Tuesday, August 7, 2012

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih lagi bernafas utk detik ini dan semoga dapat meneruskan lagi ibadah puasa hingga ke akhirnya. Lately sangat bizi dengan bebanan tugas harian yang membabitkan pekerjaan, keluarga dan peribadi. Tapi utk kerja sememangnya sangat bizi dan rasanya seringkali aku ungkapkan perkataan "lately sgt bizi".... just ungkapan x kesah walau diulang beberapa kali... dan realitinya sememangnya begitu...

Sejak akhir2 ni juga penulisan aku agak serius sedikit berbanding post sebelum ini. Aku xtau apa yg aku cuba sampaikan tetapi aku hanya menaip berdasarkan telunjuk hati aku yang tidak keruan. Tanpa noktah dan tanpa permulaan. Ianya hanya sekadar meluahkan kata-kata hati.

Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki dari ALLAH aku dapat membahagiakan orang2 disekelilingku. Terpancar wajah kegembiraan dan keceriaan di wajah mereka. Untuk Syawal yang bakal menjelma ini, persiapan aku adalah untuk membahagiakan dan memberi kegembiraan kepada insan2 yang aku sayangi. Bagi aku kegembiraan dan keceriaan yang mereka rasai adalah satu kepuasan yang tidak terhingga pada diriku. Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi.... sudah cukup aku rasai ketika di kemuncak arena kebanggaanku terhadap apa yang aku miliki dulu. Aku rasa kehidupan kita ini perlu dikongsikan bersama, dan kita tidak mempunyai hak sepenuhnya terhadap rezeki yang kita cari kerana rezeki itu datangnya dari yang MAHA ESA. Pemberian rezeki dengan izinya harus disyukuri dan bukan untuk dibanggakan dengan apa yang dimiliki sehingga ada insan lain yang menderita kerana tidak mendapat sebahagian hak dari rezeki yang kita perolehi. Oh.... sangat tragis... aku sangat sedih melihat insan2 malang yang semakin lama semakin meningkat bilangan angka golongan ini.

Sekadar coretan ringkas, makanya aku perlu menyambung kembali tugasanku yang belum selesai. Semoga ALLAH merahmati dan memberkati dengan segala apa yang aku lakukan untuk hari ini, hari esok dan hari-hari seterusnya.... InsyaALLAH.. amin....

2 comments: