Monday, March 26, 2012

WATAK DUNIA



Sejak beberapa hari ni kerap aku tidur lewat, mata terpejam tapi x lena. Fikiran menerawang kepada kenangan2 semasa bergiat aktif di dunia permotoran. Rasanya dah lama sangat aku meninggalkan dunia permotoran semenjak kejadian yang hampir meragut nyawa dulu. Tapi itu bukanlah faktor utama untuk aku terus pencen dari dunia tersebut, ada lagi beberapa faktor yang x dapat aku rungkaikan di sini kerana ianya terlalu kompleks, terlalu halus dan susah nak dijelaskan dalam bentuk penulisan. Sebabnya ia berkaitan dengan peperangan emosi diri sendiri serta perubahan dari watak ke watak. Seolah2 aku tercari2 watak aku yang sebenar ataupun watak yang semakin berubah atau diubah atau ditakdirkan memang untuk berubah.

Aku tak tau bagaimana ianya bermula tetapi pada ketika itu saban hari aku rasa kebosanan semakin menyelubungi hidupku. Macam2 perkara aku buat untuk mengisi masa lapang dan menutup ruang2 kebosanan dalam hidup aku. Sebenarnya aku memang meminati dunia permotoran sejak dibangku sekolah lagi. Apabila meningkat dewasa aku mula meneroka dengan lebih luas lagi dalam dunia permotoran. Semakin berani dari sebuah desa di pinggiran kota, terus ke bandaraya untuk mengetahui dunia luar dan meluaskan pengalaman. Tetapi apa yang aku nak ceritakan di sini bukanlah berkenaan dengan dunia permotoran itu, tetapi hidup aku yang mana aku jadikan dunia permotoran itu sebagai salah satu cara untuk melupakan suatu kenangan dua insan ketika itu, suatu waktu dahulu. Dunia permotoran membuatkan aku leka dgn menghabiskan masa di bengkel. Kehidupan aku hanyalah untuk jentera yang telah aku ubahsuai kerana pada aku tiada apa lagi yang perlu aku lakukan selain dari jentera aku itu. Mungkin disebabkan KEKECEWAAN terhadap sesuatu perkara sehingga membuatkan aku semakin “extreme” untuk melibatkan diri secara aktif di dalam dunia permotoran. Mungkin juga kerana KEKECEWAAN itu yang membuatkan aku hilang pertimbangan hidup. Seperti berserah sepenuhnya kepada takdir tentang kehidupan yang dirasakan seperti tiada makna lagi. Kadang – kadang aku rasa seperti keadaan yang mengawal diriku bukan aku yang mengawal keadaan. Selama beberapa detik masa aku merundung sepi, hilang hilai tawa, senda gurau dan sebagainya. Dalam tempoh itu aku tercari-cari apa sebenarnya yang bermain dibenakku. Apakah keinginan hati ini sebenarnya? Aku tercari-cari…..mencari dan mencari…. YA ALLAH…. Sempurnakanlah hidupku ini. Esok ataukah nanti, ampunilah dosaku YA ALLAH… Saat kau limpahkan kurniaanmu, aku hampir melupakanmu…..tunjukkanlah kebenaran dalam hidupku ini…. Aku sedar yang aku semakin melupakanmu ketika aku suka, riang, senang, bahagia, gembira dan yang indah2 belaka.


Di sebalik tabir kedukaanku, aku sentiasa sentiasa mengkaji dimana kesilapan hidupku sehingga hatiku sering tidak karuan dan berasa kosong. Alhamdulillah atas dorongan, rujukan dari rakan2 seperjuangan, rakan2 sekolah, dan juga teman2 rapat akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus meninggalkan dunia permotoran tersebut. Bukan dunia permotoran tersebut menjadi punca, tetapi mungkin diri aku sendiri yang mungkin sudah tidak layak untuk meneruskan lagi kegilaan dalam dunia tersebut. Perubahan sedikit demi sedikit bermula dari zahir menuju ke batiniah. Namun ketentuannya yang menghendaki aku berubah dalam sekelip mata. Segala apa yang pernah aku miliki aku lepaskan satu per satu. Beberapa jentera yang telah aku taburkan dengan helaian kertas bernilai yang sepatutnya aku taburkan kepada fakir miskin telah aku jual. JUAL…. JUAL… JUAL….

Mungkin coretan aku pada kali ini terlalu panjang dan agak serius dalam penulisan. Tujuannya adalah untuk aku nk meluahkan segala apa yang pernah aku lalui untuk pembacaan aku sendiri dan rujukan aku di kemudian hari. Walaupun tak semua pengalaman itu dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan namun akan aku simpan kenangan2 yang pahit dan yang manis selagi tidak berlaku apa2 konfeksi pada system saraf atau ingatan ku.

Bersyukur yang tak terhingga kerana dibukakan hatiku dan ditunjukkan jalan sebenar. Bersyukur juga kerana aku masih di beri nyawa, kesihatan yang baik dan akal yang waras untuk menimbang yang mana baik dan yang mana buruk. Kini aku sudah mampu tersenyum sendiri kerana aku telah memilih untuk menjadi watak atau karaktor seperti ini. Apabila melihat aksi-aksi kereta drift, perlumbaan motosikal, aktiviti memanah dan ada yang tak dapat aku tuliskan, membuatkan aku seperti tidak percaya bahawasanya aku pernah menjadi watak seperti mereka dan tergolong dalam dunia mereka. Dunia tersebut tidak salah, tetapi aku sendiri yang kecundang tak dapat mengawal hidupku dan untuk itu, aku telah memilih untuk menjadi watak seperti sekarang. Watak yang bersahaja… sentiasa mencari keredhaan darinya dan cuba berusaha berubah dari masa ke semasa. Ya aku lebih selesa dengan watak begini…… setiap orang bebas untuk memilih watak atau karaktor mereka sendiri. Mungkin ada yang memilih watak untuk menjadi mat rempit, watak penagih dadah, watak pelacur, watak pembunuh, watak peniaga, watak pak haji, watak ustaz, watak cikgu, watak kontraktor, watak makcik2 ahli mesyuarat tingkap, dan tak kurang juga ada seseorang individu memilih untuk menjadi beberapa watak sehingga mereka boleh bermuka-muka dengan watak yang berlainan setiap kali berjumpa dengan individu yang berlainan. Itu hak masing2 kerana meraka ada akal yang telah dikurniakan…. Di pentas sandiwara ni kita bebas memilih watak masing2 kerana kita adalah pelakon di dunia sementara ini. Setiap watak yang dilakonkan akan di tontonkan di akhirat kelak….. sekian….

Nukilanku : juanz…..



5 comments:

  1. nukilan nie bila dibaca dan difahamkan dengan hati & fikiran, byk isi2 nya yg tersirat kpd penulis. disebalik tulisan nie, terselit juga realiti hidup seorg hamba yang bkn sja menjurus kpd penulis bahkan kpada semua hamba-hambaNYA. Dan disebalik tulisan ini juga penulis byk menimba pengalaman baik yg manis maupun yg pahit,ia pengajar erti kehidupan yg sbnr. setiap apa yg jd mempunyai hikmah yg tsendr, sesungguhnya takdir hidup manusia telah tercatat sejak diluhmahfuz lagi samada baik @ buruk & takdir itu boleh ditukar dgn sentiasa berDOA. setiap kejadian manusia byk yg tersirat & tsurat (manusia diberi akal tuk sentiasa bfkr) wallahualam.

    ReplyDelete
  2. thanks.... ini nukilan jiwa kacau je nih... :-)

    ReplyDelete
  3. sungguh komplex ^^ bukan shopping complex tau..hehehe jgn pnh pyus asa dgn hidup..anggap semua tu sbg landasan ntuk kita kuatkan diri kita ^^

    ReplyDelete
  4. walaupun panjang tetap membaca nyer....

    setiap apa yang berlaku tu ada hikmah nyer..

    meluahkan sesuatu yang terbuku dalam hati buat kita rasa sedikit tenang....
    walaupun sekadar membaca....sama merasa yang kenangan itu begitu pahit untuk di ingati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. THANKS EITA SBB SUDI MEMBACA... :-)

      Delete