebelum menghilangkan diri,'' katanya.

Difahamkan pemandu berusia dalam 30-an itu kemudiannya membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Dia ditahan untuk siasatan.

Utusan Malaysia difahamkan, pemandu itu melarikan diri kerana bimbang akan dipukul orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Kemalangan ngeri melibatkan mangsa digilis treler ini merupakan kejadian kedua berlaku dalam minggu ini.

Isnin lalu, Nur Salina Saparedi, 7, murid Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang, maut digilis treler di depan mata ibunya ketika melintas Lebuh Raya Shapadu Lama untuk ke sekolah.

Azmir menambah, polis yang berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan mendapati anak mangsa hanya mampu duduk di bahu jalan akibat kecederaan di kaki dan bahu kanan.

``Polis terpaksa mencari kenderaan yang melanggar mangsa dan mendapati ditinggalkan tanpa pemandu di tepi jalan kira-kira 900 meter dari tempat kejadian.

``Mayat mangsa pula ditemui berkecai berhampiran kenderaan tersebut.

``Motosikal mangsa juga hancur,'' katanya.

Kemalangan itu menyebabkan jalan kedua-dua hala mengalami kesesakan teruk.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya pada pukul 12.20 tengah hari.

Mangsa meninggalkan seorang isteri, Norlida Abu Hassan, 43, seorang suri rumah dan enam orang anak.

Jenazahnya kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali, selepas solat Jumaat hari ini.


*** Memang x sangka orang yang terlibat dalam kemalangan ni adalah kawan juanz sendiri. Walaupun berita ni dah lama, tapi baru sekarang kawan tu nak bgtau. So skang beliau pun dah pulih dan bahagia bersama keluarganya.

http://www.flickr.com/photos/jubeiz/14851210/






Thursday, November 24, 2011

STRESS



Stressnya ada plak org buat lawak ptg semalam.... lecturer aku ni saje nk uji aku ataupun saje nk wat lawak king di petang hari? tetiba call...

Lect : shahzuan, u kena submit dissertation 27 Nov ni kan?

Aku : ??? eh, bukan ke 27 Dec sy kena anta?

Lect : no..no...no... this month laaa....

Aku : Biar betul.... dh cemas sesangat nih..... wat lawak ke apa ni?

Lect : Jap i check blk....

Lect : Sorry2 shahzuan, a'ah 27 Dec.... hehehe....hahaha....

Aku : Best ek gelak besar? ketawa cam org jahat...

Lect : Alaaa.....sesekali nk bergurau...... hihihhi...

Aku : Gurau topik lain xpe, topik ni sensitif sket sbbnya.... SAYA X SIAP LAGI NIH......

Lect : haaaa....tu la sbbnya nk bg awk cemas.... siapkan cepat2...... daaaa.....


Alhamdulillah aku dapat lecturer/supervisor yang baik utk dissertation. Boleh lebih kurang n boleh di bawak bergurau.....

Wednesday, November 23, 2011

JOM TENGOK SINKHOLE TERKENAL DIDUNIA

Karst adalah istilah geologi untuk landskap yang terbentuk terutamanya oleh pelarutan batu kapur atau batu hampar dolomit. Di Amerika Syarikat, kars mendasari bahagian Missouri, Arkansas, Kentucky, Tennessee, utara Alabama, Texas, dan sebahagian besar Florida (lihat peta USGS kars). Kawasan-kawasan seperti ini mengalami aliran tenggelam, saliran bawah tanah, mata air yang besar, gua dan, kursus, sinkholes.



Neversink Pit, sinkhole batu kapur basah di Alabama yang dilihat di atas pada tahun 1998, adalah sedalam kira-kira 50 kaki (15 meter) dan rumah-rumah spesies yang jarang ditemui-pakis. Sinkhole dibeli pada tahun 1990-an oleh sekumpulan ahli gua untuk mengekalkan ia untuk generasi akan datang.




Sebuah bas yang di diparkir kurang bernasib baik apabila "dimakan" sinkhole yang membukakan jalan di Lisbon, Portugal, pada tahun 2003. Apa-apa sahaja yang meningkatkan aliran air ke dalam tanah bawah permukaan boleh mempercepatkan pembentukan sinkholes Missouri, kata Gouzie.




Perenang terapung di perairan saphirre Ik-Kil Cenote, berhampiran kawasan Maya di Chichen Itza di Semenanjung Yucatan Mexico. Cenote bermaksud "telaga semula jadi" dalam bahasa Sepanyol. Sinkhole yang berlaku di paras laut akan mengisi seperti tinggi sebagaimana aras air, mewujudkan kolam biru jernih yang terkenal digunakan oleh raja-raja Maya untuk bersantai dan upacara pengorbanan.


Adventure kayaker Mick Coyne merendahkan dirinya menuruni dinding sinkhole ke arah hulu Jokulsa, sungai terpanjang kedua Iceland. Walaupun sungai dipenuhi cairan dari glasier 150 kaki (45 meter) ini, lubang berbentuk corong terbalik diletupkan oleh stim yang semakin meningkat dari ruang udara geotermal di bahagian bawah.




Tahun melombong zink dan plumbum telah meninggalkan Picher, Oklahoma berhampiran sempadan dengan Kansas penuh dengan lubang secara literal-termasuk sinkhole ini dilihat pada tahun 2008. Beberapa lombong digali terlalu hampir ke permukaan dan bumbungnya tidak dapat menyokong berat bumi di atas yang membawa kepada keruntuhan.






Sinkhole berhampiran laut atau di laut yang terkenal seperti Blue Hole di Reef Lighthouse di luar pantai laut Belize boleh meresap masuk dengan cepat selepas runtuhan, membentuk kolam yang dalam.



Sinkhole ini sedalam 185 kaki (56 meter dalam) muncul pada tahun 1994 di Mulberry, Florida, dalam satu longgokan bahan buangan yang dibuang oleh syarikat perlombongan IMC-Agrico. Selepas fosfat diekstrak dari batu, produk berasaskan sisa gypsum telah dibuang. Selepas lapisan demi selepas lapisan, bahan yang kering membentuk retak. Air kemudian membentuk jalan melalui retak dan membawa bahan sub-permukaan, untuk membentuk sinkhole.



Sinkhole di Winter Park, Florida, yang terbuka pada tahun 1981 dibawah kolam renang awam di bandar ini, Gouzie Missouri State. Air mengalir ke dalam tanah dasar melalui rekahan kecil di bahagian bawah kolam. Malah menyiram tumbuh-tumbuhan di perimeter kolam telah membawa air yang cukup melalui tanah berpasir untuk menghakis batu kapur pepejal di bawahnya.



Pada tahun 2007 Sinkhole serupa telah terbuka di Guatemala City-tidak jauh dari tempat itu Sinkhole 2010 muncul. Berdasarkan gambar, kedua-dua sinkholes dianggarkan kira-kira 60 kaki (18 meter) lebar dan kira-kira 300 kaki (100 meter).





Hujan lebat dari ribut tropika Agatha mungkin mencetuskan runtuhan Sinkhole besar di Guatemala 2010, seperti gambar diatas di atas beberapa hari selepas itu.

Dalam penggunaan perkataan geologi, Sinkhole berlaku apabila air menghakis batu hampar pepejal, mengukir rongga bawah tanah yang kemudian menyebabkan runtuh. Banyak bahagian Amerika Syarikat menghadapi risiko untuk jenis kejadian itu.

Sinkhole Guatemala sesuai dengan penggunaan istilah yang lebih luas, yang merujuk kepada kemerosotan mana-mana permukaan bumi secara tiba-tiba. Guatemala City banyak terletak di atas lapisan longgar, pumis dilapisi batuan kecil gunung berapi yang beratus-ratus kaki tebal.

SELESAI SUDAH......

Alhamdulillah....last week selesai sudah urusan penjualan kereta kepada pemilik baru yang sangat2 bertuah dari Petaling Jaya. Pemilik baru adalah wanita berketurunan India. Pemilik baru sangat2 berpuas hati dan terpancar wajah keriangan serta kegembiraan dengan kereta yang dibelinya. Harga berpatutan dan banyak barang enjin yang rosak ditukar baru.

Maka bersedihlah pemilik lama dengan pemergian kereta yang menyimpan seribu kenangan. Dalam tahun 2011 sahaja sudah 2 biji kereta dijual dengan tujuan menjimatkan kos sara hidup harian dan menumpukan kepada 2 tempat teduhan.

Kini pemilik lama sedang rungsing bagaimana harus menggantikan 2 biji kereta yang telah pergi. Dengan bajet yang x seberapa ni pemilik lama sedang berkira-kira model kereta apakah yang sesuai buat dirinya. Semoga pilihan model kereta ni sesuai dengan bajet dan tidak mengecewakan di kemudian hari.






NEGARAKU TERBILANG

Kenangan manis saat Malaysia menjuari pingat emas acara bolasepak, dimana Malaysia telah menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti....

go....go...go... Harimau Malaya...!!!!!



Tuesday, November 22, 2011

DIET : KUALITI, KUANTITI ATAU KEDUANYA SEKALI?

1 – Menjaga Kualiti makanan yang diambil

Orang yang mengamalkan diet sebegini setidak-tidaknya akan tahu, jenis makanan apa yang bagus untuk sistem tubuh badan bekerja, dan yang mana tidak bagus. Contoh paling mudah adalah Karbohidrat. Kita tahu gula itu merupakan karbohidrat (jenis ringkas), dan nasi juga merupakan karbohidrat (sederhana ringkas). Andaikata anda diminta untuk mengambil dan membandingkan antara kedua-duanya untuk sejumlah kalori yang sama, sebagai contoh

Segelas Teh Tarik = 100kcal

dan

Segenggam nasi = 100kcal

yang mana lebih mengenyangkan? Yang mana mampu menahan lapar dan ‘rasa nak makan’ anda untuk tempoh yang lama?

Mereka yang menjaga kualiti makanan yang diambil tahu serba sedikit asas pemakanan berkualiti, paling kurang akan memahami apa itu makanan (karbohidrat) yang mempunyai unit glycemic rendah, protein yang cepat atau lambat cerna (BV protein), dan minyak apa yang paling berfaedah buat jantung. Kemungkinan besar mereka yang mengamalkan cara ini tidak terlalu ‘berkira’ akan kuantiti yang dimakan (yakni berapa banyak jumlah yang diambil) kerana percaya dan yakin makanan yang dimakan itu sudah lengkap dan tidak akan menggemukkan.

2 – Menjaga Kuantiti makanan yang diambil

Orang yang mengamalkan strategi diet sebegini setidak-tidaknya tahu asas-asas kalori kerana kalori menggambarkan kuantiti – lebih banyak jumlah makanan, lebih banyak kalori yang masuk, lebih sedikit jumlah makanan, maka lebih sedikit jumlah kalori yang masuk.

Mereka yang mengamalkan diet sebegini juga menyedari bahawa pengambilan makanan mengikut kuantiti yang diperlukan adalah kunci utama untuk menghalang kegemukan. Kebiasaannya segelintir daripada mereka tidak memandang kualiti makanan itu sendiri, sebagai contoh diet mat biskut di bawah:

Pagi: Makan biskut Merry 5 keping (100kcal)

Tengahari: Mee goreng mamak sepinggan (600kcal)

Petang: Biskut Jacob 4 keping cicah teh ‘o’ panas (200kcal)

Malam: Biskut Hup-seng 5 keping cicah Milo (250kcal)

Supper: Biskut Tiger 4 keping (90kcal)

Diet di atas mampu menurunkan berat badan kerana diet tersebut mempunyai nilai kurang dari 1000kcal, sedangkan keperluan kalori mat biskut adalah 2000kcal sehari. Namun apakah diet tersebut berkualiti?

.

3 – Menjaga Kedua-dua Kualiti dan Kuantiti makanan yang diambil

Orang yang mengamalkan diet sebegini bukan sahaja tahu jenis makanan apa yang bagus untuk sistem tubuh badan bekerja, yang mana tidak bagus, karbohidrat yang bagaimana mempunyai unit glycemic rendah, protein yang cepat atau lambat cerna (BV protein), dan minyak apa yang paling berfaedah buat jantung, TETAPI mereka juga tahu asas konsep kalori dan bagaimana ia berkait rapat dalam menurunkan, mengekalkan, atau menaikkan berat badan. Mereka yang tergolong dalam golongan ini adalah sebijak-bijak manusia apabila berbicara tentang pengamalan diet.

