Monday, December 31, 2012

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2013

Assalammualaikum.....

Tinggal beberapa jam sahaja lagi lembaran tahun 2012 akan melabuhkan tirainya untuk ke tahun 2013 walaupun mengikut kalendar Islam sebenarnya sekarang ni kita telah pun melangkah ke alam tahun 2013. So cemana dgn azam? malam ni nak sambut tahun baru ker? hahahaha... last yg betul2 aku sambut tahun baru masa zaman jahil dolu2 kot dlm tahun 2000 - 2001, rasa-rasanya laaa..... Tak pasti plak.... tahun2 berikutnya aku just lepak2 kt kedai mamak jumpa kwn2, dating (errr....ada ke x ek? lupa plak) atau gi tgk wayang. Rasanya itu tak dikira menyambut sbbnya aku x berada betul2 kt dataran atau tempat rasmi utk menyambut tahun baru tu. Kalau bukan tahun baru pun dah memang itu aktiviti yg akan aku buat. Sebenarnya malam tahun baru tu x bermakna pn dalam hidup aku, biasa je kot xde yg special. So kesimpulannya malam ni aku x tau nk kemana. Xde plan lagi dan lagi satu memang PERANGAI TER...TER... suka wat plan last minute apa yg terlintas difikiran. huhuhuhu.....

Thursday, December 27, 2012

PROPERTIES SEMAKIN MAHAL

Dah lama bebenor x mengikuti perkembangan semasa hal2 properties ni. Nak join balik rasa dah tersangat2 malas. Pada ketika ini sesaje la search kt mudah nak tgk nilai pasaran semasa rumah di Setia Alam, Klang ni. Mak oi! terkejut beruk aku tgk harganya melambung tinggi 2-3 kali ganda. Dalam tempoh 2009 - 2012 (4 tahun) perubahan yang mendadak. Ini adalah harga sebuah rumah apartment beb! bukannya rumah teres setingkat. Kalau teres setingkat oklah jgk aku boleh terima dengan harga tu. Kesian kat orang2 yang baru nk membina hidup, kewangan x berapa nk kukuh, sampai bila nk menyewa ibarat sama je membayar monthly sewa dgn monthly bank. Sambil2 terkejut tu sempat lagi aku tersengih2 dan tersenyum. Dan2 keluar awan angan2 kt atas kepala.... (kalau jual beberapa bijik rumah aku ni for sure pakcik kayo....) huhuhuhu..... oklah kt bwh ni aku bg contoh pengiraan basic utk sesapa yang nk beli rumah. Ini bkn saje pengiraan tapi sebenarnya sejumlah wang pendahuluan yg korang kena sediakan sebelum berfikir nk beli rumah. Membebankan tapi itulah hakikat yang harus ditelan....  :-(

Contoh harga rumah yang berharga : RM 135,000.

Harga rumah =  RM 135k
3% booking  =  RM 4,050
7% deposit   =  RM 9,450 (dibayar masa sign S&P (SPA)-boleh withdraw KWSP (10%+10%))
90% Loan     =  RM 121,500
Fee lawyer    =  estimate RM 3k.

Total secara kasar wang yang perlu disediakan ialah : RM 16, 500 atau lebih lagi amek lump sum 
RM 18,000.00. Ngeri2......

Pangsapuri AKASIA, Setia Prima, Setia Alam, Klang. RM 250 000.


Pangsapuri SEMARAK 1, Setia Prima, Setia Alam, Klang. RM 145 000.





4 BULAN PRAKTIKAL

Assalammualaikum......

