Wednesday, November 19, 2014

NUKILAN SIKSA

Nukilan siksa

Saat berduka, kau menjadi hiba, saat ketawa, kau merana, hati sembunyi tercetus sanubari, menyingkap labuhnya kehidupan untuk meneruskan, kerana sesuatu itu sukar diungkapkan. Terjadi lagi dalam mimpi, mungkinkah senja melambai sepi, mungkin ini saat yg di nanti, tetapi rupanya hanyalah dalam mimpi. Tak terperi, tak teruji, walau sekelumit dara panji2, takdir pemisah menjadi saksi, aturan Yang Maha Esa sangat sempurna........


Thursday, November 6, 2014

SALAM JUMAAT

Assalammualaikum.....


Setiap manusia mempunyai kisah silam yang pahit, suka dan duka dalam kehidupan. Tak semuanya indah dalam kehidupan ni kerana manusia di beri aqal utk berfikir dan diberikan ujian untuk menentukan tahap aqal boleh menimbang kira baik buruk atau menangkis setiap ujian yang diberikan. Jadikanlah setiap kesilapan yang berlaku sebagai pembelajaran untuk terus melangkah ke depan.

Wednesday, October 29, 2014

SEMBANG KOSONG

Assalammualaikum....

Pekaba korang sume? Bersiaran lagi kita yer setelah lama x menulis. Hurmmm.... x tau nk mula dr mana sbb byk sgt cerita yg bercampur aduk. Nak cite pasal keje rasanya mcm dh kerap sgt update psl keje tp itulah dia.... sememangnya kebizian dan sebahagian besar hidup ni mmg asyik bekerja jer. Dah x mau fikir 2014 sebabnya terasa 2015 nnt kehidupan yg lbih mencabar duniawi dan ukhrawi. In Shaa Allah panjang umur boleh berjumpa semula dalam alam maya dunia blog ini.... sekian.... terima kasih...

Wednesday, October 8, 2014

Assalammualaikum.....

.... tata......tata.....tata......

#terasanakmakancharkueyteow
#5247
#373


Tuesday, September 30, 2014

POSTING 1ST OCT 2014

Assalammualaikum...

Motip tetiba rajin lak nak menghapdet blog??? dasar sgt kannnnn.... bole je bknnya x bole. Bila dh dimulakan mmg pasni berderet-deretlah posting2 merapu... katenya bizi? tersangat2 bizi ni pun sempat jgk nk posting sepatah dua ayat utk hari pertama dalam bulan Oktober. Minggu ni dalam jadual kerja Isnin - Khamis adalah masa untuk bermesyuarat. So makanya mmglah kena buat laporan mesyuarat dan ke hulu ke hilir terkejar2 meeting tu. Nak dijadikan cite, ada satu lagi tambahan tugassssss...... nak tau x? ai olls dpt gi kursus mengendalikan bot tau pada 11 - 14 Oktober 2014. Perasaan gembira berbaur pening2 jap penuh persoalan... "kenapa mesti aku?????" hurmmmmm... anggap jelah ini rezeki dr Allah sbb kita x tau apa akan jadi di hari mendatang. Sebab kursus ni adalah permulaan untuk aku layak menduduki exam pengambilan lesen mengendalikan bot. Manalah tau rezeki aku pasni boleh buat part time job bwk org gi mancing kt laut pulak kan.... manalah tau... layan jer.....

Tuesday, September 16, 2014

SUATU WAKTU DULU



- Suatu Waktu Dulu -

Ketika ini suatu waktu dahulu
Ku ke sini denganmu
Kita dirikan sebuah tugu harapan
Dengan keyakinan masihku ingat
Tanganmu kugenggam erat
Tandanya bersepakat

Pernah katamu
Susah-senang, suka-duka
Kita hadapi berdua
Mersiknya suaramu
Melenyapkan raguku
Mentari jadi cair oleh janjimu
Bahwa ikatan tak berakhir

Ketika ini, suatu waktu dahulu
Tak pernah kufikirkan
Akan kemari bersendirian tanpamu
Mencari tugu harapan
Suatu waktu dahulu

Monday, September 1, 2014

LET'S TOUR TO JOHORE ON INDEPENDENCE DAY

 
Holiday in Independence days 30 - 31 Ogos 2014

Ini namanya percutian yang tak terancang... ikut suka hati. hahahaha.... oklah sebenarnya Jumaat malam Sabtu tu mmg kena duty jaga pam air kt Bestari Jaya dari kul 7.00pm - 7.00am. So pagi Sabtu tu blk dr keje mata xleh nk lelap segar bugar jer... (padahal dah berjaga semalaman mlm tu). Bila dh resah gelisah tu mulalah otak cr idea nk gi merayau. Idea x dpt lg tapi dh masuk bilik packing2 baju terus je kuar umah xde hala tuju. drive menghala ke Selatan akhirnya nekadkan hati pegi jelah Batu Pahat, tu yg merayau2 sampai ke sana sampailah ke kenduri kawen adik member kt Kg. Parit Warijo Seri Medan dptlah mkn Nasi Briyani Original org kg punya.... (FREE). 

