Thursday, December 29, 2011

COPY ENTRY

As salam....

Terus terang aku ckp, memang aku copy entry ni 100% siap dgn komen2 skali. Sebabnya ialah.... aku suka topik ni dan cuba utk mendalaminya lagi.... terima kasih banyak2 kepada pemilik blog :

http://umat-akhir.blogspot.com/2011/12/bloodline-yahadut-mizrah.html.

Tujuannya aku adalah utk membuka mata kepada para penyelidik, pengkaji, dan juga umat Islam di Malaysia juga menambahkan lagi ilmu pengetahuan aku sendiri......



Bloodline: Yahadut Mizrah

Yahadut Mizrah


BARANGKALI tidak ramai yang tahu mengenai kisah ini meskipun terdapat banyak rekod sejarah yang menunjukkan kemasukan bangsa Yahudi ke dalam kelompok masyarakat Asia melalui proses asimilasi. Tetapi ada juga yang sudah lama tahu mengenai perkara ini.

Asimilasi merujuk kepada proses perkembangan sesebuah bangsa yang berkembang melalui perkahwinan (hubungan seksual) sesuatu bangsa itu dengan bangsa asal di sesebuah wilayah yang mereka duduki atau menumpang. Hasil daripada asimilasi, budaya dan sikap bangsa yang berasimilasi dengan bangsa asal di sesebuah wilayah itu akan diwariskan kepada anak-anak mereka yang lahir daripada perkahwinan campur itu. Contohnya ialah bangsa Eropah (Portugis) yang berasimilasi dengan bangsa Melayu yang seterusnya melahirkan bangsa Serani (Eurasia) seperti yang terdapat di Melaka hari ini.

Sejarah perjalanan bangsa Yahudi telah direkodkan dalam banyak jenis rekod termasuk teks. Ia termasuk rekod dalam kitab-kitab suci mereka sendiri dan juga rekod-rekod sejarah moden yang ada pada hari ini. Perjalanan bangsa Yahudi adalah satu catatan sejarah yang panjang dan kompleks, sebahagiannya pula adalah sejarah yang terahsia.

Di Ethopia sebagai contoh (sekitar sebelum tahun 500 Masehi), bangsa Yahudi telah berasimilasi dengan bangsa Ethopia dan melahirkan anak-anak kacukan yang menjadi bangsa Yahudi berkulit hitam (Black Jews). Kemudian selepas era moden, bangsa Black Jews itu pula berhijrah ke Eropah serta Amerika dan berasimilasi pula dengan orang kulit putih di sana dan melahirkan Mulatto Jewish. Malah di Jamaica, bilangan Black Jewish di sana sangat ramai dan mereka mula menyesatkan orang kulit hitam Jamaica dengan munculnya agama Rastafarian yang berkiblatkan Bukit Zion.

Cukup dengan memandang asimilasi Yahudi dengan bangsa-bangsa lain di dunia bahagian sebelah sana. Ia hanya sekadar untuk memperlihatkan kepada anda mengenai kewujudan bangsa-bangsa yang terlahir daripada darah Yahudi yang dikesankan daripada perkahwinan antara bangsa Yahudi dengan bangsa lain.

Orang Yahudi memberi banyak gelaran kepada ‘bangsa-bangsa baru’ yang lahir daripada darah mereka. Mereka juga telah lama hadir ke daerah Asia untuk melahirkan bangsa-bangsa baru ini. Bangsa-bangsa baru berdarah Yahudi itu pula mewarisi sikap mereka yang mengejar keuntungan dunia dan sebagai musuh kepada Islam. Antara bangsa baru berdarah Yahudi di Asia yang mereka beri nama ialah bangsa Yahadut Mizrah. Mereka menamakan keturunan campuran mereka di salah sebuah wilayah di Asia sebagai Yahadut Mizrah.

Malah, bangsa Yahadut Mizrah ini menggelar diri mereka sebagai Youtai yang bermaksud ‘dari Judah’ iaitu dari sebuah nama wilayah bersejarah bagi bangsa Yahudi di Asia Barat. Resam dan sikap Yahudi sangat menebal dalam diri bangsa Yahadut Mizrah, seluruh jiwa dan raga mereka seluruhnya tertumpu kepada bangsa teras mereka iaitu Yahudi.

Dalam meniti pengertian Yahudi, kita harus merujuk kepada faktor. Bukan semua Yahudi itu Zionis. Wujud dua golongan Yahudi iaitu Yahudi Lama dan Yahudi Baru. Walaupun diberi nama Yahudi Baru, mereka sebenarnya adalah Yahudi yang tidak bercampur darah dengan bangsa-bangsa lain. Mereka masih berdarah teras yang tidak bercampur genetik dengan bangsa-bangsa lain.

Yahudi Lama merujuk kepada Yahudi yang berpegang kepada ajaran agama asal mereka dan menolak Zionisme, manakala Yahudi Baru pula merujuk kepada Yahudi yang sekular di bawah idea Zionis (sila rujuk keterangan Rabbai Aaron Cohen).

[Anda boleh merujuk keterangan ini dengan meneliti sumber-sumber tambahan seperti Rabbai Aaron Cohen dengan sendiri. Saya sengaja mengeja dengan menyusun huruf R.A.B.B.A.I berbanding mengeja dengan ejaan asal iaitu R.A.B.B.I bagi mengelak kekeliruan antara sebutan rabbai (pendeta Yahudi) dengan rabb (bermaksud Tuhan).]