Salam pagi jumaat kpd semua pembaca blog juanz ni... arini xde nk cite sgt sbbnya byk perkara berlaku secara serentak makanya sgt sukar nk diterjemahkan dalam bentuk penulisan melainkan pemfokusan yang lebih teliti. Alhahamdulillah syukur ke hadrat ilahi aku masih diberi nyawa utk ketika ini. Baru sebentar td selesai sudah perhimpunan bulanan beserta dgn majlis perpisahan pelajar praktikal di tempat kerja aku. Diam x diam dah 4 bulan rupanya dia bekerja/praktikal kt tempat aku ni. Selama 4 bulan ni, baru pagi tadi aku berkesempatan untuk berborak lebih lama dgn dia yang bernama BIBIEHANIM. Sambil bersahaja aku bertanyakan tentang apa perancangan dia selepas ini. Dia sgt peramah dan merancang untuk melanjutkan pelajarannya atau bekerja di SARAWAK. Satu lg soalan terpacul dr mulut aku, x berjimba ker kan dh abes belajar lagipun malam ni Jumaat malam Sabtu? motip Jumaat malam Sabtu? hahahahaha.... Dia ckp agak bizi nk siapkan report dan sebagainya selain nk prepare untuk viva nnt. Lagi satu tengoklah kalo KAKAK dia ajak nnt. Haaaaaa.... Bibi ada kakak ker? a'ah kakak sepupu katanya dok kt Putrajaya. Occccaaayyyyy.... i x tau pun.... huhuhu..... gi la ajak kakak berjimba sama2. Suruhlah kakak dtg amek kt Shah Alam pastu gi Setia City Mall tgk wayang, best kan? saya suka......saya suka......saya suka......saya suka...... (saje je aku meracun kannnn......) Xnakla bang, kakak tu sgt sibuk xnaklah ganggu dia. Lagipun kakak kan belajar + kerja, kesian kt dia..... ololololo... sweetnya... baik sungguh adik sepupu dia ni. Yeke kakak tu sibuk? er...er... bkn ke kakak dia tu tgh praktikal skang ni? tteeeeeetttttt...!!!!  la...la...la...la...

Wednesday, December 26, 2012

UJIAN MEMBUATKAN AKU TERSENYUM

Assalammualaikum,,,,

Beratnya.... ujian datang lagi kepada diriku....

1. Adik masuk wad kat Hospital Sg. Buloh dari Ahad lepas.

2. Pada masa dan hari yang sama (Ahad) pakcik sebelah ayah pulak masuk wad Hospital Klang.

3. Pagi ni dapat berita pakcik  yang masuk wad kt Hospital Klang telah kembali ke Rahmatullah.

4. Keadaan adik plak masih x stabil lagi.....

5. Senyum... senyum... dan senyum lagi.... syafakaullah.

Sunday, December 23, 2012

NO IDEA

- Tak tau nk tulis apa....

- Saje menyemak kepala yang semak

- That' all.....

- T.Q

Friday, December 21, 2012

AAM FUN RUN MARATHON BERLARI-LARIAN

Assalammualaikum, Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia....

Arini aku nk share psl larian marathon yg aku sertai pada 16 Disember 2012 yang lalu. Larian ni anjuran daripada AAM terletak berhampiran dengan Laman Seri Seksyen 13, Shah Alam. Jarak larian ni 5 km jer tp aku rs mcm x konfiden sbb dh lama x berlarian camni. Seingat aku dulu last berlarian pada tahun 2004 kalo x silap anjuran daripada MBSA. Skang ni xtaulah tetiba timbul minat balik nk berlarian. Untuk 1st run ni aku dapat catatan masa sebanyak 41.2 minute. oklah tu untuk percubaan kali pertama. Memang x target tuk menang pun, dpt habiskan larian tu pun dh cukup bagus pada aku. Ok next larian ialah pada 29 Disember 2012 di Bukit Jelutong sejauh 10km. Larian seterusnya pada malam tahun baru sejauh 7 km pada 31 Disember 2012 nnt juga di Shah Alam. Wah! semangat beb!  :-)











  Next run pada 29 Disember 2012

Tuesday, December 18, 2012

COPY & PASTE



 
 
.:: Usah menyangka bibir yang tersenyum itu tiada luka dihati, Bahkan disebalik bibir yang tersenyum itu tersembunyi SERIBU keperitan hati ::.

RIDE TO WEDDING DAY ~ HUTAN MELINTANG, PERAK

Salam Sejahtera diucapkan,

Post kali ni aku nk share kt korang pasal ride ke kenduri kawen kawan aku Sani@John di Hutan Melintang, Perak pada bulan November 2012 yang lalu. Dah lama kan baru nk post? xpelah at least ada jgk di post utk tatapan umum. Last call utk menutup tirai 2012.... tp xtau la kot2 ada lg post2 last call 1, last call 2 last call 3 lps ni.... muahahaha....oklah, ride ni bermula dan berkumpul di Pekan Kapar, Klang. Ride yg sempoi, enjoy dan xde rushing2. Kitaorg berkumpul seawal jam 9 pagi dan bertolak dalam sekitar jam 10.30 pagi. Permulaan ride so far ok xde masalah. Kitaorg melalui jalan Klang - Sabak Bernam. Bermula dari sekumpulan kecil pemuda pemudi gang2 RXZ menjadi segerombolan rxz group setelah pick up rakan2 dr Tg. Karang dan Sungai Besar. Gambar kt bawah ni yang akan menceritakan segala2nya..... layannnnnn.......







Careful you are being watched.....!!!!

Superfriends.......




 X laju pun, 120km/sejam jer.... jalan kampung xleh bwk laju2... nk fly2 kang kena baling kayu plak.... hahahaha.....

 Ganas seyhhhhh....!!!!


 Ni aku dlm kebosanan menanti rakan2 dari Sungai Besar kata nk saing ride sekali.


Inilah dia pacaran yang sudah pun berpacar. Pengantin lelaki siap pakai kasut Red Wing lg tuuu... bakar line sungguh...!!! huh!!!  ;p

Monday, December 17, 2012

TRANSFORM RXZ FLAT BDE

Dalam post yang lepas aku cite ttg transfer brg2 rxz flat WBQ ke moto rxz flat BDE. Dalam post kali ni aku nk cite plak keadaan moto asal rxz flat BDE ni masa memula aku beli dulu camne..... gambar menceritakan segala2nya....






Inilah rupa asal rxz flat BDE masa mula2 aku beli dari seorang lelaki India yang tinggal di Taman Sentosa, Klang. Harga moto ni sekitar RM1+++.00 sahaja. Geran disertakan sekali dan yang bestnya lelaki India ni adalah 1st owner.


 Blok masih asal original bersaiz 0.75 Y-1 kegilaan ramai orang...







So ni lah dia rupa rxz flat BDE yang dah aku transform. Tapi belum siap 100% lagi.... sket masa lagi complete insyaALLAH.... 

Tuesday, December 11, 2012

PEMBIKINAN SEMULA RXZ ~ BDE

Kali ni aku nk share kt korang tentang projek yg aku nak buat. Sebenarnya aku baru je beli motosikal RXZ yg kedua pada pertengahan tahun 2012 aritu dengan seorang lelaki India di Klang, flat no BDE selaras dgn model Energy Induction yg nk aku persembahkan nanti. So aku dgn kwn aku pn sama2 membaraikan moto ni untuk di baik pulih semula seperti asal keluarannya dulu. Tapi projek ni tergendala gara2 kwn aku tu dh gi keje kt johor. Aku nak sambung projek ni x bole plak sbb moto kt umah dia. Segan lak aku nk repair2 moto kt umah org. So tunggu jela kwn aku ni blk semula kt kg halamannya... entah bila entah.... :-)


Inilah dia motosikal RXZ yg aku br beli tu. flatnya BDE. coverset tu br je pasang sbb sadangannya nk wat model boss energy induction ngam dn flatnya dan tahun keluarannya....

Haaa... yg ni moto RXZ aku yg 1st flat WBQ. Aku transfer sebahagian brg2nya ke moto RXZ BDE

Baru siap separuh, cuma dapat tranfer sport rim AR 125 ni jer.....

Banyak lg baik pulih yg nak kena buat ni.....

Togel sudah kedua-duanya..... :-) 

WBQ  vs  BDE



 


 Thanks seman (kwn aku) sbb membantu aku baikpulih moto ni. Tp sayangnya dia dh ke johor sbb kena keje kt sana. Normallah org offshore lah katakan....


 Inilah rupa WBQ setelah brg2nya di tranfer ke BDE








 Yang ni moto kwn aku si Seman tu td. Agak tip top jgk moto dia.... full original boss redline....