Monday, July 23, 2012

JATUH SAKIT AKIBAT KERINDUAN





 
Wah tajuk x hengat kan..... saje je create post ni sbbnya jrg kot org nk cite hal2 gini. Aku terpanggil nak menulis ttg tajuk ni sbb kejadian ni telah menimpa aku. Err...err...err.... maksud aku ialah, menimpa mak aku. hehehe.... Pada bulan Jun 2012 yang lalu adik perempuan aku telah melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya dari Klang, Selangor. Sepanjang majlis berlangsung alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Namun begitu, 3 hari selepas majlis tersebut adik aku bercadang utk berpindah ke rumah yang dibeli bersama suaminya di Klang. Maka dengan hati yang sayu dan pilu maka bertangis2anlah antara mak dan anak kerana mereka tidak pernah berpisah sebelum ini. Selang seminggu mak aku call meminta utk aku blk ke kampung halaman yang indah dan permai itu kerana terlalu rindu katanya….. (rindu kt adik aku ke rindu kt aku ni? Konpius tul…)

Maka aku pun baliklah ke kampung yang ku cintai itu….. sedang duduk diberanda sambil berbual2 makanya mak aku pun bercerita “kt hujung kg tu ko ingat lg x mak jah? dia jatuh sakit sbb ditinggalkan dgn anaknya. Dengar2nya teruk jgk sakit dia tu….” Aku terdiam sejenak…. Dlm hati aku berkata, aku nk balas apa kt mak aku ni? Aduyai….. pastu aku pun bersuara….. “ x ingatlah mak…. Mak jah yg mana ek? Takkanlah ditinggal dgn anak pun leh jd sakit? “ maka aku terasa seperti ada peluru berpandu yang menusuk menerjah di sanubariku ini…. “kau belum merasa menjadi tua, kau belum merasa apa yg mak rasa, kau belum rasa apa itu kerinduan…..” gulp!!! Terdiam aku.… malas nak bising2 aku pun blah…..

Agaknya itulah kot yg dinamakan sakit akibat kerinduan kan? Tapi itu antara mak dgn anak… kalau suami dgn isteri? Ayah dgn anak? ataupun pakwe dgn makwe yg x jd nk kawen camne plak yer? Ada ke kes leh jd sakit jgk akibat dari kerinduan? So far….. xtaulah aku…. X reti nk rindu2 ni…. Hahahaha….. kelasssss kau juanz…..

No comments:

Post a Comment