Meskipun berpegang kepada ajaran asal agama mereka, golongan Yahudi Lama bagaimanapun masih tebal terhadap sikap ‘etno-centrism’ yang mahu bangsa mereka terpusat sekitar sesama mereka sahaja. Ia juga bermaksud mereka masih setia dalam menjunjung ketinggian bangsa mereka melebihi bangsa-bangsa lain meskipun mereka berpegang kepada ajaran lama.

Golongan Yahudi Baru yang menganut fahaman Zionism bagaimanapun menjunjung cita-cita untuk memperluaskan fahaman mereka ke serata dunia dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa bertegang urat dengan golongan Yahudi Lama dalam soal prinsip kebangsaan mereka.

Ia termasuk dengan berasimilasi bersama bangsa-bangsa lain di seluruh dunia supaya dapat membantu mereka menjayakan cita-cita besar gagasan Zionis di Asia Barat dan seluruh dunia. Golongan ini adalah golongan Yahudi yang sekular dan amat serius dalam memastikan cita-cita besar mereka itu tercapai.

Dalam lipatan sejarah di Asia, golongan Yahudi dikesan masuk secara besar-besaran ke wilayah timur Asia bermula pada sekitar tahun 960 Masehi iaitu beberapa ratus tahun selepas sejarah perselerakan bangsa Yahudi akibat berperang dengan Rom. Mereka kemudian hidup di wilayah-wilayah asing dan berasimilasi dengan bangsa-bangsa lain.

Bangsa baru hasil asimilasi (Yahadut Mizrahi) itu kemudian berterusan berkembang di seluruh pelosok Asia dan menyusup masuk ke dalam bangsa-bangsa Asia sehingga ke zaman gemilang mereka menguasai dunia pada sekitar tahun 1100 Masehi dan permulaan tahun 1162 hingga 1127 Masehi pula menyaksikan bangsa campuran Yahudi itu menguasai sebahagian besar dunia. Ia ada tercatat dalam sejarah.

Melalui kajian sejarah yang dilakukan secara kritikal oleh Wisnu Sasongko (pengkaji dari Indonesia), bangsa Scythia dikenalpasti sebagai bangsa Yakjuj dan Makjuj (Gog Magog) yang disebut dalam al-Quran. Bangsa Scythia yang dikenalpasti sebagai Yakjuj dan Makjuj itu juga dibuktikan oleh Wisnu melalui banyak keterangan teks sejarah serta keterangan-keterangan yang membawa bukti itu kepada jawapan bahawa Scythia itu adalah bangsa Yakjuj dan Makjuj. Malah, Wisnu juga berjaya mengaitkan perkaitan perjalanan bangsa Yahudi yang mempunyai pertalian dengan bangsa Scythia serta Yakjuj Makjuj Asiatic.

Keterangan-keterangan itu membawa kita kepada jawapan (follow the evidence) bahawa bangsa Scythia adalah bangsa pecahan daripada Yahudi. Ketika keterangan sejarah merekodkan kekalahan Scythia dalam satu episod serang balas, keterangan itu juga membawa kita kepada keterangan lain bahawa bangsa Scythia yang merupakan bangsa pecahan daripada Yahudi itu telah berhijrah ke Eropah dan sebahagian Asia. Ia juga ada direkodkan dalam sejarah.

Maka dengan itu, bangsa terbitan Yahudi yang disebut oleh orang Yahudi sendiri sebagai Yahadut Mizrah memang wujud di Asia sejak bangsa Yakjuj dan Makjuj melarikan diri ke Asia. Teras genetik Yahudi dari kalangan Scythia berasimilasi dengan bangsa Asia, lalu menghasilkan anak-anak bangsa baru yang disebut Yahadut Mizrah sehingga mencipta gelombang kedua keganasan Yakjuj dan Makjuj di muka bumi.

Persamaan yang terdapat di kalangan sikap Yahudi (golongan Yahudi Baru) sehingga hari ini ialah suka bergerak ke seluruh dunia, ada yang memanggil gelagat itu sebagai nomad yang merujuk kepada cara hidup berpindah-randah mengikut resam kuno.

Sama juga seperti bangsa Scythia yang hidup secara nomad, sama juga seperti Yahadut Mizrah yang suka bergerak ke serata dunia untuk mencari peluang mencipta kekayaan bagi keuntungan teras bangsa mereka. Gelagat hidup berpindah randah adalah salah satu daripada sikap bangsa Yahudi yang sentiasa wujud di setiap pelosok dunia.

Warisan bangsa teras itu bukan hanya dari segi ideologi ‘etno-centrism’ yang berkiblatkan sanjungan tinggi kepada bangsa mereka, malah meliputi cara hidup berpindah-randah untuk membina komuniti mereka di serata dunia demi menjunjung cita-cita dan ideologi bahawa bangsa mereka akan menguasai dunia apabila masa sudah tiba.

Komuniti-komuniti mereka wujud di serata dunia, menjadi satu kelompok masyarakat yang mempunyai kuasa ekonomi. Apabila komuniti-komuniti itu dihitung dari seluruh pelosok dunia, maka akan terbentuk satu gambaran jelas bahawa golongan mereka sebenarnya sudah besar di dunia ini. Mereka adalah golongan bangsa yang kelihatan seperti bangsa yang tidak mempunyai rupa seorang Yahudi, tetapi sebenarnya mereka mempunyai darah Yahudi serta menjunjung tinggi cita-cita Yahudi secara bersungguh-sungguh dan mereka wujud di setiap pelosok dunia.