Kesimpulannya, kedua-dua faktor ini amat penting, bukan sahaja dalam mengekalkan berat badan idaman, sebaliknya untuk mendapatkan profil kesihatan yang baik dan mantap. Kini JUANZ mahu bertanya anda semua, anda jatuh dalam kategori yang mana satu? Atau anda mungkin jenis yang langsung tak ambil kisah tentang kualiti dan kuantiti makanan yang masuk ke dalam badan anda?

Thursday, November 17, 2011

Terbaru!! : Identiti Penuh dan Gambar Hajjah Sitt Al-Wuzara Yang Menghina Islam telah berjaya didedah.

Padan Muka. Geram PPJ dengan budak Bangsat!!! ni

Identiti Penuh, Gambar Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam Di Dedahkan




Terdahulu alam cyber digemparkan dengan kewujudan satu blog, facebook dan twitter yang terang-terang menyerang peribadi dan merendah-rendahkan ciptaan ALLAH… Blog tersebut dikenali dengan nama Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara yang diwujudkan oleh individu yang boleh dikatakan sangat desperate dalam kehidupannya mengutuk Nabi kita Muhammad S.A.W.


Bagi sesiapa yang belum tahu Hajjah Sitt Al-Wuzara ini pemilik blog https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ yang menghina Islam, dan ramai ingin tahu siapa sebenarnya beliau.

Hari ini kita kasi bongkar siapa dia manusia yang kurang hajar tersebut....



Akhirnyah pihak Hackers GaySec dengan operasi yang diberi nama #OPSRamadan telah membongkar siapa sebenarnyan disebalik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini

Dikatakan orang ini aktif di :
Malaysian Apostate FB Group
Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic
Friendlyatheist.com

Menurut sumber, apabila Nor Arlene (Makcik Sitt Al-Wuzara) beroperasi di online beliau akan guna proxy agar tidak mendedahkan ip address yang sebenar, dan terdapat satu gambar Nor Arlene bersama-sama dengan Marina Mahathir.


Namun sebelum Gaysec mendedahkan bukti ini dikatakan Makcik Sitt Al-Wuzara sudah mula kalut, ini yang dikatakan di fb Gaysec

[UPDATE] #OPS RAMADAN: Makcik Hajjah Al Wuzara sudah kalut.. kelihatannya dia sudah mula memadamkan semua jejaknya (traces)..tapi tindakan bodoh sebegitu hanya memerangkap dia sahaja.kerana kami awal2 lagi sudah menyimpan screenshot dan semua bukti2 amoi atheist ni.

link : laman web gaysec
link : facebook fanpage gaysec

Saya berharap, janganlah dikeji, di maki dan dicemuh Arlene Tan tersebut... Kita perlu tunggu sehingga pihak Polis mengesahkan akan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh Gaysec ...

Dengar khabar hari ini Arlene Tan akan pergi buat laporan polis. Harap polis dapat selesaikan perkara ini semoga tiada benda yang buruk berlaku sekiranya beliau tidak bersalah... Rakan-rakan Islam dinasihatkan supaya bersabar di bulan yang mulia ini...

Kita Tunggu tindakan susulan pihak berkuasa..Nanti kau Bangsat!!!!

Kredit kepada : http://www.ohbelog.com/read/5400/583/

MAHALNYA.......

Mengapa kereta tempatan begitu mahal?



Mengapa kereta tempatan begitu mahal?

Pada dasar kereta nasional, kerajaan melaksanakan dasar untuk melindungi kereta tempatan, bagi kereta import pelaksanaan duti import asing yang tinggi, untuk mengukuhkan kereta buatan Malaysia, cukai kereta import sekurang-kurangnya 100%.

Ini telah menyebabkan ramai orang muda terpaksa membeli kereta tempatan. Tetapi tidak semestinya membeli kereta tempatan lebih murah. Sebenarnya, kerajaan mengenakan 2 jenis cukai kepada setiap kereta tempatan iaitu cukai pengeluaran dan cukai pengguna kira-kira 70%.

