Wednesday, February 20, 2013

KITA INI TETAMU SENJA

 

Kita Ini Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya

Kita datang ini kosong tangan kosong dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan

Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat

Atau segera sesat puja darjat puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat

Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

4 comments:

  1. menjadi tetamu di hujung hidup

    ReplyDelete
  2. in shaa allah..smoga kita xlupa tujuan kita dilahirkan

    ReplyDelete