Adakah wujud Yahadut Mizrah di Malaysia ini? Fahami dan amati sejarah perjalanan bangsa Yahudi dan anda pasti akan bertemu dengan bangsa Yahadut Mizrah. Namun, bukan semua di kalangan mereka itu adalah Yahadut Mizrah walaupun rupa mereka seakan sama.

"Anda tidak akan tahu mana satu nasi yang selamat untuk dimakan dan nasi yang mana satu mempunyai racun." - UMAT TERAKHIR, TWIST: Redundant.

Namun, anda boleh selamatkan diri anda dengan cara follow the evidence berdasarkan perkembangan semasa yang sedang memandu kamu semua kepada jawapan yang membuka pekung sejarah golongan Yahadut Mizrah itu.

Ketahuilah bahawa ada usaha untuk memadam sejarah perjalanan bangsa Yahudi sehingga lahirnya Yahadut Mizrah di Timur ini. Namun, sejarah itu tetap sejarah dan jangan lagi buta terhadap sejarah. Kenali sejarah dan kajilah sejarah, kenalilah musuh kamu dan kajilah musuh kamu. Ia kerana musuh kamu sedang berselindung di sebalik tirai sejarah.

Maaf, saya tidak sediakan jawapan. Ikutlah semua bukti yang sudah anda dapat di sekeliling anda selama ini.

-UMAT TERAKHIR-

11 feedbacks / comments:

Anonymous said...

Siapa lagi kalau bukan bangsa china..dimana negara pun mereka ada..klu dilihat dari sekecil-kecil barang hingga ke sebesar barangan datangnya dari negara ini..menguasai sungai2 (ekonomi)..yakju makjut yang bermata sepet..musuh dibelakang kamu (musuh dalam selimut)..

bromo said...

Salam,
Menarik gak teori ni.(ke dah jadi fakta). Selari dgn teori The Promised Land (mistifiles). Yang saya tahu memang ada keturunan yahudi di china. Malaysia pun ada tapi tak sangka perpindahan mereka bermula sekitar 900 masihi. Yang menariknya kebangkitan empayar2 melayu (contohnya srivijaya) di dalam timeline yg lebih kurang sama. (melalui monopoli selat melaka). Saya tahu empayar melayu bermula lebih awal lagi cuma menunjukkan kebetulan yang saya nampak. Kebetulan yang lebih menarik ialah eropah mula menjajah kepulauan melayu setelah Islam bertapak di sini.
Wallahu a'lam.

fikris said...

Salam,

Sudah hampir kepada maklumat rahsia itu. Syabas UT. Itulah yang bakal menyusul, tetapi hati2 dan ikutilah maklumat dan bukti tersebut supaya tak tersasar. Kisah Yakjud dan Makjud ini berada dalam banyak Hadis dan disampaikan oleh Baginda saw secara terpisah2, seolah memang disampaikan secara terpisah2 sebagai pedoman untuk yang mahu berfikir. Maha Adil Allah swt. Gelombang berikutnya amat dahsyat..... gelombang terakhir.. Terima kasih UT kerana berkongsi ilmu ini..

Anonymous said...

Assalamualaikum penulis...sekembalinya saya semula setelah beberapa bulan terpendam bak mutiara di dasar lautan, melawan arus duniawi yang menyempit, keterpaksaan yang ditakdirkan oleh Ilahi dalam meniti arus kehidupan masa kini...setelah sekian masa ku terpendam, Dia mengejutkan ku...aku hanyalah manusia biasa yang inginkan hidup tenang...aku bukan siapa2...namun, aku berpegang kepada satu kata2, 'THE WAY GOD WORK IS MIRACLE'...Tuhan mengejutkan aku bermula pada malam ni 1Safar, bulan kelahiranku, bermaksud sebuah perjalanan...perjalanan setelah hijrah muharam berlaku...perjalanan yang mungkin untuk sebuah pengembaraan baru, mungkin untuk sebuah kelahiran baru, untuk sebuah perjuangan ataupun sebuah peperangan...setelah ku amati, the message was clearly given... mungkinkah... mungkin...namun dan tapi, aku percaya kepada Allah...Dia mengejutkan ku untuk kelebihan yang ku miliki, mungkinkah...lihatlah sekeliling kita...Dia meletakkan aku sementara dalam sebuah kehidupan, untuk aku pelajari situasi yang sangat membingungkan, sangat mengelirukan, sangat mendesak, hanya kerna untuk mempertahankan sesuatu yang aku miliki dari hati dengan niat yang ikhlas,malah hampir menjerumusku ke lembah binasa...kini, Dia memberikan pesanan buatku melalui keajaiban...dengan keadaan dunia yang semakin kucar kacir, fitnah dajal yang mula bergelombang di tanah bangsa mim, kini safar, perjalanan, pengisytiharan, untuk ku sampaikan mungkin kah dariNya...ku ciptakan sebuah perjuangan untuk selamatkan bangsa melayu dan islam...peperangan "152 VS 901"...setelah aku dikejutkan dengan bersih pada bulan 7,yang mana aku dipaksa menentang bersih kerana huru hara yang bakal berlaku, alhamdulillah, matlamat itu gagal...Malaysia selamat...kini, aku dipanggil dengan banyak kebetulan...peperangan menentang fitnah yang membadai, bertopeng tiga pakatan yang ku terbuta melihatnya, berdiri dibalakang mereka pelbagai pertubuhan yang menanti menghurung makanan, seperti mana negara2 arab...namun mereka tersilap, ini buka bumi yang mudah diperkotak katikkan, ini bumi mim, bumi melayu...orang tersebut hanyalah pawn untuk perancangan di belakang...buka mata dan hati wahai sahabat2 sekalian...kita diberi 2 minggu untuk menghapuskan segala perancangan dan fitnah yang makin meresapi dunia kita...insyaAllah...bumi kita akan terus selamat setelah ku sampaikan mesej ini jika benarlah ia dari tanda2Nya...namun aku tetap manusia biasa, yang telah melalui kehidupan sengsara, hidup terasa terasing, namun cinta kepadaNya tetap yang terdalam...perjuangan 152 menentang gerakan 901...untuk menutup seboleh mungkin kekeliruan yang dilakukan manusia ini...tuhanku, jika ini yang Engkau mahukan, telah ku sampaikan pada tempat yang sepatutnya...demi menyelamatkan bumi melayu dari apa yang berlaku seperti di bumi arab...ku isytiharkan malam pertama safar, permulaan sebuah perjalanan...insyaAllah...matlamat utama adalah untuk mengelak atau menghapuskan matlamat sebenar gerakan 901, yang mana terus bersangkut paut rentetan bersih 2.0 dan seksualiti merdeka...apakah matlamat tersebut...sahabat2 ku yang ikhlas demi survival bangsa melayu dalam arus fitnah ini, pasti mengerti malah lebih memahami dariku...message was sent now...selamat berjuang para sahabat...memelihara bumi melayu dari apa yang berlaku seperti di negara2 arab...sekian, wassalam....-z