Lewat petang dlm kul 6.30 petang baru check in hotel bajet kt Taman Pura Kencana berhampiran dengan Parit Raja - Batu Pahat. Lepas Isyak merayaukan diri untuk misi mencari mee racun. Lewat mlm plak sambung "ngeteh" dgn kwn2 Batu Pahat (Parit Yaani, Parit Raja, Parit Sulong, Sri Gading) plak sampai awal pagi. 

Keesokkan harinya pada pagi Ahad (Hari Merdeka) dalam kul 9.00am dh check out hotel untuk misi mencari Lontong Warisan Hj. Salim (search kt blog). Alhamdulillah jumpa jgk tempatnya. Lepas Breakfast dh mati akal xtau nk kemana....terus lagi kereta bergerak mengikut hati pemandunya sehingga sampai ke Ayer Hitam. Singgah sebentar hanya sekadar cukupkan syarat untuk sampai dan beli sedikit ole2 untuk dibawa pulang ke Selangor Darul Ehsan.

Arghhhh.... tgk jam baru pukul 11.30 pagi, masih terlalu awal,,,, nak kemana lagi ni??? hurmmmm.. nk naik JB pun xde mende. Cuba bukak wallet.... Oklah gagahkan hati pegi jelah JPO walaupun terdapat kekangan kewangan sebab aku yakin aku mampu tabahkan hati dan mengawal hawa nafsu 1/9. Akhirnya ternyata aku berjaya sampai dan berjaya untuk tidak membeli apa2 di JPO... yesssss.......hahahahaha.....

Lepas window2 kt JPO aku pun terus balik sempat singgah kat R;n;R Machap untuk makan dan terus bergerak balik. Sampai je Seremban seperti biasalah roti mtk jem.... tgk jam kt tgn, tgk keadaan, oklah aku terus membelok kekiri ke susur keluar Port Dickson..... jalan ni seperti yang sedia maklum akan melalui pekan LUKUT - KLIA. Senyum sendiri berbaur suka duka yang x mampu diungkapkan terus bergerak sambil fikiran menerawang sehingga tanpa sedar telah sampai ke R'n'R Dengkil. Berenti sekejap untuk makan dan solat dan akhirnya terus balik ke Klang dengan selamat.... Alhamdulillah..... sekian.....


Welcome to Batu Pahat, Johore

Kilang Mancis... eh, silap2..... kilang Munchys....


 Berehat sebentar di Masjid Kg Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat.

Misi Mencari Mee Racun
 
 
 Mee Racun cawangan ke-2 di Batu Pahat berhadapan dengan PineTree Hotel dan berhampiran dengan Bangunan Tabung Haji.
 





 2nd-day : Lontong Warisan Hj. Salim Parit Raja..... superb...!!!
(tapi tekak aku masih lagi setia kpd lontong klang)
 
 
J.P.O

~ me ordinary man ~

Yang ni xde masuk dlm list tour..... saje singgah2 dah 4-5 kali ke sini tp pulang hampa tgn kosong sbb lbh suka window2.... boleh jd point utk dtg lg nnt.... hihihihi.....

Thursday, August 28, 2014

31 OGOS 2014

Cuti 3 hari bermula dari 30 Ogos 2014 - 1 Sept 2014 nak kemana kita? local? over the sea? or.... see the sea only? hahaha.... xde idea nk gi mana, rasa mcm nk duduk rehat2 kt umah jer.... maklumlah penat sgt bekerja siang malam. So mcm biasa..... perangai UN-PLAN tu mmg dah sebati dalam diri ini nak wat camne kan? sesuka hati je nk kemana, ikut gerak hati, ikut keadaan semasa, ikut mood, ikut kemahuan, ikut-ikut org jer, ikutkan hati nk tido je kt umah.... muahahahaha.....

#lastyear31ogosaikenakejeyounayakatorang
Assalammualaikum....

Daha lama x menulis/menaip kt sini. Daha lama x jiwang2 karat......aku kebizian.....

#kbye

Sunday, July 20, 2014

BILA TIBA

BILA TIBA - UNGU

Saat Tiba Nafas Di Ujung Hela
Mata Tinggi Tak Sanggup Bicara
Mulut Terkunci Tanpa Suara

Bila Tiba Saat Berganti Dunia
Alam Yang Sangat Jauh Berbeda
Siapkah Kita Menjawab Semua
Pertanyaan

Bila Nafas Akhir Berhenti Sudah
Jatuh Hati Pun Tak Berdaya
Hanya Menangis Tanpa Suara
Ooo...