Contohnya, kereta tempatan yang paling murah iaitu Viva generasi kedua lebih kurang 40000 ringgit. Sebenarnya, harga asal hanya 24000 ringgit, kerajaan mengenakan cukai pengeluaran dan cukai pengguna adalah setinggi 16000 ringgit.

Akhirnya, cukai kereta terlalu tinggi, kita perlu membayar cukai dengan pinjaman bank.

为何国產车会那么贵?

在国家汽车政策下,政府施行保护国產车政策,对外国进口车实施高进口税,以加强国產车​在国內的优势。外国汽车税至少都是100%以上。

这导致许多年轻人都被逼买国產车。但买国產车也不见得便宜。其实,政府向每一辆国產车​征收2种税务︰生產税及消费税,徵税大约高达70%。

举个列子,市场上最便宜的第二国產轿车viva售价大约4万令吉。其实,原本售价仅仅​2万4千令吉,政府征收的生產税及消费税却高达1万6千令吉。

追根究底,汽车税其实是太高,大家都在借loan还税。

Monday, November 14, 2011

30 TAHUN ~ SEARCH


PHEEEEEWITTTT !!

Agak2 korang kenal x sapa ni? Tengok je gambar kat atas ni , sure korang kenal punya ! Aku mula mengenali Amy Search ketika aku berumur 10 tahun kot pada tahun 1990. Time tu aku cuma tau lagu jer yang dinyanyikan oleh kumpulan search tetapi aku x knl dgn lbh lanjut siapa dia sebenarnya.....

Apabila meningkat dewasa aku mula memasang niat dan angan2 untuk pegi tgk konsert search secara live dan alhamdulillah tercapai jgk and byk kali jgkla aku join konsert nih. Kat bawah ni ada sedikit gambiran utk tatapan umum.....








Pada kali ni aku xnak lepaskan peluang untuk follow konsert live at P.J pada 17 Dec 2011 kalo x silap. Dan aku rasa ini mungkin konsert yang terakhir kot dari SEARCH. Untuk tahun depan x pasti lagi sbb kebanyakkan mereka dah berumur dan kesihatan juga tidak menentu. Sungguhpun begitu, jiwa rock and performance masih mantap dan TERBAIK...!!!!!!


image

Amacam ?? Nak tau kat mana SEARCH bakal membuat persembahan selain di Kuala Lumpur nanti ? Jom kita gegar FACEBOOK FENOMENA SEARCH .. Klik KONSERT FENOMENA SEARCH 30 TAHUN ini dan untuk mengetahui harga tiket dan juga menempahnya secara online , korang klik http://www.tickethotline.com.my/events/search30/ ini ..

Jangan lepaskan peluang ini !! Bukan senang nak tengok otai main woooo !!!



Thursday, November 10, 2011

HARI JUMAAT YANG GIRANG

yeah...yeah...yeah.....dah hari Jumaat. Bergegas untuk balik...... huhuhu......

Monday, November 7, 2011

DISEBALIK SIMBOL TANGAN SPIDERMAN

Isyarat Syaitan yang bermaksud " I Love U, Satan"










Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”.

Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927.

Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Muzik

Syaitan mengayakan 'I Love U'

Jika diamati pada kulit album OzzFest yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ozzy Osborne jelas menunjukkan gambar syaitan sedang memberikan isyarat ‘I Love U’ ciptaan Helen Keller. Manakala pada kulit album Holy Diver yang dinyanyikan oleh DIO menunjukkan seekor syaitan membuat simbol TANDUK SYAITAN ketika memukul seorang paderi yang jatuh di dalam laut. Namun begitu, syukur kepada Allah S.W.T di Malaysia isyarat Tanduk Syaitan hanya popular di kalangan peminat muzik Rock dan tidak diamalkan oleh orang-oran awam mahu pun golongan pentadbir atau ahli politik.