Y C MD said...

Salam semua,

Telah terang lagi bersuluh siapakah Yahudi ketiga ini. Kemaruk harta dan kuasa, muslihat penuh tipudaya. Inilah yang cuba disampaikan pengarang. Bersiap sedia menghadapi kumpulan pemusnah (yakjuj makjuj) yang berada sekeliling kita. Perhatilah dengan hati yang terang, dapatkan segera cahaya kerana mereka bersembunyi disebalik kegelapan.

Masing2 muhasabah diri. Mintalah petunjuk. Allah tidak kedekut sebagaimana kita manusia.

Amat menakutkan manusia Melayu akan dipaksa berbunuhan sesama sendiri melalui muslihat ala Yahudi zionis. Selamat berfikir.

dean said...

yg Penting dakwah perlu diteruskan, kekuatan bermula dari kita keluarga masyarakat bangsa dan negara..apapun satu blog menarik percmbahan ilmu, mmbuka minda....BERMULA KITA DENGAN KALIMAH TAUHID BERAKHIR DENGAN KALIMAH TAUHID, DITENGAH-TENGAH ADALAH PEPERANGAN MELAWAN MUSUH NYATA DAN XNYATA. PENDEK KATA DUNIA DAN ALAM INI ADALAH MEDAN UNTUK MENGUJI SIFAT-SIFATNYA...YG PASTI YANG HAK PASTI MENANG MENEWASKAN YANG BATIL...YANG HAK ITU PENUH DENGAN KASIH SAYANG..YANG LAIN LAIN AKAN MELEBUR KE DALAM SIFAT INI...YANG BATIL & MUNGKAR AKAN DIBASUH DICUCI SEHINGGA BERSIH DI DUNIA INI(MUJAHDAH NAFSU) ATAU DI NERAKA (NAUZUBILAH MINZALIK)ATAU SETENGAH2 KES AKAN KEKAL DINERAKA MAKSUDNYA MAKHLUK AKAN MENGINGATI diriNYA DI NERAKA SAMPAI BILA2.
ALLAHUAKABAR
LAHAULAWALLA QUWATTAILLABILLAHILALIMAZIM

Muzaffar Mahawangsa said...

salam semua

nak kongsi sedikit pengetahuan selepas persoalan yang sekian lama terbenam dalam diri saya tiba-tiba diketuk kuat sebaik membaca entri UT kali ini.

susur galur keturunan Yahadut Mizrah adalah rahsia yang cuba ditutup oleh orang cina yang merantau ke negeri orang lain termasuk ke Malaya. orang cina Yahadut Mizrah jugalah yang menaja komunis di Malaya satu masa dulu. komunis tu pulak fahaman tajaan zionis. jadi semua tu ada saling kaitan. tapi bukan semua cina di malaysia ni dari keturunan Yahadut Mizrah.

orang Siam pernah beri gelaran 'Yahudi Timur' kpd cina-cina yang merantau ke tanah Siam satu masa dulu. ini bukan kenyataan rasis dari saya, tapi ini fakta sejarah. cerita-cerita dari Siam juga ada keterangan yang menjelaskan tentang kemasukan Yahadut Mizrah ke tanah Melayu melalui jalan darat selepas dihalau oleh orang Siam.

melalui keterangan dari Siam, diterangkan ada satu golongan dari tanah Arab yang mengekori dan memburu Yahadut Mizrah untuk memerhati tindak tanduk mereka. kumpulan dari tanah Arab itu bekerjasama dengan orang Siam dan sebahagian Melayu di tanah Siam untuk menghalau Yahadut Mizrah keluar dari Siam selepas timbul kekacauan. tetapi golongan cina Yahadut Mizrah atau Yewtai itu menyelinap masuk ke tanah Melayu dan berselindung di sebalik cina-cina yang dibawa masuk oleh British melalui sistem kangchu. kesannya, cina Yahadut Mizrah itu bercampur dengan cina yang dibawa british untuk menyelamatkan diri dari diburu. itu sekadar keterangan di era kolonial. keterangan-keterangan sebelum era kolonial pula tidak banyak saya perolehi.

