Tuesday, August 28, 2012

DI SEBALIK WATAK BADUT






Comel kan gambar2 badut kt atas tu.... teringat masa kecik2 dulu cite hindustan tajuknya "Mera Naam Joker" filem tahun 1970. Sedih sgt cite tu.... aku yg time tu msh kecik lg (sekolah rendah kot) pun boleh touching bila tgk cite ni. Kesian sgt kt badut tu sbbnya org hanya bergelak ketawa melihatnya tetapi tidak tau apa yg tersirat di dalam hatinya dan tersurat dalam hidupnya.... lebih kurang ginilah sinopsis citenya.....

Mera Naam Joker adalah kisah Raju, yang bapanya dianggap sebagai badut sarkas terbaik. Sejak dia meninggal dunia dalam kemalangan semasa prestasi beliau, ibu Raju telah ditangkis oleh sarkas. Seperti nasib akan ia, Raju mempunyai afiniti semula jadi terhadap dunia sarkas. Filem kesan perjalanan Raju dari zaman kanak-kanak untuk hari prestasi terakhir.

Mera Naam Joker dibahagikan kepada 3 bab. Bab pertama adalah tentang Raju remaja dan berurusan dengan keberahian beliau dengan gurunya Mary (Simi Garewal). Dia memberinya keyakinan dalam dirinya, dan dia mendapati dunia kewanitaan dan keinginan. Tetapi sudah tentu dia lebih tua daripada dia, dan dia menghadiri perkahwinan beliau dalam keadaan keriangan palsu. Pelajaran Mary namun tidak hilang: Raju datang untuk menyedari bahawa dia dilahirkan untuk membuat ketawa dunia, walaupun masalah sendiri.

Selepas kesedihan hati pertama, cerita berikut Raju dewasa yang telah mendapati kerja dengan Gemini Circus sebagai badut. Impiannya menjadi kenyataan! Sarkas dimiliki oleh Mahendra Singh (Dharmendra) yang telah memahami potensi Raju dan memberinya kerja. Sarkas tuan rumah melawat sekumpulan artis dari Rusia, dan dia jatuh cinta dengan Marina (Kseniya Ryabinkina), trapezist plumbum. Walaupun halangan bahasa mereka menjadi dekat, dan 1/2 Raju berharap bahawa mereka mungkin tinggal bersama. Tetapi dia menghadapi kesedihan hati sekali lagi apabila hujung sarkas dan Marina kembali ke Rusia. Ia adalah dalam bab ini bahawa ibu Raju mati semasa prestasi Raju, menonton anaknya melakukan aksi sangat yang menyebabkan kematian bapanya.

Dalam bab terakhir, Raju telah meninggalkan sarkas dan merayau sekitar tanpa tujuan. Satu hari dia bertemu Meena (Padmini), seorang gadis yatim piatu yang mempunyai cita-cita menjadi pelakon terkenal. Meena dan Raju menubuhkan persatuan, memulakan perniagaan sarkas kecil dan kemudian bergerak ke teater. Mereka agak berjaya, tetapi kerjasama mereka berakhir apabila dia ditawarkan peranan dalam filem. Dia meninggalkan, dan dia sedar dia telah digunakan beliau dalam nafsu beliau untuk kejayaan.

Raju sentiasa membawa anak patung badut yang dipunyai oleh bapanya. Setiap kali dia jatuh cinta, dia berbakat patung yang tercinta, hanya untuk melihat ia kembali kepadanya. Patung digunakan sebagai metafora untuk jantung simplistik Raju mana ada ruang untuk semua orang.

Pada akhir filem itu, Raju berjaya untuk menyertai sarkas besar melawat India, dan filem-filem menggambarkan Raju melakukan perbuatan terakhir. Apabila Raju mengalami atttack jantung di atas pentas, penonton tidak membawanya serius dan dia mati sebelum sesiapa sedar. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa Raju meninggal dunia membuat ketawa dunia.

Monday, August 27, 2012

HARI RAYA EIDULFITRI 2012

Alhamdulillah pada 19 Ogos 2012 (Ahad) yang lalu umat Islam di Malaysia telah bersama-sama menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya. Pada tahun ni ramai yg mengatakan suasana Hari Raya agak meriah sedikit berdasarkan bilangan kenderaan yang lalu lalang sangat banyak sepanjang seminggu berhari raya. Itu pendapat org rata2 tempat aku beraya. Tapi pemerhatian berdasarkan kenderaan x boleh diambil kira sbb pd aku kemeriahannya terletak pada jiwa. Kalo diri sendiri rasa best, maka bestla raya tu, kalo diri sendiri rasa suram dan kesunyian, makanya jadilah ianya perasaan mcm tu. Apa2pun pada aku Hari Raya memang best tiap2 tahun sbb aku akan cuba meng'bestkan Hari Raya tu walaupun sebenarnya kemeriahan yang sebenar tidak akan dapat menandingi ketika di zaman kanak-kanak....

Pada tahun ni dan sebelum2nya aku macam biasa x pernah merasai susah payah berebut utk mendapatkan tiket bas, tiket keretapi dan juga tiket flight sebabnya dah aku memang ANAK JATI NEGERI SELANGOR. So memang aku xde nk sebok2 wat cemas takut tiket habes. Pernah suatu ketika masa zaman aku study dulu2 aku cuba nk merasai suasana balik kampung. Dulu aku study kt Shah Alam, kampung aku di Kuala Selangor.... melihat rakan2 sume dok cemas packing2 beg dan2 tu aku pun ikut cemas bersama2. So kuar dr umh sewa pn sama2la seolah2 mcm aku nk blk kg bersama2 mereka itu. tapi bila sampai di Highway kitaorg pn berpecah.... Aku singgah kt Esso AEON Bukit Raja dok melanguk jer xtau mana hala tuju. Adoi.... acah2 nk blk kg beraya kononya padahal jarak dari kampung ke Shah Alam hanya 80km mengambil masa 45 minit  maximum time. Dan aku pernah berulang alik dr kampung ke Shah Alam. Xpelah at least nk jgk merasa nikmatnya pulang ke kampung berhari raya.... konon occaayyyy.... :-)





 Suasana ketika beraya di kampung..... picture taken @ Tanjung Karang, Kuala Selangor.





Dalam dok sebok2 orang beraya, ada plak majlis kawen di Banting..... eerrmmmm.... layan jelah......

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI


Bersempena Bulan Syawal yang bakal menjelma 2-3 hari je lagi ni so aku nk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas kekhilafanku selama aku berblog samada yang sengaja atau yang tidak sengaja, tutur kata dan bual bicara tidak menyenangkan sume pembaca harap dapat dimaafkan. Aku insan lemah seringkali melakukan kesilapan namun begitu aku akan berusaha cuba menjadi yang terbaik dan memperbaiki sume kesilapan2 yang pernah aku lakukan dulu.... Selamat Hari Raya diucapkan kepada sume blogger dan sume pembaca blog aku yang membaca secara langsung atau tidak langsung.... Salam Lebaran dari saya Juanz Si Kembara Jalanan........



Tuesday, August 14, 2012

KISAH LENNIE....


Semalam petang sempatlah aku on FB jap sementara menunggu waktu berbuka pose hari yg ke-25. Bila on je FB makanya nampaklah update status dr group classmate AP-226-CM-ers - FSPU (Gang2 Construction Management). Yang update tu rakan classmate namanya Jeehan, dia update ttg Prof. Zaiton@Mak Ton yg mengajar kitaorg dolu2 masa kt UiTM.... Kemudian mcm biasalah komen2 dr kwn class bertubi2. Dalam byk2 komen tu TERmuncullah classmate yg paling aku x dapat lupakan iaitu Lennie Suriji (nama sebenar ni tau.... hahaha...) dia adalah gadis genit dari Sarawak dan masih single and x pasti available lg ke x. Kenapa aku x dapat lupa kt dia? sbb aku pernah ngorat dia ker? hahahah.... plzzzzz....  ke sbb dia pernah ngorat aku? lagi statement berani mati nampak! hehehe.....

