Tuesday, May 28, 2013

WESAK HOLIDAY BATU PAHAT, JOHOR JDT

Assalammualaikum....

Sebagai pembuka bicara aku arini aku nk share kt korang percutian yang singkat tp happening. Ok last week cuti umum Hari Wesak jatuh pd ari Jumaat. So aku pun merancang untuk melawat sahabat handai di Batu Pahat yang dah lama aku x jumpa. So on paper jadualnya bertolak pada pagi jumaat estimated sampai sana dalam pukul 11 pagi. Sampai je member aku dh tggu kt Bandar Batu Pahat dan dia terus bawak aku pegi makan nasi briyani gam dekat Taman Soga. lepas makan terus pegi solat Jumaat kat masjid Bandar Batu Pahat. Lepas solat barulah pegi check in kt Homestay siap2 mandi2. Datang jauh2 takkan nk rehat2 n tido2 brader... hehehe... dah mandi, dah wangi baru kuar balik pegi ke kilang Claytan pusat jualan tembikar tersohor. Tp aku bukan pegi kt kilangnya tp pegi kat dpn kilang Claytan tu saje tgk2 tembikar reject2 yang dijual murah dr harga pasaran. On the way balik singgah kat Ayer Hitam sbb one way kannn.... xde beli papepun just usyar2 teddy bear besar2 itu jer. Hah! perut plak dah berkeroncong.... mmg masa dah time ni. Call member soh dia tggu kat Bandar Batu Pahat utk guide aku ke destinasi seterusnya. Sampai kat Bandar Batu Pahat tu jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kitaorg terus je pegi kat Jalan Sultanah untuk makan MEE RACUN!!!! pergh! superb babe!!!...

Dah makan kenyang2, badan letih, bau busyukkk dan mata pun layu..... baliklah ke Homestay kat Taman Soga area Bandar Batu Pahat tu. Lepas mandi dan solat jamak rileks2 tgk TV mata pn semakin layu. Tetiba hanphone aku berdering lagu "brother louie". "wan, yok ngeteh".... "kat mana?" ...."Jom jelah 10 minit lg aku amek ko". adoi.... kena tahan mata ni rugi x ngeteh dgn sahabat karib. So apa lagi? tukar kain pelikat dgn jeans 501, t-shirt AX lengan panjang sbb malam dan dipadankan dgn kasut converse....ups! jgn lupa x baik berembun tau.... terus je capai cap quicksilver pelindung embun dan..... zassssss..... out to Batu Pahat Walk.

Keesokannya pagi Sabtu terus check out utk mencari sarapan pagi yg best2 kt Batu Pahat. Member aku guide skali lg. Kali ni dia bawak aku round2 kt Bandar Batu Pahat tu tgk pasar karat, pasar pagi dan last sekali kitaorg port kt LONTONG SATE. Sekali lg aku nk memuji orang2 Batu Pahat memang superb!!!! lepas sarapan terus kitaorg bersalam-salaman dan berpelukan dgn jiwa acah2 sayu pilu gitu.... hehehehe.... destinasi seterusnya ialah menuju ke gerai NASI BRIYANI MAD SHAH tepi sungai untuk tapau bawak balik ke Selangor. Kemudian meneruskan perjalanan ke Muar ataupun MUO org sana panggil untuk lunch MEE BANDUNG MUAR plak.... hahahaha.... puas2..... dah kenyang terus je balik Klang dan xnak singgah2 lagi sbb niat asal adalah nak makan NASI BRIYANI, MEE RACUN DAN MEE BANDUNG.  So selesai sudah sebuah percutian jalan2 cari makan..... burrpppp.... alhamdulillah.....


MEE RACUN JALAN SULTANAH BATU PAHAT.


MEE BANDUNG MUAR


GIFT DARI BATU PAHAT DARI SEORANG SAHABAT KARIB.... JERSEY JDT HARIMAU SELATAN....


No comments:

Post a Comment