daripada keterangan yang diperoleh daripada sumber-sumber Siam, dikatakan orang-orang Arab itu mencatat semua perjalanan mereka sepanjang menjejak Yahadut Mizrah.

saya tengok blog ni tak sebut sikit pun pasal orang cina di malaysia dalam menerangkan maksud Yahadut Mizrah, saya faham. blog ini tidak mahu ditohmah sebagai rasis, tapi keterangan sejarah yang diterangkan UT mampu menerangkan petunjuk-petunjuk asas kepada kita mengenai kewujudan orang cina Yahadut Mizrah yang semakin nyata mahu memadam Islam dari bumi Melayu ini.

saya juga masih mencari jawapan mengenai identiti kumpulan orang Arab yang memburu Yahadut Mizrah itu dan adakah orang-orang Arab itu juga memburu Yahadut Mizrah sehingga mereka juga menetap di tanah Melayu untuk mengawasi Yahadut Mizrah sehingga hari ini.

Tag Files of The East yang dipapar di bawah entri ini memberi banyak persoalan kepada saya. Adakah file og the east itu merujuk kepada catatan orang-orang Arab itu sepanjang mereka memburu Yahadut Mizrah sehingga ke tanah Melayu.

persoalan baru yang timbul pula ialah adakah ada individu di UT ini merupakan pewaris keturunan kepada orang-orang Arab itu. sememangnya saya juga pernah terniat untuk menjejak keturunan orang-orang Arab ini yang dikatakan telah berkahwin dengan perempuan-perempuan melayu dari kalangan keturunan orang istana di utara yang hampir dengan tanah Siam semasa Yahadut Mizrah mencari jalan untuk masuk ke tanah Melayu.

Anonymous said...

more puzzles..

STALKER said...

Salam semua,

Saya jawab satu persatu.
----

Anon 02:46,

Yahadut Mizrah bukan berputar dalam kelompok Yowtai sahaja, merujuk Yahadut Mizrah semata-mata kepada Yowtai adalah tidak adil.

Yahadut Mizrah meliputi keturunan-keturunan yang lahir daripada hasil perkahwinan campur bangsa Yahudi dengan bangsa-bangsa lain di sekitar Asia. Oleh itu, merujuk 100 peratus kepada Yowtai adalah kurang tepat.

Yowtai adalah sebahagian Yahadut Mizrah, tetapi Yahadut Mizrah tidak semestinya Yowtai sahaja. Ada perbezaan di situ.

^_^

----

Bromo,

Saya tidak sempat membaca The Promised Land seperti yang disebutkan saudara disebabkan sibuk dengan tugasan harian. Mungkin keterangan fail-fail yang ada dalam simpanan Umat Terakhir mempunyai keterangan yang bersangkutan dengan keterangan yang disimpan Mistisfiles. Itu kerana sejarah itu adalah fakta dan fakta itu selalunya ada benang-benang 'cross reference'.

----

Fikris, YCMD dan Dean,

Kita hanya mengikut ke mana sahaja bukti berketerangan itu membawa kita kepada jawapan. Tetapi Umat Terakhir tidak pernah menyediakan jawapan.

-----
Anon 09:08,

Kebenaran itu adalah nikmat apabila kita telah menemui jawapan-jawapan yang kita perlukan.

-----

Muzaffar Mahawangsa,

Saya simpan dahulu kenyataan anda.


-----

Anonymous said...

haii..teruknya malaysia sekarang ni ..

bromo said...

Ada satu entry mengenai Li Bloodline sebagai salah satu bloodline illuminati di mf dulu (sekarang tengah hiatus). Dari wiki ada disebut tentang surname Li sebagai salah satu keturunan yahadut mizrah ni.

EDISI KERETA II : PRODUA ALZA

Alhamdulillah kurniaan rezeki dapat jgk akhirnya aku membeli sebuah kerete Produa Alza. Ni ckp xde selindung2 ni, mmg aku dah beli kete ni. Rupanya nk beli kete pn pening jgk..... yela utk org yg bajet ngam2 mcm aku ni sentiasa kira bajet bulanan, then nk pilih model apa yg sesuai ni kena kira jangka masa panjang jgk. So setelah ditimbang kira akhirnya aku memilih model ni sbg kete terbaik.







@ picture taken at Sungai Selangor Dam, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.

Wednesday, December 28, 2011

TESIS

Alhamdulillah...... Setelah berusaha dgn gigih dan mengorbankan cuti umum hari krismas 3 hari + 2 hari cuti Emergency Leave, akhirnya aku berjaya jgk menyiapkan dan menghantar tesis aku tepat pada masanya iaitu dlm range office hour. Selebihnya aku bertawakal kepada ALLAH S.W.T untuk menentukan samada tesis aku itu diterima atau sebaliknya..... Semoga pengakhiran sesi pembelajran aku di sebuah IPT Awam berakhir dengan kejayaan yang cemerlang... InsyaALLAH... Amin......

Friday, December 23, 2011

AKU SEDANG GIGIH....

Dah sampai hari jumaat ker??? x sedar pn sbb bz keje dan tengah gigih menyiapkan tesis ni dr last 2 week lg. Macam x cukup masa je, mata dh bengkak2 sbb x cukup tido and rehat. Dateline 27 Dec pulak.... adoi matilah...!!!! Tolonglah Cik lecturer luluskanlah daku.....

Thursday, December 22, 2011

HAI LELAKI, ELOK KE MELANCAP???



