Black past in my life made me white despite living soul like a barren desert a heavy burden.... So that is the way of life I want to find peace themselves .... that's life, is not only just a dream ....
Tuesday, March 27, 2012
JANJI HAPDET JER....
INSURAN
Tapi ntah camne tetiba aku terbukak ati nk amik semula insuran dgn kwn aku tu. Kali ni aku yg call dia soh dtg dr PUTRAJAYA - KLANG. Kalau aku nk jejakkan kaki ke PUTRAJAYA rasanya.... mmg TIDAK AKAN kot......kecuali kalau ada hal yang sgt2 mustahak. Tapi rasanya sejak tahun 2008 xde dh kot hal2 berkaitan dgn PUTRAJAYA nih. Ataupun memang aku yg x nak cr hal kt sana. ADA SOMETHING kot kt PUTRAJAYA tu.... hahahahaha... dah2 jgn merepek juanz.... haruskah aku pendam atau padam kenangan itu dan format balik memori card dlm otak aku ni? sila abaikan..... ok seterusnya......
Setelah berdiskusi selama 3 jam (cite insuran 30 minit jer....) aku pn memilih utk mengambil pakej yg ditawarkan ada PERLINDUNGAN - MEDICAL CARD - KEMALANGAN - SAVING. Kesian kan dh tua2 baru nk amik insuran, xpelah at least nk jugak amik daripada dah pencen2 baru nk amik lagi naya. So secara x langsung aku turut membantu kwn aku tu menambah pendapatan sampingan. Dia bekerja keras sebab nak menyara keluarga juga menjaga anaknya yang kurang upaya. Oklah xnak ulas bab kanak2 kurang upaya ni sbb nya aku ni berjiwa sentimental. Takleh tgk bdk sakit, org tua sakit or yang OKU sbbnya hati aku cpt tersentuh dan jadi sayu. Muka je nmpak ganas n dgr lagu rock2 tapi dalam hati ada jgk sikit jiwang.... jiwang ke arah tu xpelah kot kan? jgn jiwang dgn cinta bagai udah ler.... Ada ker juanz???? hahahaha... errr....errr...errr.... no komen, sila selotip mulut sendiri. peace no war!!!!
FATAMORGANA
Fatamorgana
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
( ulang dari korus )
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah
Monday, March 26, 2012
WATAK DUNIA
Sejak beberapa hari ni kerap aku tidur lewat, mata terpejam tapi x lena. Fikiran menerawang kepada kenangan2 semasa bergiat aktif di dunia permotoran. Rasanya dah lama sangat aku meninggalkan dunia permotoran semenjak kejadian yang hampir meragut nyawa dulu. Tapi itu bukanlah faktor utama untuk aku terus pencen dari dunia tersebut, ada lagi beberapa faktor yang x dapat aku rungkaikan di sini kerana ianya terlalu kompleks, terlalu halus dan susah nak dijelaskan dalam bentuk penulisan. Sebabnya ia berkaitan dengan peperangan emosi diri sendiri serta perubahan dari watak ke watak. Seolah2 aku tercari2 watak aku yang sebenar ataupun watak yang semakin berubah atau diubah atau ditakdirkan memang untuk berubah.
Aku tak tau bagaimana ianya bermula tetapi pada ketika itu saban hari aku rasa kebosanan semakin menyelubungi hidupku. Macam2 perkara aku buat untuk mengisi masa lapang dan menutup ruang2 kebosanan dalam hidup aku. Sebenarnya aku memang meminati dunia permotoran sejak dibangku sekolah lagi. Apabila meningkat dewasa aku mula meneroka dengan lebih luas lagi dalam dunia permotoran. Semakin berani dari sebuah desa di pinggiran kota, terus ke bandaraya untuk mengetahui dunia luar dan meluaskan pengalaman. Tetapi apa yang aku nak ceritakan di sini bukanlah berkenaan dengan dunia permotoran itu, tetapi hidup aku yang mana aku jadikan dunia permotoran itu sebagai salah satu cara untuk melupakan suatu kenangan dua insan ketika itu, suatu waktu dahulu. Dunia permotoran membuatkan aku leka dgn menghabiskan masa di bengkel. Kehidupan aku hanyalah untuk jentera yang telah aku ubahsuai kerana pada aku tiada apa lagi yang perlu aku lakukan selain dari jentera aku itu. Mungkin disebabkan KEKECEWAAN terhadap sesuatu perkara sehingga membuatkan aku semakin “extreme” untuk melibatkan diri secara aktif di dalam dunia permotoran. Mungkin juga kerana KEKECEWAAN itu yang membuatkan aku hilang pertimbangan hidup. Seperti berserah sepenuhnya kepada takdir tentang kehidupan yang dirasakan seperti tiada makna lagi. Kadang – kadang aku rasa seperti keadaan yang mengawal diriku bukan aku yang mengawal keadaan. Selama beberapa detik masa aku merundung sepi, hilang hilai tawa, senda gurau dan sebagainya. Dalam tempoh itu aku tercari-cari apa sebenarnya yang bermain dibenakku. Apakah keinginan hati ini sebenarnya? Aku tercari-cari…..mencari dan mencari…. YA ALLAH…. Sempurnakanlah hidupku ini. Esok ataukah nanti, ampunilah dosaku YA ALLAH… Saat kau limpahkan kurniaanmu, aku hampir melupakanmu…..tunjukkanlah kebenaran dalam hidupku ini…. Aku sedar yang aku semakin melupakanmu ketika aku suka, riang, senang, bahagia, gembira dan yang indah2 belaka.