( Korus )
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Ooo...

Mati Tinggal Menunggu Saat Nanti
Ke Mana Kita Bisa Lari
Kita Pastikan Mengalami
Mati

( Ulang Korus )

Tuesday, June 24, 2014

PENING

Assalamualaikum...


Weeehooooo!!! Hahahahahah!!! Gelak besau kekdahnya kan.. haaaa! sebab apa.. sebab cita2 untuk menghapdate blog dengan jayanya tidak tercapai.. Kenapa kan? Hamek kau.. skali tak berhapdate hampir 2 bln.. Hik hik hik.. Ok la.. just nak bagi bernapas jap.. Nanti wa rajin.. wa hapdate.. Adios... ;)

Sunday, May 11, 2014

SALAHKAH (LIRIK LAGU)

SALAHKAH  ~ Hafiz & Rossa (OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta)

Hafiz
Salahkah ku bila mencintamu sepenuh hati
sedang ku tahu pasti keluarga tak merestui

Rossa
Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang
untuk kita berdua 

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua 

Hafiz
Dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki 

Salahkah ku bila mencintaimu
mencinta sepenuh hati 

Rossa + Hafiz
Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang
untuk kita berdua 

Rossa
Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

Hafiz
Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki

Salahkah.. salahkah
Salahkah.. salahkah ku..

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik "SALAHKAH"
ROSSA & Hafiz
Composed by Moh Charly Van Houtten
Arranged by Badai Kerispatih

#someone#

KILAUAN EMAS

Assalammualaikum....

Setiap hari Rabu kt astro ada rancangan Kilauan Emas... gua lyn mak gua beb! lg syok lyn Kilauan Emas daripada layan AF. Suara dr otai2 memang berbisa..... so pada musim ni terkejut aku ada seorang peserta tu rupanya daripada penyanyi Kumpulan Arrow. Suaranya still maintain mcm dulu2.... bila gua tgk dia terus teringat lagu2nya semasa zaman2 persekolahan di sekitar tahun 1997 - 1998. So kat bawah ni aku ada sharelah salah satu lagu hits beliau pada masa tu.... layannnnnn.....





Lyrics:
Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna
Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati
(Korus)
Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
[ Sendu Di HatiMu Rindu Di JiwaKu lyrics found on http://lyrics.my ]
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu...
Kuterasa dunia ini bagai terhenti
Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku
Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hati kuini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati

Wednesday, May 7, 2014

WACAKNA

Keindahan yang dicari takkan kekal abadi tetapi sanubari yang sebati menjadi intipati sejati untuk terus mekar hingga ke hari ini. Tatkala senja melabuhkan tirainya saat sang suria menukar haluannya, tatkala itu juga aku semakin meningkat angka dunia seandainya masih di izinkan untuk dijadikan khalifah di bumi suci ini. Detik waktu terus berlalu menitip disetiap sudut hati ketika kegundahan ini kian membara menantikan saatnya tiba tetapi sekadar indah seperti pelangi pulang petang yang akan hilang bersama memori melankolia. Sekadar mencarna di alam pena maya bagi memecah arus deras seperti derasnya detik itu berlalu..... andainya itu ketentuannya, andainya itu takdirnya, kembara jalanan akan hinggap di setiap hentian waktu selagi masih ada kesempatan.................. Insya allah.


Sunday, March 30, 2014

MONOLOG

Dah lama rasanya x bermonolog kt sini. Ada juga rakan2 blog yg bujang bertukar status berkahwin, yg single kini bercouple, yg berkahwin kini bakal melahirkan anak. Terlalu lama rupanya aku melupakan dunia maya ini. Tiada topik yg istimewa utk dikongsikan krn aku sendiri x tau kemana hala hidup aku. Dilema dalam diri yang tiada penyudahnya. Andai diizinkan ALLAH utk aku digerakkan hati utk menulis lagi akan aku laksanakan. Mencuba sekadar yg termampu walaupun berat utk menaip. Kini hanya debunga wangi yg mengharum dlm igauan. Penulisan juga semakin dilupakan sehingga segala ingatan cuba diluputkan.

Monday, March 17, 2014

DIAM

Perlukah aku bersua? keadaan yg memaksa aku untuk terus berdiam diri namun begitu....

Diam bukannya lupa,
Diam bukannya alpa,
Diam bukannya leka,
Diam bukannya gembira,
Diam masih menunggu,
Diam masih ingin berbicara,
Diam masih mengharap,
Diam masih menanti,
Diam semoga bahagia,
Diam semoga berjaya,
Diam semoga sejahtera,

Namun....

Diam adakalanya memendam..... aku rapuh.....

#semakinkronik# pandanganku#penyakitku#adakahakanpulih#ohtuhan#