Wednesday, April 10, 2013

AKU MELAYU DI KOTA INGGERIS



Assalammualaikum....

Aku terpanggil untuk mencari buku ni sebab aku berminat nak tau camne agaknya hidup di perantauan ek. Yelah aku ni x pnh duduk kt obesi sana so xtau liku2 hidupnya camne. Jom kita sama-sama cr buku ni....  :-)

 
 
 
Aku Melayu di Kota Inggeris
oleh Muhaimin Sulam
Harga: RM22.00/RM25.00
ISBN: 978-967-361-074-4
Tarikh Terbit: Mac 2013
Jumlah Muka Surat: 292
___Sinopsis_________________________________________________
‘Aku Melayu di Kota Inggeris’ merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.
Sebelum matinya seorang anak Adam, berbekal titisan hikmah al-Furqan, mutiara sabda Nabi junjungan. Meminjam azimat sang pendekar silam, mantera tabib sufi dan kiasan pujangga. Begitu juga dari bicara lembut bapa yang tidak pernah jemu ditelaah kembali. Resah rindu seorang ibu. Belajar daripada ajaran guru-guru biasa yang luar biasa. Sindiran kawan, cabaran musuh. Mengembara di bumi asing sebenarnya merupakan proses belajar bertawakal, menguji sabar diri dan mencari erti diri sendiri.
Semoga buku bermanfaat untuk pembaca semua, amin.
Info lanjut sila layari www.kemilau.net.my


1 comment:

  1. laaaa...buku rupanyer..ingat kan gi jalan2 kat kota inggeris..baru nak merajuk..gi jalan tak ajak orang..hahhahahaha...

    tak jadi lah merajuk...

    ReplyDelete