Di sebalik tabir kedukaanku, aku sentiasa sentiasa mengkaji dimana kesilapan hidupku sehingga hatiku sering tidak karuan dan berasa kosong. Alhamdulillah atas dorongan, rujukan dari rakan2 seperjuangan, rakan2 sekolah, dan juga teman2 rapat akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus meninggalkan dunia permotoran tersebut. Bukan dunia permotoran tersebut menjadi punca, tetapi mungkin diri aku sendiri yang mungkin sudah tidak layak untuk meneruskan lagi kegilaan dalam dunia tersebut. Perubahan sedikit demi sedikit bermula dari zahir menuju ke batiniah. Namun ketentuannya yang menghendaki aku berubah dalam sekelip mata. Segala apa yang pernah aku miliki aku lepaskan satu per satu. Beberapa jentera yang telah aku taburkan dengan helaian kertas bernilai yang sepatutnya aku taburkan kepada fakir miskin telah aku jual. JUAL…. JUAL… JUAL….
Mungkin coretan aku pada kali ini terlalu panjang dan agak serius dalam penulisan. Tujuannya adalah untuk aku nk meluahkan segala apa yang pernah aku lalui untuk pembacaan aku sendiri dan rujukan aku di kemudian hari. Walaupun tak semua pengalaman itu dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan namun akan aku simpan kenangan2 yang pahit dan yang manis selagi tidak berlaku apa2 konfeksi pada system saraf atau ingatan ku.
Bersyukur yang tak terhingga kerana dibukakan hatiku dan ditunjukkan jalan sebenar. Bersyukur juga kerana aku masih di beri nyawa, kesihatan yang baik dan akal yang waras untuk menimbang yang mana baik dan yang mana buruk. Kini aku sudah mampu tersenyum sendiri kerana aku telah memilih untuk menjadi watak atau karaktor seperti ini. Apabila melihat aksi-aksi kereta drift, perlumbaan motosikal, aktiviti memanah dan ada yang tak dapat aku tuliskan, membuatkan aku seperti tidak percaya bahawasanya aku pernah menjadi watak seperti mereka dan tergolong dalam dunia mereka. Dunia tersebut tidak salah, tetapi aku sendiri yang kecundang tak dapat mengawal hidupku dan untuk itu, aku telah memilih untuk menjadi watak seperti sekarang. Watak yang bersahaja… sentiasa mencari keredhaan darinya dan cuba berusaha berubah dari masa ke semasa. Ya aku lebih selesa dengan watak begini…… setiap orang bebas untuk memilih watak atau karaktor mereka sendiri. Mungkin ada yang memilih watak untuk menjadi mat rempit, watak penagih dadah, watak pelacur, watak pembunuh, watak peniaga, watak pak haji, watak ustaz, watak cikgu, watak kontraktor, watak makcik2 ahli mesyuarat tingkap, dan tak kurang juga ada seseorang individu memilih untuk menjadi beberapa watak sehingga mereka boleh bermuka-muka dengan watak yang berlainan setiap kali berjumpa dengan individu yang berlainan. Itu hak masing2 kerana meraka ada akal yang telah dikurniakan…. Di pentas sandiwara ni kita bebas memilih watak masing2 kerana kita adalah pelakon di dunia sementara ini. Setiap watak yang dilakonkan akan di tontonkan di akhirat kelak….. sekian….
Nukilanku : juanz…..
Thursday, March 22, 2012
RAGAM MANUSIA
Aji : wak ko ada contact Rais x?
