Thursday, February 2, 2012

LAYAN JIWANG...............

Sedang asyik melayan karenah jem di pinggiran kota, aku pun "search" frekuensi radio satu per satu. Lepas satu frekuensi aku lompat ke 1 frekuensi lagi. memang pe'el buruk aku ialah suka menekan2 punat "search" radio tu sampailah aku akan jumpa lagu yang aku rasa sedap di dengar oleh halwa telingaku ini. Selang 1-2 minit aku "search" kemudian jariku terhenti di frekuensi 96.7 SINAR.FM. (mcm tau2 je aku ni dh nk ke usia retro....huhuhu....). Tetiba ingatanku kembali ke zaman hujung 90'an ketika dibangku persekolahan. Lagu ini membuatkan aku tersenyum sendirian. Teringat masa zaman kena rotan dengan cikgu, zaman ponteng, zaman baru2 nak belajar merempit, zaman lepak malam2 dengan kawan2 kampung kt kedai burger (kenapa lepak sinonim dgn kedai burger? ada ke someone yg pnh wat kajian ttg ni? hehehe....) zaman belajar isap rokok, zaman nak menghadapi SPM, dan mcm2 lagilah....(asal sume kenangan yg buruk n x baik je nih? huhuhu....)

Lagu ni memang berunsurkan cinta2 gitu tetapi ingatanku lebih kuat menerawang tentang perkara-perkara yang berlaku di sekitar penghujung 90'an dimana lagu ni memang tengah hits pada ketika itu..... Tetapi adakah ingatanku ini sekadar zaman penghujung 90'an? atau ada seseorang iteww yang pernah memikat hatiku suatu waktu dahulu lalu telah menghancurkan perhubungan suci? dan bait2 lirik lagu tersebut boleh dikaitkan kepada kisah cinta sang penulis ini sendiri? hahahaha.....vengong aku nih merapu2...... mcm karang novel plak kan?

Orang cakap, kalo kita buat blog ni biasanya penulisan yang di luahkan adalah lebih telus dari dirinya yang sebenar.
Atau sekadar nak mengelirukan pihak2 lain. Atau sekadar suke2... atau sekadar mencela2..... Betul ker? hahaha... terpulang pada diri memasinglah nk telus atau x? up to them and yourself. For me, we must enjoy everything what you do and appreciate your short life. Tidak ada kene mengena dengan sesapa pun, saje mengomel sendirian...... Aku suka lagu ni....... layaannnn.......


Lirik Kerana Janji - Lemon T

Biarpun tidak ku ucapkan kau masih ku kenang
Walau lama tak bertemu
Senyummu... wajah mu terbayang di mataku
Biarpun hanya seketika mesranya terasa
Sekilas hampir ku terlupa
Di antara kau dan aku ada dia

Ku tak mengerti mengapa terjadi begini
Sekian lama diriku terpenjara menangis tanpa suara
Lantaran berpegang pada janji semua ku batasi
Namun pengorbanan tiada dihargai
Ikatan itu sempadan menguji kesabaran
Malang di dalam nya aku terkorban

Ku tak mengerti mengapa terjadi begini
Sekian lama diri ku terpenjara menangis tanpa suara
Lantaran berpegang pada janji semua ku batasi
Namun pengorbanan tiada dihargai
Ikatan itu sempadan menguji kesabaran
Malang di dalam nya aku terkorban

Andainya kau mendahului bertakhta di hati
Mungkin hidupku berseri tak seperti ini
Terpenjara kerana janji

Mungkinkah
Mungkinkah...

( Lagu : Saari Amri - Lirik : Habsah Hassan )


UNTUK MEMUAT TURUN DAN MENDENGAR
LAGU KLIK SINI --->>>
kerana janji - lemon t.mp3

No comments:

Post a Comment