Thursday, May 30, 2013

TANAH LOT

Assalammualaikum....

Selamat hari Jumaat semua... 2 hari lepas sempat aku blk ke kampung kjp (alaaa... bknnya jauh pn kg aku dr Shah Alam cuma 45 minit berjarak 80km jer...)sbb ada hal sikit. Abes keje kul 5pm aku terus chow blk kg. Masa lalu kt satu jalan tu aku ternampak banner iklan tentang TANAH LOT untuk dijual. Wah! menarik.... aku amek gambar dan contact number utk deal kemudian. So baru berkesempatan semalam aku call dan berborak panjang pasal tanah lot yg nak dijual tu. Org tu @ pemaju yang bertauliah entah tak, menerangkan yg tanah lot tu dah di pecah kepada lot kecil bersaiz 50 X 75. Harganya RM57, 000/lot. Kalo nak pakej sekali siap dgn rumah harganya RM 100K ++. Ok bab tu aku skip kjp, yang aku nk tau ialah status tanah, camne dgn geran adakah dh dipecah geran asing2 (hanya 1 nama dalam geran mengikut pecahan kecil) atau sebaliknya. Pemaju acah2 ni kata lot tanah tu bakal di pecah geran seandainya lengkap dan cukup korum/kuota pembeli. Buat masa terdekat ni geran masih lg 1 owner tp dlm geran tu akan dinyatakan senarai pembeli dan pecahan lot (geran kongsi). Then aku tanya plak tentang status tanah camne? Pemaju acah2 ni ckp status tanah adalah pertanian dan kemudian nanti diaorang akan uruskan. OOOOoooooo.... ok..ok...ok... perbualan aku sampai disitu dan sebelum mengakhiri perbualan aku nk mtk no lot tanah tu untuk dibuat rujukan sedikit.

So tadi ada berhubung dengan rakan di Jabatan Perancangan dan Desa Selangor serta rakan di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor untuk menyemak tentang status tanah serta zon kawasan untuk 10 tahun akan datang. Jeng...jeng...jeng.... hasilnya...

Status Tanah : Pertanian

Zoning : Kawasan pertanian dan tidak akan ada pembangunan untuk jangkamasa akan datang. Ini bermakna tanah tersebut tidak akan boleh dan TIDAK sama sekali boleh ditukar kepada status pembangunan.


Geran : Tidak boleh di pecah kepada geran asing mengikut skala kecil bagi tujuan pembangunan kecuali jika tanah 1 ekar hanya boleh dipecah geran asing kepada 2 bahagian iaitu 1/2 ekar untuk pertanian. AKTA KANUN TANAH NEGARA dan SYARAT POLISI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Kesimpulannya :
1. Harga sangat mahal.
2. Pemaju cuba menipu penduduk kampung sebab ckp geran boleh di pecah jd geran asing.
3. Zoning pertanian.
4. RT (rancangan tempatan) tiada pembangunan dan industri di kawasan tersebut.
5. Pemaju sendiri tidak mempunyai cukup pengetahuan tentang syarat tanah dan pembangunan.
6. Jangan beli nanti kemudian hari akan bergaduh sesama sendiri.
7. Susah nak buat wasiat dan faraid jika sudah meninggal dunia.
8. Sekian terima kasih......

p/s : Tapi lokasi tanah tu sangat strategik, tepi jalan utama dan dah banyak kemudahan sedia ada. Akses jalan kuar masuk pn dah ada... aduhai... terbakar jiwa nih.... hehehehe.....



4 comments:

  1. I tot at first it was goin to Tanah Lot, Bali. Hahaha

    well, pasal kes tanah tu. Hurm with power of money, everything can do. Even disobey the law.

    ReplyDelete
  2. yeah! i agree ur statement bout the "power of money"... :-)

    ReplyDelete
  3. hmm..tak yah buat rumah..tanam padi ke..getah ke..pisang ke..hehehe

    ReplyDelete
  4. xpe leh cari lgi....ada duit sume leh jd

    blik kmpung ...nk kawen ke...kihkihkih

    ReplyDelete