Alahai....kisahnya berkisar tentang budak nakal yg suka menyakat orang. Masa zaman study dulu time tu x ingat part bape ntah, aku duduk di barisan kedua (aku xleh duduk belakang2 sbb nnt x nampak tulisan....ekekeke...). Dalam barisan kedua tu aku sorang je yg duduk, barisan pertama n belakang skali penuhlah pulak....pelik2..... so time tu Lennie ni dtg lewat bersama rakan seperjuangannya iaitu Safini@Fini. So tempat yg kosong adalah bersebelahan denganku wahai rakan2 pembaca. Makanya selepas dia duduk tu aku x rasa janggal pun sbb perkara biasa je cumanya time tu aku rasa kebosanan yang melampau. Kebetulan mood aku x berapa bagus, hormon aku pun x stabil (apa kaitannya?) nk belaja pn x fokus.... org dok sebok salin nota aku plak dok sebok menconteng buku melukis2 kartun bagai. Selang setengah jam sebelum rehat tu aku pusing kanan, aku pusing kiri lastnya aku ameklah pensel tekan. Aku tekan2 pensel tekan tu menandakan aku berada dlm situasi bosan paling maksima. Pastu aku nampak plak tgn Lennie, "bak sini aku nk tengok tapak tgn ko boleh?".... "ko nak watpe?"...."mtk jelah byk ckp plak, aku nk tgk ko tgn ko tu putih ke x"..... "Nah! tengok puas2"...... bila dia hulur je tapak tgnnya terus aku cucuk tapak tgn dia guna pensel tekan tu. Menjerit dia kesakitan..... "eh, sakit ke Len?".... "sakitlah bodoh! bongok ko...!!!"..... "hahahaha.... bosan siuttt....."

Lepas rehat kitaorg sambung balik kelas, pastu Lennie bisik kt aku. " wei juanz, ko tengok apa jadi? aku akan ingat sampai mati.....siap ko!"..... pastu aku bisik plak kt dia... "Aku kasik tanda kt ko supaya ko akan ingat kt aku sampai mati...huhuhu.." nakal x? pastu selang seminggu dan sehingga hujung sem tanda tu masih ada lg dan rasanya sehingga kini kot..... waakakaka.... dan sememangnya Lennie adalah rakan sepergaduhan aku dr awal belaja sampailah abes belaja..... Skang ni minah tu still belaja lagi kt UiTM Shah Alam dan berita menggembirakan baru diterima yang Lennie tu baru je berangkat ke U.K September 2012 ni utk melanjutkan lagi pelajarannya..... peace Lennie... :-)


To Lennie :-

 

 


Monday, August 13, 2012

ELLA DAN DEDDY DORES

 
Ella & Deddy Dores

Mendung Tak Bererti Hujan

DD
Masa lalu kita di dalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku jua keyakinan
Ku goyah oleh keadaan

DD
Meskipun jiwa dan ragamu
Bagai hidup dipadang yang tandus
Begitu beratnya beban yang ada dijalan hidupku
ooooo

EL
bila kau percaya
Bahawa hari-hari selalu berganti
Takkan selamanya awan-awan hitam 
Menghantui hidupmu

EL
Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan untuk meraih cinta

DD
Aku ingin mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi

EL
Aku ingin kau tahu isi hatiku
Ku cinta padamu kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu...

( ulang rangkap 2 hingga akhir )

MOOD APEKAH?

Harini aku nak post lirik2 lagu jer.... mood apekah?  minggu ni mood aku cuma nak dengar2 lagu je..... boleh kan gitu...... :-)


Lirik Lagu Once Mekel - Matilah Kau

Mawah merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku
Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku
Reff:
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia
Berharaplah
Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi
Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku
(matilah kau)

Teman Pengganti – Malique feat. Black





Lirik Lagu Teman Pengganti – Malique feat. Black

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti 



ASTRID - TENTANG RASA

Hari Ahad yang lalu aku ada blk ke kampung, biasalah ini sememangnya rutin aku every week lagipun kampung aku x jauh dari town Klang n Shah Alam around 30 - 45 minit jer. Leh berulang alik gi keje lg tu...... hehehehe.... so setiap kali balik kampung tu aku berkesempatan utk menonton rancangan ASTRO. Aku suka layan cite Opera Vann Java dalam BINTANG kot channel bape ntah. Selain tu aku suka gak layan rancangan BUKAN EMPAT MATA. Best rancangan ni, pastu minggu tu dalam rancangan ni diaorg ada jemput artis popular ASTRID. Wah! barulah berkesempatan tengok ASTRID life (kt tv jela....). selama ni cuma tgk kt video klip n gambar2 jer.... boleh tahan artis2 Indon ni. Lagi2 kalo turun ke BANDUNG.... pergh! majoriti sumenya standard artis2 SINETRON sih. Member aku siap offer lg tuuuu.... cilakak ko MEOR! hehehe.....




