Wednesday, January 30, 2013

BASIKAL


Bila nak mengayuh? bersawang dah basikal nih... kwn2 aku ramai berkayuh surround Putrajaya. Best sgt ke Putrajaya tu? mcmlah xde tpt lain.... entah pape entah....

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2013 / 1434H

Alhamdulillah pada 24 Januari 2013 (Khamis) yang lalu selesai sudah Perarakan Maulidur Rasul Negeri Selangor. Acara ni memang setiap tahun aku join sebabnya.... sebab ia BEST. Kejadian ni berlaku di Stadium Malawati Shah Alam. Majlis ini di sempurnakan oleh Menteri Besar Selangor dan juga Sultan Selangor. Juga syukur x terhingga pasukan kami menang tempat ke-4..... Gambar menceritakan serba sedikit tentang hari kejadian.








Friday, January 18, 2013

SABTU

Yeah! jom kita bekerja di hari Sabtu...... la la la la......

Sunday, January 13, 2013

BENGKEL RKT (Rancangan Kerja Tahunan) 2013 - GAMBANG, PAHANG.

Assalammualaikum....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya bertugas semula setelah beberapa hari berada di luar kawasan. Pada 10 - 12 Januari 2013 yang lalu satu Bengkel yang dianjurkan oleh syarikat di tempat saya bekerja telah dilaksanakan di Gambang, Pahang. Sejujurnya aku salute pada urusetia kerana bijak mengawal masa dan mengisi jadual disamping dapat merehatkan otak yang telah diperah secukupnya selama 3 hari. Tujuan bengkel ni adalah untuk merancang susunan jadual kerja dan juga tugas2 yang akan dilaksanakan pada tahun 2013. Alhamdulillah semuanya selesai dan berjalan dengan lancar.... syukur alhamdulillah....  :-)





Tuesday, January 1, 2013

MALAM TAHUN BARU

Assalammualaikum,,,, 

Huarghhhh....!!!! malasnya nak gi keje arini, hari2 pun malas... camnelah nk mencapai ke umur 60 tahun ni? larat lg ke kederat aku ni. hhhmmmm..... semalam cuti tahun baru xde gi memana pun melainkan balik ke kg halaman iaitu di Kampung Bukit Cherakah, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor. Korang tau x kampung ni kt mana? mesti x tau kan? tp ada orang diluar kawasan liputan ni boleh beberapa kali tersesat kt kampung aku. Pelik tau.....Entah apa yg dicari pun aku x tau. Ada yang cari dukun pembedahan secara batin la, ada yang cr bomoh nombor ekor la, ada yang cari keris tegak berdiri la, ada yang nak jual beli kereta or moto curi la, ada yang nak cari boyfriend la, ada yang macam2 lagi laaaa...... whatever..... yang aku sedar kampung aku ni memang x sepopular kampung2 orang lain. Kalau yang buruk2 jer memang kampung aku.

Oklah, masa malam tahun baru tu aku dah ada kt kampung sekitar jam 8.30 malam. Lepas borak2 ngan mak abah n dinner aku pn jenguk2 camcung aku. Bertubi2 wasap dari kawan2.... aku pun berwasap-wasapan la cadangannya nk stay up sampai pagi. Sume2 pun tunggu kata putus dr aku. Kalau aku kata ON maka segerombolan mat2 tegar lepak king akan turun yang dari Putrajaya, Bangi, KL, Sg. Besar dan Klang. Lokasi di TTDI Shah Alam.... aku ckp kt diaorg aku pikir dulu sbb ada nk setel hal dulu. Sementara tgk tv tu aku baringlah kejap, tapi entah camne aku leh terlelap plak.... sedar2 dah kul 5 pagi. Hahahaha... so korang taulah akibatnya kan dah berjanji pastu memungkiri. Pagi tu dalam kul 9 pagi baru aku berani nk jenguk camcung. Berbagai jenis makian yang diterima sampai aku gelak guling2.... korang sume kena game dengan aku di malam tahun baru. hahahaha... So dikesempatan ini aku nk mohon maaflah kt korang gang2 lepak king yang tegar. Aku x sengaja, tertidur daaaa..... hahahahaha....