Sunday, July 22, 2012

TAZKIRAH ISNIN

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.

Riwayat : Bukhari dan Muslim

Huraiannya Hadith :
 
Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan.
 
Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di akhirat kelak.


Sharing is Caring...
Bersama-samalah kita berusaha untuk berubah menjadi hamba ALLAH yang taat dan patuh pada perintahNya yer!   Selamat Beramal :D

No comments:

Post a Comment