 Yang ni Astrid berlakon dalam drama pentas Opera Van Java.




Lirik Lagu Terbaru Astrid – Tentang Rasa

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Sunday, August 12, 2012

KATA-KATA YANG TERMAKBUL

Assalammualaikum......

Selamat pagi Isnin semua.... :-)

Pagi ni aku nak cite sket tentang kata-kata yang termakbul. Maksud aku camni.... korang pnh x terjadi dlm hidup korang apabila korang bercakap tentang sesuatu tetiba perkara yg korang ckpkan tu jd kenyataan. pernah x? korang leh fhm ke apa yg aku tulis ni? err...err...err.. camne ek nk terangkan. Oklah camni.... aku cite tentang beberapa kejadian yg pernah aku alami dulu yer.

Kisah 1
Masa ni masa zaman study dulu. Aku ada seorang teman rapat Ajid dari Batu Pahat Johor. Kemana2 memang aku selalu berdua ngan dia. Masa tu kami menyewa di Seksyen 19, Shah Alam. Ada satu malam tu aku pakat2 dgn dia nk mkn burger. So kitaorg pn kuarlah naik moto mencari stall burger kt area situ. Tengah meronda2 tu kitaorg pn terjumpalah stall burger tepi jalan, makanya Ajid pn nk belok gi kt stall burger tu tp aku menghalang. Aku soh Ajid gi 7-eleven dulu beli air kemudian baliknya nnt baru singgah beli burger.. So Ajid pn x jd belok makanya meneruskan kembali perjalanan ke 7-eleven. Dalam perjalanan nak ke 7-eleven tu aku pn buat topik, aku create skrip utk ajid.....hehehehe... "Jid, katakanlah kan, tetiba bila lps kita beli air ni kita nk beli burger td, tup2 brader tu pn tutup stall dia.... pastu dia ckp apa tau jid.... "maaflah dik, burger dh abes. bru je abes ni haaaa.... abg td tu org last beli" .....  "Argh! mengarutlah ko juanz.... ada2 jer... mana mungkin beb!"

So nak dijadikan cite kitaorg pn blklah gi stall burger tu lps beli air kt 7-eleven tu td. Sesampainya kt stall burger tu Ajid pn order, "Bang burger ayam 2 bang...." nak tau x apa brader tu jwb? korang mesti dpt agak kan? masalahnya kalo ayat dia lari sket2 tu oklah.... tapi ayat yg kuar dr mulut brader tu sebijik (mcm copy&paste) dgn apa yg aku skripkan kt Ajid masa on the way nk gi 7-eleven tu td..... "maaflah dik, burger dh abes. bru je abes ni haaaa.... abg td tu org last beli. Ajid kaku membisu sambil jeling pandang aku,..... Cepat2 dia start moto terus blah.... sbb x tahan nk ketawa terbahak2.... sampai skang cite ni tetap aku ingat antara aku & Ajid...... to Ajid...... segala kenangan kita x mungkin aku lupakan..... bilalah nk gi Batu Pahat lg ni... :-) 

Kisah 2
Yang ni baru je berlaku last week....sesaje berseloroh ckp malam karang nk gi AEON Bukit Raja, Klang. Sebenarnya x plan pun.....tapi tup2 terjadi sungguh malam tu memang pegi sungguh ke  AEON Bukit Raja, Klang sbb ada penyebab utk aku berada disitu. Adoi..... makanya termakbul kan kata2 itewww...... dalam bulan pose beb!