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Filem

Syaitan memukul paderi sambil mengayakan simbol Tanduk Syaitan

Siri kartun popular yang difelemkan iaitu Spiderman juga mempamerkan simbol TANDUK SYAITAN di dalam lagak aksi-aksinya. Watak adiwira yang dicipta oleh Stanley Martin Lieber atau lebih dikenali sebagai Stanley Lee ini mula bertapak di persada antarabangsa pada 1962. Beliau merupakan seorang berbangsa Yahudi.
Oleh itu, sudah pastilah beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menerapkan simbol-simbol yang bersifat KEYAHUDIAN dalam kartunnya. Apabila watak hero komik ini dibaca dan ditonton oleh kanak-kanak maka sudah tentulah segala perilaku aksi watak tersebut mudah sahaja ditiru oleh mereka.


Tapi sayang, masyarakat dunia umumnya dan orang Islam khususnya dibuai dengan dogengan adiwira ciptaan YAHUDI yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengoyahkan keimanan dan ketauhidan dalam jiwa kita. Adakah kita rela pada suatu hari kelak, anak-anak kita meniru simbol atau tingkah laku adiwira sama ada secara sedar atau di bawah sedar? Tepuk dada, tanyalah hati….




Sumber dipetik daripada belas ehsan : http://www.ohbelog.com/read/5460/583/

Friday, November 4, 2011

PADAMU KU BERSUJUD

Bersempena dgn hari jumaat yg mulia ini dan juga raya haji yg bakal menjelma pada hari ahad ni aku nk share lirik lagu. Puncanya gini, aku tgh dgr radio sambil wat keje, tetiba terdengar kt radio lagu dari seberang yg bertajuk "Padamu aku bersujud". Lagu ni dh lama tp baru arini nk feel2 bagai. Dan2 tu terus je cr lirik dan terus je share kt blog. Lirik lagu ni memang best.... hayatilah.....



Lyric Afgan Padamu Ku Bersujud :

Kumenatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
(Lirik Lagu Afgan PadaMu Ku Bersujud
di http://ezone4u.blogspot.com)

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

~{}~

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu

ooOOOoo

Tuesday, November 1, 2011

1.1.11 = Selasa

11.11.11 = Ahad

menarik kan?

* Bertindan-tindanlah majlis perkahwinan tu nanti
tentunya...... hehehe....

GERAM

Terlebih dahulu aku nk nyatakan di sini bahawasanya blog ni aku buat sbb ikut hati aku nk tulis apa, so xde nk tema2 mcm blog fakta ker, blog agama ker, blog kucing ker, blog gossip liar ker, atau whatever blok yg berblog2 laaa.....blog ni blog suka hati aku nk tulis apa. Ada aku kesah? so aku xde nk publish2 kalo ada yg terbaca tu alhamdulillah dan terima kasih byk2 sbb sudi menjenguk blog cacamarba ni.

Entry kali ni aku nk lepaskan geram. Ini sume kesinambungan cite kete yg aku nk jual tempohari.
Jual kereta

Buyer yg bersungguh deal dgn aku tu x jadi beli tanpa alasan yg kukuh dan x gentle. X dewasa, mcm budak2..... kalo x jd bgtau jer aku ni bkn jenis suke nk maki2 org. Alaaa....kalo kena dgn org kaki maki pn xdehal la kan sbb bknnya ko rugi pun. Sesen aku x amik duit deposit lg cumanya apsal call x angkat? sms x balas? xde kata jadi ke x? apa kes?. Last bercakap dgn dia hari khamis dan keputusannya mmg dia jadi nk beli kete tu. Skang ni dh hari Rabu tapi aku call dr hari jumaat smpai la ni x berjawab. Kemana? bagaimana? Dimana? Apakah? Adakah? Setan gondol betullah (ni dikira sbg mencarut ker?) come on la brader....ni kita deal bkn deal bdk tadika, trust anyone x jadi beli ckp jer......

Kepada yg terbaca entry ni harap2lah sgt kita ni manusia biasa jer. Dan aku pn xde hak nk mrh2 kt org yg wat slh tu cuma kita ni hidup ada peraturan. Dah di beri petunjuk utk berjalan so jgn bengkang bengkokkan jalan tu....kadang2 JKR dh wat jalan tu dh elok dh tp kita je ngada2 jalan short cut. Ish! Merapu meraban dh ni cite pasal jln pulak.... oklah....takat ni je utk kali ni.... mood x stabil ni.... huh!