Tajuknya agak lucah bukan? namun tiada unsur kelucahan disitu melainkan perkongsian maklumat, itu sahaja.....Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara dari blog http://www.cayob.com dan juga blog http://helmifaiz.com. Aku amik entry ni dari diaorg.... kredit penuh diberikan pada diaorg nih.....

Ok kita teruskan membaca yer, kpd kaum Adam ini amat penting...!!!! kepada kaum Hawa ia boleh dijadikan tambahan ilmu pengetahuan dan juga pemantauan kpd para suami.

Anda tahukah apa maksud melancap??

Menurut al-Syeikh Mustaf ‘Adawi dalam kitab Ahkam al-nikah wa al-zifaf, melancap atau istimna adalah dengan menggeselkan tangan pada zakar hingga terpancutnya air mani.

Cuba baca baik2 dan fahamkan yer ahkak2 ahdik2.... Tapi ingat hukum melakukkannya ialah HARAM dan perbuatan itu adalah berdosa. Tapi dosanya tidak sama dengan dosa berzina. Tetapi berbuatan ini di bolehkan kepada pasangan suami isteri, sekiranya isteri mereka dalam keadaan haid. Juga hukumnya akan menjadi HARUS sekiranya seorang lelaki bujang untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat akibat teransang oleh sesuatu yang menjadi punca kerangsangan tersebut. ( ayat medic camni ke?)




“SALAH KE MELANCAP??”

Melancap dengan secara yang tidak dapat dikawal, ianya dapat menjadi sesuatu yang sangat bahaya. Semasa melancap kebanyakan lelaki lebih fokus kepada kawasan khusus zakar, kawasan ini yang ada kebanyakan erotogenic.

Apabila air mani dikeluarkan, tenaga, bahan penting, dan nutrien akan hilang. Sangat merbahaya jika mengeluarkan air mani secara berlebihan. Dengan kehilangan begitu banyak tenaga, anda tidak akan dapat kekal sihat dan risiko untuk mati awal.

Ramai yang tidak perasan kesan daripada melancap berlebihan ianya dapat memendekkan jangka hayat dan juga membuatkan anda sakit tulang belakang. Keseimbangan badan akan tidak stabil mengakibatkan anda sentiasa berasa sakit2 dan sengal2 selepas proses pemelancapan itu dilakukan Melancap adalah satu kenyataan saintifik dan mesti difahami dengan matang.

Cara untuk membezakan lelaki yang melancap berlebihan dengan lelaki yang melancap secara teratur adalah dengan membezakan warna kulit mereka, lelaki yang melancap berlebihan biasanya warnanya sangat pudar. Kesan akibat kehabisan tenaga, mata mereka sering malap, pendapat mereka amat perlahan dan kurang cita-cita serta selalu tertekan akibatnya melancap secara berlebihan.

Bukan aku cakap tapi amik orang lain punya then aku olah sikit2.....

Sumber Klik Sini

Berita lanjut....

http://helmifaiz.com/kesan-buruk-melancap-dan-blowjob-bagi-lelaki/

MAKAN - MAKAN

Lambat update cite pasal makan2 ni, tp aku x kira aku nk cite gak dgn orang. Biarlah aku nk cite, x bole ke? entry kali ni juanz nk cite bab makan. Makanan ni lain dr yg lain tau. Kalo setakat upload gambar fast food baik xyah der.... dh berkurun katenya makanan2 tu wujud. Asyik makanan yg sama jer nk diceritakan kan?

Ok last week company aku ada wat site visit ke tapak projek di Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Tujuannya adalah untuk.......?????............. kerana kerja laaa. So lepas je abis site visit and merapu2 kt site kitaorg plan nk gi lunch kt area situ gak memandangkan matahari terik dh memancor tegak di atas kepalo den ni tp no idea. Maka dgn rasa rendah diri dan rela hati aku pn mencadangkan agar semua bala tentera yg pelahap2 tu di kejarkan ke sebuah restoren makanan eksotik di Tg. Karang. "

Sedikit sinopsis dan kelainan tentang restoren ni ialah berkenaan dgn makanan yg disajikan berbeza dgn restoren di tpt lain. Restoren ni ada menghidangkan menu seperti Landak, Rusa, Pelanduk, Baung sungai, Udang Galah, Ayam Kampung dll yg halal hoccay.... tempat yg kitaorg gi mkn ni merupakan cawangan kepada Restoren Rimba di Sungai Panjang, Sungai Besar.

Aku xnk cite panjang2.... gambar di bawah ni menceritakan segala2nya.... layan.....



















Bukan yang ni.....




































































Yang ni pun bukan.....


















































































Laaaaa.... kan aku dh ckp td kalo setakat nk cite pasal makanan fast food baik xyah.... try scroll lg ke bawah ada x gambarnya.....











































































































































































































Menu kampung piyyyoorrrrr....!!!!!!



Ni la dia daging landak masak rendang + sambal belacan + tempoyak + Ikan baung masak lemak cili api + ayam kampung goreng rempah + ulam-ulaman yg jrg ditemui + air fresh oren.





Inilah di antara bala tentera yang pelahap2 setelah penat berjuang semasa site visit... penat ker kak long? nampak ada kepoyo'an di situ.....hahahaha....

Wednesday, December 21, 2011

VIRUS NAKAL

Salam....