Kisah 3
Aku pernah sakit hati dgn seseorang tp x mampu aku nak luahkan. Aku cuba utk tahan hati aku dari terdetik tapi aku manusia lemah last2 terdetik aku berdoa mtk org tu terima musibah. Masalahnya aku siap doakan dia eksiden pulak..... last2nya mmg betul eksiden nsb baik x teruk. Aku jd trauma lps tu.... cpt2 aku mtk maaf kt org tu. Padahal mulanya dia yg buat slh kt aku. Dia terpinga2..... aku ckp ko maafkan jelah aku abes cite. Jangan tanya kenapa occaaayyyy..... owh.... maaf apekah? what happen? Allah Maha Mengetahui.

Sebenarnya byk lagi kisah2 yg aku nk paparkan tp cukuplah 3 kisah pendek ni.... so kesimpulannya berhati2lah bila berkata2 kerana kata2 itu merupakan satu doa. Cuma apabila kita berkata2 kita x sedar samada kata2 itu dimakbulkan ataupun tidak. Mungkin jika ketika kita berkata2 tu tetiba malaikat lalu or masa tu mmg waktu yg sedang terbuka Pintu Arasyh makanya leh cpt sampai doa atau kata2 yg bersahaja atau sekadar gurauan seterusnya leh termakbul doa itu. Ini sume ustaz yg ckp bkn aku ckp tau.... korang jgn wat andaian mcm2 plak.... rujuk dgn yg pakar yer.... daaaaaaaaa...........


Thursday, August 9, 2012

TER...TER...dan TER...lagi....



Assalammualaikum sume....   :-)

Semoga di pagi Jumaat yg indah ini aku doakan kalian sume yg membaca blog Kembara Jalanan sentiasa diberi kebahagiaan, kesihatan yg baik, umur yg panjang dan murah rezeki..... Sebenarnya aku ni slalu je wat perkara "UN"plan..... tp mmg aku suka wat gitu, sbb kdg2 kalo rancang dasyat2 pn bknnya leh jadi kan? ekekeke..... segala2nya bermula dgn hanya ckp2 kosong kt member tempohari, Rabu malam Khamis nk pegi AEON Bukit Raja, Klang tp sebenarnya just ckp2 jer.... last2nya memang TERpegi pong! pastu bila dah TERpegi ada plak sesi selanjutnya TERbeli plak. Hahahaha.... Kemudian keesokkan harinya (Khamis petang) blk keje leh plak TERpizza plak kan..... ingtkan kt Setia Alam x ramai org, tp xpelah dh memang nak sgt2. Pastu lps berbuka leh kuar blk leh TErfoldover kt Mc'D lagi..... Wah! gila ke apa ni? pastu leh lajak plak TErpegi Port Klang mlm2 buta apa kes? xde tujuan pun..... Pastu TERsinggah plak kt kedai perabot kt K.R.U (Kg. Raja Uda Klang) hahaha.... Pastu kan ada lagi tu... blk dr Port Klang n K.R.U tu leh TERpegi ONO Bundle plak kt S.K.I (Sungai Kapar Indah, Kapar, Klang). Pastu leh TERbeli plak.... aduyai...... blk dr ONO Bundle tu terus blk umah, online jap pastu leh TERkuar blk gi ngeteh plak.....udahnya sampai ke awal pagi (jam berapa x boleh dinyatakan disini.....sensitip you....) plz zuan jgn byk sgt TER dlm hidup tu volley??? pasni xtaulah apa lg perkara TER nk berlaku? ada byk lagi nk list TER yang berlaku sebenarnya tp cukuplah kot utk 2 arini.... hehehe.... selagi x membahayakan kesihatan oklah kot TER tu yer.....  peace!  ;p ;p ;p ;p ;p





Tuesday, August 7, 2012

ICE CREAM YUMMY.....


Free ice cream for today....!!!! hurry up.....!!!!  sekian sahaja update dari saya..... T.Q
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih lagi bernafas utk detik ini dan semoga dapat meneruskan lagi ibadah puasa hingga ke akhirnya. Lately sangat bizi dengan bebanan tugas harian yang membabitkan pekerjaan, keluarga dan peribadi. Tapi utk kerja sememangnya sangat bizi dan rasanya seringkali aku ungkapkan perkataan "lately sgt bizi".... just ungkapan x kesah walau diulang beberapa kali... dan realitinya sememangnya begitu...

