Tuesday, January 31, 2012

UNTUKMU MAMA......

Beberapa minggu ni terasa rindu sgt kt MAK aku. Lagi2 selepas MAK terjatuh di kebun berhampiran rumah sehingga menyebabkan kakinya terseliuh dan x boleh berjalan selama beberapa minggu. Mujurlah aku tinggal di rumah yang berjarak 40km dari kampung halaman. Mudahlah bagi aku untuk pulang jika ada apa-apa kes kecemasan berlaku kepada kedua orang tuaku. Sempatlah juga aku membawa MAK pergi ke hospital dan berurut. Aku sanggup buat apa shj demi MAK. Tapi pada aku, pertolongan seperti itu masih belum cukup untuk aku membalas jasa dan budi MAK. Segala jasa2nya tidak terbalas seumur hidupku..... aku sentiasa berazam akan menjaganya sehingga ke akhir hayat. Aku rindukan leteran mak, masakan mak, gurau senda mak dan segala nasihat serta didikan darinya sehingga aku berjaya menjadi seorang insan bergelar manusia. MAK... insyaallah wan akan jaga mak sehingga ke akhir hayat.... lagu ni wan tujukan khas buat MAK...... :-)



Sharifah Aini (Syed Haron Ahmad)

~ Mawar Putih Untuk Mama ~

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku....



NAK DENGAR LAGU KLIK SINI --->>>
Sharifah Aini -Mawar Putih Untuk Mama.mp3

ABSTRAK





Orang kata kalau tulisan, lukisan atau apa2 yg dpt diluahkan tetapi menghasilkan sesuatu yg abstrak, ini menunjukkan fikiran seseorang itu tgh berserabut atau org itu mempunyai pemikiran yg terlalu menyeluruh dan berbagai2 dan tidak optimis terhadap sesuatu perkara...... betul ker? Arini tetiba aku rasa nk tkr background blog aku ni kaler2 pelangi yg mcm water kaler tu... Hasilnya kira macam ala2 abstrak jgklah. Ini dikira sebagai pemikiran berserabut jgk ker? tp keadaan ni bersifat sementara jer sbbnya aku tau yg sememangnya aku bkn dr jenis org yg mcm tu. May be ada elemen2 dari luar yg membuatkan gangguan kpd pemikiran aku yg sgt optimis kepada sesuatu pada tika dan saat ini sehingga membuatkan pemikiran optimis aku tu sedikit terganggu serta berarak menjadi serpihan2 zarah yg banyak serta tidak kompleks.

Orang kata, kenangan yang indah tu kita kena simpan elok2 simpulkannya dgn rapi supaya kita boleh tersenyum semula di kemudian hari. Manakala kenangan yang pahit tu kita kena simpan juga dan jgn dibuang sbb ia boleh dijadikan pengajaran. Itu adalah sesi pembelajaran utk setiap org bg mematangkan pemikiran. Jika xde yg pahit semestinya tidak akan hadir kemanisan dan keindahan kan. Yang pahitlah mengajar kita untuk terus belajar dan mencari lagi kemanisan, keindahan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

So segala kenangan2 yang pahit dan manis dalam kehidupan seperti sebuah buku rujukan untuk kita jadikan panduan hidup menghadapi kehidupan di masa depan (yang utamanya adalah al-qur'an dan sunnah). Atau boleh kita katakan ibarat sehelai kain putih yang telah tercorak didalamnya sebuah coretan yang mungkin mencorakkan keindahan ataupun keburukan. Sekian terima kasih......

Coretan dari : juanz pengembara kehidupan


Sheila Majid — Hitam Putih Kehidupan

Lyrics:
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan


UNTUK MENDENGAR DAN MEMUAT TURUN LAGU SILA KLIK --->>>
Sheila Majid - Hitam Putih Kehidupan.mp3

Wednesday, January 25, 2012