Sunday, April 21, 2013

KEJADIAN SERENTAK MISI KE-2 DAN MISI KE-3

Assalammualaikum....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana aku masih lagi bernafas. Untuk sekian lamanya aku tidak meng'update blog so kali ni aku nk ceritakan ttg misi2 aku yg pnh dirancang. Alhamdulillah untuk misi yg pertama telah selesai dilaksanakan iaitu permohonan permit perniagaan MBSA telah diluluskan dan kini telahpun dilaksanakan misi tersebut.... (sila rujuk MISI PERTAMA). Dan alhamdulillah jika mengikut perancangan awal, step seterusnya adalah pelaksanaan untuk misi yg ke-2 iaitu mencari aset utk investment di kawasan2 strategik di Selangor. Namun dalam tempoh sedang meninjau2 kawasan tetiba misi ke-3 dtg menusul tanpa diduga. Makanya boleh disimpulkan misi ke-2 dan ke-3 berjalan serentak. Tinggal lagi pelaksanaan je la yg tu berkaitan dgn mental aku plak. Jika menurut perancangannya juga misi ke-3 adalah utk run blk company construction BAPAK aku tp lain plak jadinya apabila seorang rakan karibku yg lama x jumpa tetiba call.... kjp lg aku cite....

Last 2 week aku tgh wat observation utk rumah yg bakal meletup utk tujuan pelaburan, so misi ke-3 aku hold dulu. Tgh dok observe2 tu tetiba kwn aku call tnya kaba dan terus terjah.... "wan... set up company baru wan, guna nama ko pn xpe" aku pn mls nk tnya byk2 coz aku dh tau rentak kwn aku tu camne. Biasanya apa yg dia suruh tu mmg ada something a new job... "ok choi... bg aku tajuk nnt aku pegi" kebetulan mmg SSM tu sebelah bangunan je dgn tpt aku keje. kwn aku achoi namanya call ari Rabu, so Jumaat ptg aku terus gi SSM register a new company. "wan.... next week ari Selasa aku naik Shah Alam, nnt kita terus gi Cyberjaya, apply cuti siap2lah..."

So company dh register, pagi Selasa br dia cite yg abg dia ada wat supply brg2 tol n set up sistem tol kt highway. So kali ni dia nk bukak cabang baru nk try masuk job kt Highway MEX. So pg tu la br wat company profile n rubber stamp. Siap je sume2 tu terus kitaorg naik ke Cyberjaya. Sampai kt sana terus register company kt Pejabat Urusan Highway MEX. Tp company account x bukak lg... huhuhu... pepandailah nyanyi ngan encik2 kt Highway MEX tu kata kt diaorg akan bg kemudian. So lusanya br gi AMBANK bukak company account dan arini (Isnin) br siap. Syukur Alhamdulillah dlm tempoh seminggu lebih atau 2 minggulah sumenya siap. hehehe.... seiring dgn kesibukan tu, aku laksanakan jgk misi ke-2 terus je register nama kt sales gallery booking. Utk proses loan nnt akan dilaksanakan.... 

Maka dgn ini lengkaplah sudah kesemua misi2 aku tu dan aku mengisytiharkan aku akan sgt bizi lps ni.... huhuhu.... syukur alhamdulillah.... dah lama sgt tido ni, kini aku bangkit semula.....

 MISI KE-2 (RUMAH PKNS)



 MISI KE-3 (SET UP COMPANY)


4 comments:

  1. congratulations!! lepas ni misi ke 4. kahwin! lol~

    ReplyDelete
  2. wahwahwah Juanz ! so next mission is...... jengjengjeng =P

    ReplyDelete
  3. apa2 keje @ tujuan memerlukan perancangan yg teliti n teratur..good job 4 u zuan

    ReplyDelete