Thursday, August 2, 2012

DUNIA KU....




Diam x diam dah 14 Ramadhan berlalu.... Sedih dan pilu kerana aku masih lg x dapat menghayati bulan yg mulia ini. Dimerata tempat sudah mula kedengaran lagu2 raya berkumandang bagi menaikkan semangat utk meraikan hari kemenangan menahan lapar dan dahaga iaitu semangat Hari Raya. Seperti tahun sebelum2 ini, aku tidak ghairah utk bershopping walaupun di FB or TWITTER aku sering update status tentang pergi bershopping. Dan selama 14 hari Ramadhan ni jugalah aku xtau apa yang berlaku di PKNS, Plaza Alam Sentral dan SACC Mall. Padahal tempat2 tu sume hanya sekangkang manusia jer utk dijejaki dari tpt aku bekerja. Aku lbh selesa duduk di ofis sambil merenung jauh dari jendela di tingkat 12 utk memerhati gelagat manusia yang berpusu-pusu utk membeli belah, menguruskan hal-hal berkaitan, berlumba-lumba mengejar masa utk pulang berbuka bersama keluarga tercinta. Sangat indah bukan? Keadaan yang sama setiap tahun cuma yang berbeza adalah dari segi banner iklan promosi raya.

Aku mempunyai sifat ingin tahu dan suka memerhatikan gelagat orang. Dulu aku suka berpeleseran atau dgn bahasa indahnya bersiar-siar di celah-celah hiruk piruk manusia makanya aku akan pergi suatu sudut dan aku akan lihat ramai manusia dgn gelagatnya, perangainya dan urusannya. Kadangkala ia boleh membuatkan aku mempunyai perasaan yang sering berubah2..... aku boleh tertawa kecil sendirian, berasa sedih, terkilan, kagum, dan berbagai2 lagi perasaan berdasarkan pemerhatian terhadap gelagat manusia itu. Sangat buruk sikapku itu kan? Aku x boleh mengeluh hanya kerana tomahan org terhadap sikapku itu kerana itu adalah kurniaan dr yg MAHA ESA, cuma aku boleh berjanji jika ia keterlaluan dan boleh menyinggung mana2 pihak, aku akan cuba berubah menjadi yang sebaiknya seperti yang disarankan oleh org2 yang lebih sempurna sifatnya barangkali. 

Namun kini aku lebih suka memfokuskan diri sendiri kerana aku bukan lagi hidup di dalam dunia hiruk piruk itu tadi. Aku telah mempunyai dunia aku sendiri, tanggungjawab dan tugas. Dunia yang aku wujudkan utk diselarikan dgn arus dunia hiruk piruk itu tadi juga akhirat yang sedia menanti. Dunia yang aku wujudkan itu adalah merupakan tugas dan tanggungjawab yang akan ku bawa sehingga ke alam barzakh dan seterusnya di hari pembalasan. Dunia yang aku tentukan sendiri ke mana halatuju sama ada pertimbangan antara berat sebelah atau seimbang ke kiri atau ke kanan. Ya.... aku yang tentukan kerana aku yang memulakan dan mewujudkan dunia itu. Manusia tidak mampu berlaku adil..... percayalah..... keseimbangan diri sendiri juga kita tidak tahu tentang hala tujunya tetapi dunia yang akan di bawa itu nanti bagaimana pula? Mampukah aku? Pengisian diri aku belum mencukupi utk mencakupi ruang2 yang sentiasa lompong dari kesalahan-kesalahan masa lalu, masa kini dan akan datang..... Sudah bersediakah utk menghadapi saat tamatnya riwayat diri? Bila? Bolehkah aku meramalkan? Doa yang ku panjatkan melalui 7 petala langit di mana tidak mampu utk melepasi langit pertama pun. Aku cukup sedih kerana aku tahu punca tidak dapat melepasi langit pertama itu. Bagaimana hendak menghadapi utk enam langit seterusnya? Percayalah..... jangan pernah kau putus utk berdoa...... sentiasa insafi dan sedar tentang kekhilafan. Setiap apa yang dibicarakan barangkali boleh menjadi sandiwara tetapi apa yang dicoretkan sebenarnya dari naluri hati.....  

2 comments:

  1. jauh menung ye :-)

    lama x bukak n baca blog zuan nie; ade rse rindu sikit...anyway trskan update k.

    ReplyDelete