Sejak akhir2 ni juga penulisan aku agak serius sedikit berbanding post sebelum ini. Aku xtau apa yg aku cuba sampaikan tetapi aku hanya menaip berdasarkan telunjuk hati aku yang tidak keruan. Tanpa noktah dan tanpa permulaan. Ianya hanya sekadar meluahkan kata-kata hati.

Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki dari ALLAH aku dapat membahagiakan orang2 disekelilingku. Terpancar wajah kegembiraan dan keceriaan di wajah mereka. Untuk Syawal yang bakal menjelma ini, persiapan aku adalah untuk membahagiakan dan memberi kegembiraan kepada insan2 yang aku sayangi. Bagi aku kegembiraan dan keceriaan yang mereka rasai adalah satu kepuasan yang tidak terhingga pada diriku. Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi.... sudah cukup aku rasai ketika di kemuncak arena kebanggaanku terhadap apa yang aku miliki dulu. Aku rasa kehidupan kita ini perlu dikongsikan bersama, dan kita tidak mempunyai hak sepenuhnya terhadap rezeki yang kita cari kerana rezeki itu datangnya dari yang MAHA ESA. Pemberian rezeki dengan izinya harus disyukuri dan bukan untuk dibanggakan dengan apa yang dimiliki sehingga ada insan lain yang menderita kerana tidak mendapat sebahagian hak dari rezeki yang kita perolehi. Oh.... sangat tragis... aku sangat sedih melihat insan2 malang yang semakin lama semakin meningkat bilangan angka golongan ini.

Sekadar coretan ringkas, makanya aku perlu menyambung kembali tugasanku yang belum selesai. Semoga ALLAH merahmati dan memberkati dengan segala apa yang aku lakukan untuk hari ini, hari esok dan hari-hari seterusnya.... InsyaALLAH.. amin....

Monday, August 6, 2012

XDE MOTIP....

Sedang mencari mood keje maka terbitlah post xde motip pada pagi ni. Manalah tau lepas menaip2 kt blog tetiba terus segar bugar kan? harap2 jadilah eksperimen ni sbbnya xde org berminat pun nk wat kajian ttg ini kan. ngeh...ngeh...ngeh... 

3 hari bercuti berlalu Sabtu&Ahad + Isnin nuzul al-qur'an. Pagi td masa nk gi keje dgr DJ radio tu announce semalam (Isnin cuti nuzul al-qur'an) jalan kt KL jem teruk giler vavi. Apalah yg korang fikirkan ek? DJ yg announce tu pn bercelotehlah membuat andaian2 yg sememangnya logik dan boleh diterima akal seperti warga Selangor yg bercuti ramai gi shopping, warga KL plak sedang bekerja seperti biasa, lagipun hari Isnin dan macam2 lagi andaian laaa..... nsb baiklah ada radio, kalo x haram 'J' aku xtau apa yg terjadi kt KL tu.

Cuti selama 3hari x byk perubahan jadual yg berlaku melainkan balik kg duduk umah diam2 dan jumpa mak abah. Pastu hari Sabtu kitaorg ada wat masak2 utk adat orag JAWA "MUNJUNG". Nak translate ke dalam Bahasa Melayu aku x reti tp lebih kurang ginilah maksudnya.... "MUNJUNG" adalah adat orang beretnik JAWA kacukan JERMAN macam aku ni haaaa..... dimana kita akan bertukar2 juadah berbuka menjelang Syawal menjelma. Kalo dulu ianya dilakukan pada 2-3 hari sebelum raya ataupun nk lebih meriah pada malam raya. Tapi adat ni dah berlaku dilution dgn arus kemodenan maka ianya dilakukan mengikut masa "IKUT SUKA HATI". Tapi syukur alhamdulillah adat ni masih lg wujud tp xtau sampai bila ianya boleh bertahan.... xpelah nnt kalo ada masa aku detailkan lg acara/adat 'MUNJUNG' ni yer rakan2.....

