Wednesday, November 23, 2011

SELESAI SUDAH......

Alhamdulillah....last week selesai sudah urusan penjualan kereta kepada pemilik baru yang sangat2 bertuah dari Petaling Jaya. Pemilik baru adalah wanita berketurunan India. Pemilik baru sangat2 berpuas hati dan terpancar wajah keriangan serta kegembiraan dengan kereta yang dibelinya. Harga berpatutan dan banyak barang enjin yang rosak ditukar baru.

Maka bersedihlah pemilik lama dengan pemergian kereta yang menyimpan seribu kenangan. Dalam tahun 2011 sahaja sudah 2 biji kereta dijual dengan tujuan menjimatkan kos sara hidup harian dan menumpukan kepada 2 tempat teduhan.

Kini pemilik lama sedang rungsing bagaimana harus menggantikan 2 biji kereta yang telah pergi. Dengan bajet yang x seberapa ni pemilik lama sedang berkira-kira model kereta apakah yang sesuai buat dirinya. Semoga pilihan model kereta ni sesuai dengan bajet dan tidak mengecewakan di kemudian hari.






No comments:

Post a Comment