Xtau nk ckp camne, rs terkejut pn ada, rs blur2 pn ada..... citenya gini. Semalam aku on ym guna email. Tetiba ada plak ym masuk dr "seseorang ittew" yg pnh mengusik jiwa, sewaktu waktu dahulu. Ayat2nya lebih kurang cengginila :-

"seseorang ittew" : hi there?

aku : ?

"seseorang ittew" : kenapa "?"

Aku : Tadi bkn ke ada tegur "hi there" so tu yg jd "?' tu...

"seseorang ittew" : x pernah post apa2 since 2 years back

Aku : Tapi camne leh ada ym masuk?

"seseorang ittew" : may be virus kot, betul mmg x tau pun n xde post pape. Zuan
ada add ym ker?


Aku : hhhmmm....virus ek? pandainya virus pilih org.

"seseorang ittew" : xde post papela, may be virus kot....

Aku : it's ok... :-)

Then perbualan kami berhenti setakat disitu sahaja. So apa kesudahan cite ni? kesudahannya dh abeslah... nothing cuma nakal gk virus tu ek? rs nk ku cepuk2 je virus tu wat onar di petang Rabu. Sangat2 occayyyy.....

Tuesday, December 20, 2011

PANASSSS...!!!!! LAGI - LAGI MAHASISWA BUAT HAL


Turunkan Bendera Najib


Ni lagi satu hal, x sedar dek untung tul laaa.... bila aku kuar statement camni mesti org2 yg pro kata aku x berbudi bahasa, x paham la, ikut sgt telunjuk Barisan Nasional laaa... Agak2lah kan, kenapa ek student2 tu turunkan bendera Najib tu? sebab apa yg diaorg marah sgt? aku ni mmglah x reti sgt pasal hal2 politik nih... TETAPI..... kalo ada masa terluang tu seeloknya pegila menela'ah pelajaran dari wat persengketaan dengan Kerajaan nih. Aku org BN - UMNO ker? laaa....ckp camni je pun terus nk cap aku org BN - UMNO plak? xdelah.....aku x berpihak dengan mana2 pihak tapi seeloknya laksanakan tugas yg lebih penting dr wat benda2 camni.....

PANASSSS....!!!! PELAJAR TAJAAN PETRONAS KAHWINI TEMAN LELAKIi DI DUBLIN


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.


Ok.... nak tau apa jadi dgn anak pakcik ni? pakcik-pakcik.... kalo nk tau, inilah punca kenapa anak pakcik tu hilang....

GAY (kahwin sejenis)

Sekarang tengah panas dan kecoh tentang isu mahasiswa kita yang nak tunjuk terror. Malahan sanggup menolak tepi urusan akhirat kelak. Apa ada hal kan? hidup sekali mati sekali.... tapi hidup kekal kt akhirat tu yg jadi hal tu. Sebabnya diaorg x rasa panas. cuba amik mancis then bakar tgn tu... aduh! sakitnya.... bodoh ke apa nk bkr tgn sendiri? hahahah.... bodoh kan bakar tgn sendiri? tapi lagi bodoh kalo dah belajar tinggi2 tapi x tau membezakan perkara baik buruk, halal haram. Xper.... nikmat dunia.... Lihatlah dunia aku sudah moden dan up to date dari korang2..... persetankan kata2 mufti dan alim ulamak. Kita bijak pandai ni boleh tentukan mana baik mana buruk kan? So lihat jela gambiran kt bawah ni.....


Alaaa.....kenapa wat majlis pernikahan ni kt oversea, kalo wat kt Malaysia nk jgk rakyat Malaysia ni gi majlis korang. Nak tengok sgt2 sbb x pnh tgk lg majlis pernikahan melawan arus camni.... hahaha....



So sweet.... kalo ada majlis tepung tawar lg best kan? biar aku simbah je muka ko tu dgn air tepung tawar tu kan...


Bahagianya.... selamat pengantin baru yer....


Lepas ni korang nk honeymoon kt mana? dh rancang ke blom? cepat2lah gi honeymoon takut kiamat dh semakin hampir atau malaikat maut dtg x sempat plak nk merasai nikmat dunia nanti..... :-)




Monday, December 19, 2011

HARAM TETAP HARAM


" PERBUATAN MENDIRIKAN DUA (2) SOLAT JUMAAT DALAM SATU KARIAH ADALAH HARAM "

Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, mengikut mazhab Shafie umat Islam tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat berasingan dalam satu kariah, dan solat yang sah hanyalah solat didirikan di masjid diiktiraf dan diperkenan Sultan yang juga Ketua Agama Negeri.

So kita follow je.... jangan nk memandai2. Dahlah ilmu cetek kengkadang kita ni suka memandai2 dan suka wat andaian sendiri tanpa merujuk pada yang pakar.

UBAT DARI BAHAN BUANGAN LEMBU


Bacalah statement ni betul2.....


“TUHAN BERADA DI DALAM NAJIS LEMBU”


Ini adalah kata2 dari Kesari Gumat semasa dia berjalan melintasi makmal yang dipenuhi para penyelidik yang sibuk.

Ada yang tekun mencampurkan bahan buangan haiwan itu bersama herba tertentu sementara beberapa orang lain mengawasi air kencing lembu yang sedang menggelegak di dalam sebuah bikar.

Makmal yang terletak bandar Ahmedabad di barat India itu merupakan salah satu pusat penyelidikan yang mengangkat status suci lembu dan membawa hasil kajian mereka ke satu tahap baru.

Dalam usaha mempromosi aspek praktikal seiring dengan keyakinan spiritual, mereka telah mengembangkan perubatan berasaskan najis dan air kencing haiwan itu. Ini sekali gus menjadikannya satu rangkaian produk yang dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit daripada masalah mulut berbau hinggalah kanser.

“Formula ini bukannya sesuatu yang baru,” kata Gumat. “Ia terkandung dalam kitab suci Hindu. Kami hanya mengembangkannya melalui kajian saintifik.”

Bahan mentahnya dihasilkan daripada bahan buangan lebih 300 ekor lembu di sekitar kawasan pusat berkenaan.

Pengunjung dikehendaki membuka kasut dan stokin sebelum masuk dan memberanikan diri berjalan berkaki ayam melintasi hamparan najis separa lembut yang mula mengering akibat pancaran matahari.

“Berjalan di atas najis lembu yang masih baru amat menyihatkan,” tegas Gumat. “Ia mampu membunuh kuman dan bakteria serta menyembuhkan luka. Najis lembu juga merupakan skrab untuk membuang sel-sel kulit mati dan meningkatkan sistem peredaran darah.”

Senarai turutan aplikasinya mengikut Gumat, mempunyai satu senarai yang agak panjang. Ia meliputi ubat-ubatan sehinggalah kelengkapan dandanan diri seperti sabun, syampu, ubat gigi, kayu setanggi dan ubat nyamuk.

Produk-produk itu menerima pujian dalam kalangan kumpulan-kumpulan nasionalis Hindu. Ini termasuklah kumpulan terbesar seperti Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) yang melancarkan minuman ringan sendiri berasaskan urin lembu sebagai alternatif kepada Coca-Cola dan Pepsi.

Gau Jal atau air kencing lembu telah dihasilkan di Jabatan Perlindungan Lembu RSS, sebuah kemudahan penyelidikan yang terletak di utara bandar Haridwar, bersebelahan sungai suci Gangga.

“Ia akan mengakhiri penguasaan minuman bikarbonat di pasaran,” ramal Pengarah Kemudahan Pasaran, Om Prakash.

Proses pengeluaran Gou Jal masih menunggu kelulusan daripada kerajaan. Sementara itu Prakash memberitahu, pasukannya kini menumpukan proses pembungkusan, pemasaran dan pengawetan untuk mengelakkan minuman itu rosak akibat musim panas di India.

Lembu dianggap sebagai haiwan suci oleh majoriti penganut agama Hindu. Sehubungan itu mereka dihalang daripada makan dagingnya, namun penggunaan bahan buangan haiwan itu dibenarkan seperti produk tenusu.

Lazimnya, najis lembu dibiarkan kering dalam masa lebih seminggu, sebelum ia dibakar pada suhu yang tinggi untuk membunuh kuman dan bakteria. Produk akhir najis itu dijadikan serbuk sebelum ia diadun bersama bahan-bahan lain untuk membuat ubat-ubatan dan kelengkapan dandanan diri.

Sementara itu, urin haiwan tersebut akan didihkan untuk membuang segala kotoran.

Raghav Gandhi, yang mengetuai Jabatan Nutrisi Lembu di salah sebuah pusat penyelidikan di Ahmedabad menegaskan, proses tersebut bermula lebih awal sebelum sisa-sisa itu dikumpulkan.

“Ia mungkin kelihatan seperti kita mengambil sisa kumuhan haiwan ini untuk membuat ubat-ubatan tetapi proses berkenaan tidak semudah yang disangka,” kata Ghandi.

“Kita perlu melayan lembu itu pada setiap minit,” kata Ghandi yang memberi lembu-lembunya makan rumput yang dicelupkan ke dalam susu, herba dengan gula tebu yang tidak ditapis dan air yang mengandungi garam galian.

Dia juga menyanyikan lagu kepada haiwan-haiwan itu.

“Ia amat mudah,” kata Ghandi. “Apa yang dimakan itulah yang dikeluarkan. Najis lembu mengandungi pelbagai nutrien dan mineral penting. Air kencingnya pula mempunyai ciri-ciri penyahjangkit penyakit.”

Pakar-pakar perubatan pula berbelah bagi mengenai kebaikan dalam bidang perubatan. Ada antaranya yang menunjukkan bahawa perawatan kuratif itu belum pernah pernah disahkan oleh mana-mana badan bebas.

Bagaimanapun, ada kalangan mereka yang melihat perawatan sedemikian tidak memudaratkan pesakit dan menganggap produk-produk itu mampu membantu mereka.

“Saya pernah terbaca mengenai kelebihan air kencing dan najis lembu,” kata Mayur Patel, seorang pakar kanser di Pusat Penyelidikan Kanser Negeri Gujerat.

“Seorang pesakit saya mengambilnya dan saya membenarkan mereka melakukannya. Ia hanya merupakan satu kaedah alternatif dan tidak mempunyai kesan sampingan,” kata Patel.

Seorang suri rumah di Ahmedabad, Nila Parmar, 42, memulakan harinya dengan mengambil suntikan air kencing lembu sejak bertahun-tahun lamanya. Wanita itu mengakui tidak mempunyai sebarang keraguan tentang keberkesanannnya.

“Percayalah, saya pernah mencuba kaedah perawatan alopati dan homeopati untuk mengubati penyakit yang dialami namun ia tidak berkesan,” ujarnya.

“Saya sering bertukar-tukar doktor selama lebih dua tahun tetapi hanya gau mutra (air kencing) yang berjaya menyembuhkan penyakit saya,” katanya.


juanz : Anda bagaimana? boleh ke terima? hehehe......



HOSPITAL MANSUH CAJ RM1? BIAR BETUL?