Sedang asyik melayan karenah jem di pinggiran kota, aku pun "search" frekuensi radio satu per satu. Lepas satu frekuensi aku lompat ke 1 frekuensi lagi. memang pe'el buruk aku ialah suka menekan2 punat "search" radio tu sampailah aku akan jumpa lagu yang aku rasa sedap di dengar oleh halwa telingaku ini. Selang 1-2 minit aku "search" kemudian jariku terhenti di frekuensi 96.7 SINAR.FM. (mcm tau2 je aku ni dh nk ke usia retro....huhuhu....). Tetiba ingatanku kembali ke zaman hujung 90'an ketika dibangku persekolahan. Lagu ini membuatkan aku tersenyum sendirian. Teringat masa zaman kena rotan dengan cikgu, zaman ponteng, zaman baru2 nak belajar merempit, zaman lepak malam2 dengan kawan2 kampung kt kedai burger (kenapa lepak sinonim dgn kedai burger? ada ke someone yg pnh wat kajian ttg ni? hehehe....) zaman belajar isap rokok, zaman nak menghadapi SPM, dan mcm2 lagilah....(asal sume kenangan yg buruk n x baik je nih? huhuhu....)
Lagu ni memang berunsurkan cinta2 gitu tetapi ingatanku lebih kuat menerawang tentang perkara-perkara yang berlaku di sekitar penghujung 90'an dimana lagu ni memang tengah hits pada ketika itu..... Tetapi adakah ingatanku ini sekadar zaman penghujung 90'an? atau ada seseorang iteww yang pernah memikat hatiku suatu waktu dahulu lalu telah menghancurkan perhubungan suci? dan bait2 lirik lagu tersebut boleh dikaitkan kepada kisah cinta sang penulis ini sendiri? hahahaha.....vengong aku nih merapu2...... mcm karang novel plak kan?
Orang cakap, kalo kita buat blog ni biasanya penulisan yang di luahkan adalah lebih telus dari dirinya yang sebenar. Atau sekadar nak mengelirukan pihak2 lain. Atau sekadar suke2... atau sekadar mencela2..... Betul ker? hahaha... terpulang pada diri memasinglah nk telus atau x? up to them and yourself. For me, we must enjoy everything what you do and appreciate your short life. Tidak ada kene mengena dengan sesapa pun, saje mengomel sendirian...... Aku suka lagu ni....... layaannnn.......
Lirik Kerana Janji - Lemon TBiarpun tidak ku ucapkan kau masih ku kenangWalau lama tak bertemuSenyummu... wajah mu terbayang di matakuBiarpun hanya seketika mesranya terasaSekilas hampir ku terlupaDi antara kau dan aku ada diaKu tak mengerti mengapa terjadi beginiSekian lama diriku terpenjara menangis tanpa suaraLantaran berpegang pada janji semua ku batasiNamun pengorbanan tiada dihargaiIkatan itu sempadan menguji kesabaranMalang di dalam nya aku terkorbanKu tak mengerti mengapa terjadi beginiSekian lama diri ku terpenjara menangis tanpa suaraLantaran berpegang pada janji semua ku batasiNamun pengorbanan tiada dihargaiIkatan itu sempadan menguji kesabaranMalang di dalam nya aku terkorbanAndainya kau mendahului bertakhta di hatiMungkin hidupku berseri tak seperti iniTerpenjara kerana janjiMungkinkahMungkinkah...( Lagu : Saari Amri - Lirik : Habsah Hassan )
UNTUK MEMUAT TURUN DAN MENDENGAR LAGU KLIK SINI --->>>
kerana janji - lemon t.mp3