So aku rasa mcm dh segar bugar sket berbanding 10 minit yg lalu, dengan itu aku nk start enjin TOYOTA HILUX yg diidam2kan oleh seseorang itu tetapi bukan TRITON atau DMAX atau yg seangkatan dengannya yer rakan2ku. Tujuannya utk pergi membuat lawatan tapak dan kawasan jajahan. Oklah uols! selamat bekerja dengan jayanya.... assalammualaikum..... :-)

Thursday, August 2, 2012

DUNIA KU....




Diam x diam dah 14 Ramadhan berlalu.... Sedih dan pilu kerana aku masih lg x dapat menghayati bulan yg mulia ini. Dimerata tempat sudah mula kedengaran lagu2 raya berkumandang bagi menaikkan semangat utk meraikan hari kemenangan menahan lapar dan dahaga iaitu semangat Hari Raya. Seperti tahun sebelum2 ini, aku tidak ghairah utk bershopping walaupun di FB or TWITTER aku sering update status tentang pergi bershopping. Dan selama 14 hari Ramadhan ni jugalah aku xtau apa yang berlaku di PKNS, Plaza Alam Sentral dan SACC Mall. Padahal tempat2 tu sume hanya sekangkang manusia jer utk dijejaki dari tpt aku bekerja. Aku lbh selesa duduk di ofis sambil merenung jauh dari jendela di tingkat 12 utk memerhati gelagat manusia yang berpusu-pusu utk membeli belah, menguruskan hal-hal berkaitan, berlumba-lumba mengejar masa utk pulang berbuka bersama keluarga tercinta. Sangat indah bukan? Keadaan yang sama setiap tahun cuma yang berbeza adalah dari segi banner iklan promosi raya.

Aku mempunyai sifat ingin tahu dan suka memerhatikan gelagat orang. Dulu aku suka berpeleseran atau dgn bahasa indahnya bersiar-siar di celah-celah hiruk piruk manusia makanya aku akan pergi suatu sudut dan aku akan lihat ramai manusia dgn gelagatnya, perangainya dan urusannya. Kadangkala ia boleh membuatkan aku mempunyai perasaan yang sering berubah2..... aku boleh tertawa kecil sendirian, berasa sedih, terkilan, kagum, dan berbagai2 lagi perasaan berdasarkan pemerhatian terhadap gelagat manusia itu. Sangat buruk sikapku itu kan? Aku x boleh mengeluh hanya kerana tomahan org terhadap sikapku itu kerana itu adalah kurniaan dr yg MAHA ESA, cuma aku boleh berjanji jika ia keterlaluan dan boleh menyinggung mana2 pihak, aku akan cuba berubah menjadi yang sebaiknya seperti yang disarankan oleh org2 yang lebih sempurna sifatnya barangkali. 

Namun kini aku lebih suka memfokuskan diri sendiri kerana aku bukan lagi hidup di dalam dunia hiruk piruk itu tadi. Aku telah mempunyai dunia aku sendiri, tanggungjawab dan tugas. Dunia yang aku wujudkan utk diselarikan dgn arus dunia hiruk piruk itu tadi juga akhirat yang sedia menanti. Dunia yang aku wujudkan itu adalah merupakan tugas dan tanggungjawab yang akan ku bawa sehingga ke alam barzakh dan seterusnya di hari pembalasan. Dunia yang aku tentukan sendiri ke mana halatuju sama ada pertimbangan antara berat sebelah atau seimbang ke kiri atau ke kanan. Ya.... aku yang tentukan kerana aku yang memulakan dan mewujudkan dunia itu. Manusia tidak mampu berlaku adil..... percayalah..... keseimbangan diri sendiri juga kita tidak tahu tentang hala tujunya tetapi dunia yang akan di bawa itu nanti bagaimana pula? Mampukah aku? Pengisian diri aku belum mencukupi utk mencakupi ruang2 yang sentiasa lompong dari kesalahan-kesalahan masa lalu, masa kini dan akan datang..... Sudah bersediakah utk menghadapi saat tamatnya riwayat diri? Bila? Bolehkah aku meramalkan? Doa yang ku panjatkan melalui 7 petala langit di mana tidak mampu utk melepasi langit pertama pun. Aku cukup sedih kerana aku tahu punca tidak dapat melepasi langit pertama itu. Bagaimana hendak menghadapi utk enam langit seterusnya? Percayalah..... jangan pernah kau putus utk berdoa...... sentiasa insafi dan sedar tentang kekhilafan. Setiap apa yang dibicarakan barangkali boleh menjadi sandiwara tetapi apa yang dicoretkan sebenarnya dari naluri hati.....  

SYUKUR...


Harini merupakan penghulu segala hari… seperti biasa masuk je ofis perkara pertama yg aku akan buat ialah turn on my computer then check email ofis dan email peribadi. Apabila aku bukak je email ofis mcm biasalah tugasan2 yg perlu aku lakukan utk mggu dpn menyiapkan tugasan itu mengikut ketetapan masa yg telah ditentukan. Namun begitu apabila aku bukak je email peribadi hati aku berdebar-debar….. harini result exam kuar. Ya….. result exam yg aku nanti2kan sebab hanya 1 subjek tu je penentu aku utk tamat pengajian atau sebaliknya setelah beberapa kali aku menanggguhkannya krn faktor2 tertentu. Dan akhirnya aku memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dgn limpah dan kurniaannya aku lulus dalam subjek tersebut. Di bulan Ramadhan yg mulia ni aku percaya segala doa2 yg dipohon akan dimakbulkan namun disebalik kegembiraan aku malu sebenarnya. Aku malu kepadamu Ya Allah….. begitu besar sekali rahmatmu terhadap hambamu yg hina dan sering melupakanmu. Kenapa aku tidak mengingatimu ketika aku sedang bersuka ria, sedang bekerja, sedang bersukan dan sedang aku melakukan sume aktiviti harian setiap hari, setiap detik dan setiap waktu. Aku hanya bersusah hati jika aku gagal dalam peperiksaan tersebut ataupun ditimpa sesuatu musibah, makanya aku x henti2 berdoa utk lulus dan di keluarkan dr belenggu musibah itu. Setelah lulus apa yg aku akan buat selepas itu? Tunggu lg musibah atau pertolongan yg memberi kepentingan kpd diri aku sendiri. Tapi pernahkah aku terfikir ttg kepentingan ALLAH terhadap hambanya? Kita memohon utk berjaya dan ALLAH makbulkan, sebenarnya kepentingan ALLAH kpd hambanya adalah kepentingan utk hambanya juga dimana wujudnya SYURGA utk mereka2 yg beriman dan bertaqwa.

Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan aku berazam utk menjadi yg terbaik dan berusaha utk mengikis sikap aku yg lagha itu. Kenapa setiap kali Ramadhan? Sbb pada aku itulah bulan yang amat2 sempurna dan masa yg sesuai? Bulan lain hari lain x sesuai ker? Bukan x sesuai tetapi ALLAH menurunkan rahmat dan membuka segala pintu pengampunan di bulan yg mulia, lagipun di bulan Ramadhan kita akan lebih tawadhuk berbanding dgn bulan2 lain yg mungkin cabaran lbh besar utk kita berubah. Setiap malam sebelum aku mati(tido) aku akan mengingati segala kesalahan2 yg telah aku lakukan sepanjang hari itu dan di dalam hati aku sentiasa memohon keampunan darimu YA ALLAH kerana aku khuatir aku tidak akan bangkit lagi pada keesokkan harinya. Aku berharap sgt dan sentiasa berdoa supaya aku menjadi insan yg lebih baik daripada sebelumnya. Aku dh terlalu jauh dan semakin jauh, bkn perkara mudah utk kembali ke jalan yg lebih sempurna. Seandainya aku pergi menghadapmu Ya ALLAH aku memohon supaya aku suci dr dosa2 yg telah aku lakukan selama ini. Aku sgt lemah…… Syukur ke hadratmu Ya ALLAH dgn nafas yg kau pinjamkan ini, juga diriku ini yg masih diterima olehmu utk memijak bumi dan memikul tanggungjawab sebagai khalifah. InsyaALLAH aku akan berusaha dan terus berusaha…. Walaupun kecil dan sedikit namun ianya mampu membuatkan aku tersenyum sendirian. Sekurang-kurangnya aku ada usaha utk melakukannya dan memulakannya…...