Aku : Xdelah ji, nape yer?
Aji : Saje je tnya....
Aku : Cara ko tanya ni mcm ada sesuatu jer..
Aji : Aku ada terserempak dgn Rais kt PICC baru2 ni. Time tu ada event, tp apsal dia mcm dingin je dgn aku. Tak seceria dan sepoyo dulu. Pastu dan2 plak buat2 bizi.
Aku: Alaaaa... may be dia bizi kot nk handle event tu. Ko kenalah faham jgn cpt amik hati.
Aji : Memula tu mmg aku fikir cam ko, xdenya aku nk amik hati. Tapi baru2 ni aku terjumpa plak dgn Meor, tgh borak2 tu terkeluarlah topik pasal Rais ni. Bila terkeluar cite negatif ni terus aku kaitkan dgn layanan dingin dia kt aku masa kt PICC dulu tu.
Aku : Cite apa ji?
Aji : Camni... baru2 ni kawan kita Meor ada jmpa dia kt Ipoh. Dia skang dh jd MANAGER kt salah sebuah institusi kewangan + part time photographer. Dah berjaya dah..... kete pn besar, Nissan Grand Livina and Proton Inspira.
Aku : Yeke.....oklah tu, syukur Alhamdulillah, seronok dengar cite kawan2 yg dh berjaya nih.... so apa masalahnya?
Aji : Masalahnya aku x heranlah dgn apa yg dia ada tu cumanya dia ada ckp kt Meor, dia kata satu hari nanti dia nk tunjuk kt korang sume macam WAK, BOY, PET, AJI, ACOI, TONY. Kiranya dia nak ditujukan khaslah utk gang2 jahat bahawasanya dia dah berjaya. Rupa2nya wak, selama ni dia ada menyimpan dendam kt kita sbb time study dulu gang2 nakal macam kita ni belajar main2, selalu jamming, merempit, main snooker, dan tuuuuttt....tuuuuttttt.....tuuutttt... tp result power n x pnh carry paper. Pastu satu lg ko x ingt ke dia kan mangsa kutukan sbb dia poyo, belaja bagai nk rak tp result hampeh siap carry paper lagi ....mat bunga jgn ckplah.....hahahhaa....
Aji : Tapi yang bestnya dia mcm jadikan ko sebagai tanda aras plak. Dia siap ckp lagi "tengok wak tu apa yg dia ada? setakat kereta buruk tu jer, pastu x abes2 asyik merempit dgn MOTO RX-Z jer, masih di takuk yg lama x berubah2"
Aku : Yeke ji..... astagfirullah... aku x amik hati langsung dgn sume statement2 yg ko ckp td tu. Cumanya aku sedih sgt nawaitu dia utk cr harta2 tu sume semata2 nk tunjuk kt org. Lagi satu, aku x pnh lg jumpa kes camni, x sangka plak ada wujud manusia jenis camni ek? dan x sangka jugak dia take serious dgn guarauan n kutukan kita selama ni ek?.
Aji : Itulah pasal.... patutlah masa jumpa kt PICC tu dia mcm nk xnak je layan aku.
Aku : Hahahaha.... org dh x sudi ji, xpelah. Biarlah dia nk tunjuk segala harta benda dia kt kita. Allah kalau nk tarik nikmat "kun fa ya kun" sekelip mata je ji. Cuma aku terkilan kalo nawaitu dh tersasar, rezekinya, penat lelah dia nk kira camne ek? Kaf - Ba - Ro - Kaf - Ta - Nun, ada ke x ye ji? Satu lagi kalo kita ada harta sekalipun takkanlah kita nak tunjuk ji....
Aji : Entahlah wak, reunion kita kali ni rasanya macam x mencapai tujuan jer. Dah macam perjumpaan untuk menunjuk2 harta yang dikecapi pulak.
Aku : Kekayaan seseorang tu dinilai dari segi kereta besar dan pakaian mahal2 ek? xpelah ji.... bersabar je, kalo dgn cara tu dia dpt memuaskan hati dia dan dia dapat memaafkan kesalahan2 kita kt dia dulu, biarlah.....tapi aku mmg forever F**K kt dia and dia tetap mangsa kutukan, ejekan, bahan aku even dia bergelar Dato' or Tan Sri. hahahahaha.....
Aji : ko mmg S**L kan wak... sama je perangai dgn boy. Memula aku dh sejuk dh dgr ayat2 insaf tu tp ayat2 last tu rasa mcm nk maki ko plak......hahahaha...whatever laaaaa.....