Thursday, August 2, 2012

SYUKUR...


Harini merupakan penghulu segala hari… seperti biasa masuk je ofis perkara pertama yg aku akan buat ialah turn on my computer then check email ofis dan email peribadi. Apabila aku bukak je email ofis mcm biasalah tugasan2 yg perlu aku lakukan utk mggu dpn menyiapkan tugasan itu mengikut ketetapan masa yg telah ditentukan. Namun begitu apabila aku bukak je email peribadi hati aku berdebar-debar….. harini result exam kuar. Ya….. result exam yg aku nanti2kan sebab hanya 1 subjek tu je penentu aku utk tamat pengajian atau sebaliknya setelah beberapa kali aku menanggguhkannya krn faktor2 tertentu. Dan akhirnya aku memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dgn limpah dan kurniaannya aku lulus dalam subjek tersebut. Di bulan Ramadhan yg mulia ni aku percaya segala doa2 yg dipohon akan dimakbulkan namun disebalik kegembiraan aku malu sebenarnya. Aku malu kepadamu Ya Allah….. begitu besar sekali rahmatmu terhadap hambamu yg hina dan sering melupakanmu. Kenapa aku tidak mengingatimu ketika aku sedang bersuka ria, sedang bekerja, sedang bersukan dan sedang aku melakukan sume aktiviti harian setiap hari, setiap detik dan setiap waktu. Aku hanya bersusah hati jika aku gagal dalam peperiksaan tersebut ataupun ditimpa sesuatu musibah, makanya aku x henti2 berdoa utk lulus dan di keluarkan dr belenggu musibah itu. Setelah lulus apa yg aku akan buat selepas itu? Tunggu lg musibah atau pertolongan yg memberi kepentingan kpd diri aku sendiri. Tapi pernahkah aku terfikir ttg kepentingan ALLAH terhadap hambanya? Kita memohon utk berjaya dan ALLAH makbulkan, sebenarnya kepentingan ALLAH kpd hambanya adalah kepentingan utk hambanya juga dimana wujudnya SYURGA utk mereka2 yg beriman dan bertaqwa.

Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan aku berazam utk menjadi yg terbaik dan berusaha utk mengikis sikap aku yg lagha itu. Kenapa setiap kali Ramadhan? Sbb pada aku itulah bulan yang amat2 sempurna dan masa yg sesuai? Bulan lain hari lain x sesuai ker? Bukan x sesuai tetapi ALLAH menurunkan rahmat dan membuka segala pintu pengampunan di bulan yg mulia, lagipun di bulan Ramadhan kita akan lebih tawadhuk berbanding dgn bulan2 lain yg mungkin cabaran lbh besar utk kita berubah. Setiap malam sebelum aku mati(tido) aku akan mengingati segala kesalahan2 yg telah aku lakukan sepanjang hari itu dan di dalam hati aku sentiasa memohon keampunan darimu YA ALLAH kerana aku khuatir aku tidak akan bangkit lagi pada keesokkan harinya. Aku berharap sgt dan sentiasa berdoa supaya aku menjadi insan yg lebih baik daripada sebelumnya. Aku dh terlalu jauh dan semakin jauh, bkn perkara mudah utk kembali ke jalan yg lebih sempurna. Seandainya aku pergi menghadapmu Ya ALLAH aku memohon supaya aku suci dr dosa2 yg telah aku lakukan selama ini. Aku sgt lemah…… Syukur ke hadratmu Ya ALLAH dgn nafas yg kau pinjamkan ini, juga diriku ini yg masih diterima olehmu utk memijak bumi dan memikul tanggungjawab sebagai khalifah. InsyaALLAH aku akan berusaha dan terus berusaha…. Walaupun kecil dan sedikit namun ianya mampu membuatkan aku tersenyum sendirian. Sekurang-kurangnya aku ada usaha utk melakukannya dan memulakannya…...

2 comments: