Monday, August 27, 2012

HARI RAYA EIDULFITRI 2012

Alhamdulillah pada 19 Ogos 2012 (Ahad) yang lalu umat Islam di Malaysia telah bersama-sama menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya. Pada tahun ni ramai yg mengatakan suasana Hari Raya agak meriah sedikit berdasarkan bilangan kenderaan yang lalu lalang sangat banyak sepanjang seminggu berhari raya. Itu pendapat org rata2 tempat aku beraya. Tapi pemerhatian berdasarkan kenderaan x boleh diambil kira sbb pd aku kemeriahannya terletak pada jiwa. Kalo diri sendiri rasa best, maka bestla raya tu, kalo diri sendiri rasa suram dan kesunyian, makanya jadilah ianya perasaan mcm tu. Apa2pun pada aku Hari Raya memang best tiap2 tahun sbb aku akan cuba meng'bestkan Hari Raya tu walaupun sebenarnya kemeriahan yang sebenar tidak akan dapat menandingi ketika di zaman kanak-kanak....

Pada tahun ni dan sebelum2nya aku macam biasa x pernah merasai susah payah berebut utk mendapatkan tiket bas, tiket keretapi dan juga tiket flight sebabnya dah aku memang ANAK JATI NEGERI SELANGOR. So memang aku xde nk sebok2 wat cemas takut tiket habes. Pernah suatu ketika masa zaman aku study dulu2 aku cuba nk merasai suasana balik kampung. Dulu aku study kt Shah Alam, kampung aku di Kuala Selangor.... melihat rakan2 sume dok cemas packing2 beg dan2 tu aku pun ikut cemas bersama2. So kuar dr umh sewa pn sama2la seolah2 mcm aku nk blk kg bersama2 mereka itu. tapi bila sampai di Highway kitaorg pn berpecah.... Aku singgah kt Esso AEON Bukit Raja dok melanguk jer xtau mana hala tuju. Adoi.... acah2 nk blk kg beraya kononya padahal jarak dari kampung ke Shah Alam hanya 80km mengambil masa 45 minit  maximum time. Dan aku pernah berulang alik dr kampung ke Shah Alam. Xpelah at least nk jgk merasa nikmatnya pulang ke kampung berhari raya.... konon occaayyyy.... :-)





 Suasana ketika beraya di kampung..... picture taken @ Tanjung Karang, Kuala Selangor.





Dalam dok sebok2 orang beraya, ada plak majlis kawen di Banting..... eerrmmmm.... layan jelah......

No comments:

Post a Comment