Wednesday, December 5, 2012

DISEMBER ITU......

Assalammualaikum......

Disember itu, hadir pantas sekali. 

Disember itu, akan berlalu dgn suntuk.
 
Disember itu, saatnya waktu menyingkap tabir tahun berlalu.

Disember itu, membuka tirai lembaran baru.

Disember itu, hati terpaku.

Disember itu, suka duka dan jalan berliku.

Disember itu, adalah sesuatu.

Disember itu, bingit, hingar, haru, sedu dan terharu.

Disember itu, aku masih disini.

Disember itu, masihkah aku menjadi aku.

Disember itu, doakan menjadi satu.

Disember itu, melabuhkan tirai.....

Disember itu, adakah akan bertemu lagi Disember itu.

Disember itu, sentiasa memohon keredhaan yg UHUD.

Disember itu.......

1 comment:

  1. disember makin hampir ke penghujung..
    cepat nyer masa berlalu kan

    ReplyDelete