Beberapa minggu ni terasa rindu sgt kt MAK aku. Lagi2 selepas MAK terjatuh di kebun berhampiran rumah sehingga menyebabkan kakinya terseliuh dan x boleh berjalan selama beberapa minggu. Mujurlah aku tinggal di rumah yang berjarak 40km dari kampung halaman. Mudahlah bagi aku untuk pulang jika ada apa-apa kes kecemasan berlaku kepada kedua orang tuaku. Sempatlah juga aku membawa MAK pergi ke hospital dan berurut. Aku sanggup buat apa shj demi MAK. Tapi pada aku, pertolongan seperti itu masih belum cukup untuk aku membalas jasa dan budi MAK. Segala jasa2nya tidak terbalas seumur hidupku..... aku sentiasa berazam akan menjaganya sehingga ke akhir hayat. Aku rindukan leteran mak, masakan mak, gurau senda mak dan segala nasihat serta didikan darinya sehingga aku berjaya menjadi seorang insan bergelar manusia. MAK... insyaallah wan akan jaga mak sehingga ke akhir hayat.... lagu ni wan tujukan khas buat MAK...... :-)
Sharifah Aini (Syed Haron Ahmad)
~ Mawar Putih Untuk Mama ~
Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku....
NAK DENGAR LAGU KLIK SINI --->>>
Sharifah Aini -Mawar Putih Untuk Mama.mp3
No comments:
Post a Comment