Assalammualaikum.....
Last 2 weeks kat office aku ni ada diadakan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) atau reward mana2 kakitangan syarikat yang bekerja dengan bagus dan banyak menyumbang kepada keuntungan syarikat. Majlis sangat meriah dan tahniah diucapkan kepada rakan2 yang telah berjaya mendapat APC tersebut. Aku hanya mampu tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan majlis tersebut tanpa berlengah lagi.
Aku ada ALLAH.....
Inilah kehidupan..... belajarlah hidup mengenal alam semulajadi, belajarlah hidup untuk mengenal erti kehidupan, belajarlah hidup menghadapi ragam manusia, belajarlah hidup mengenal diri sendiri dan belajarlah hidup lebih mendekatkan diri dengan Allah.
Aku ada ALLAH....
Sekadar luahan, hanya di dalam blog ini aku luahkan segala yg terpendam. Selama lebih kurang 12 tahun aku berkhidmat, bekerja dan menempuh segala kepayahan syarikat naik turun, silih berganti kakitangan yang pergi dan yang hadir.... aku tersenyum... pahit manis dan segala rahsia rasmi dalam genggaman aku, Aku tersenyum masih wujudkah aku?
Aku ada ALLAH.....
Hanya segelintir yang memahami diriku dan hanya segelintir yang tahu kepayahan dan sumbangan besar aku di dalam syarikat tersebut. Ianya lucu bukan? kisah syarikat harus diceritakan di alam maya..... harus? dengan siapa lagi aku nak mengadu selain dari Allah? aku x punya sesiapa.... aku pendendam juga pemaaf. Aku perahsia..... pandai bermain dengan kata2, pandai bermain dengan watak, pandai mengelirukan emosi kepada umum. Aku bijak mengawal situasi namun kadangkala aku tewas tetapi dengan siapa aku harus mengadu? Aku x punya sesiapa....
Aku ada ALLAH.....
Kisahnya "simple" sahaja...tajuk utamanya ialah "Tiada Penghargaan Di dalam Kerjaya". Pada aku.... aku adalah seorang yang bukan hanya memandang dari satu sudut. Aku suka memandang dari pelbagai sudut, bila terjadi sesuatu perkara musibah atau muhibah pasti ada penyebabnya dan puncanya... Kenapa aku tidak dihargai? aku tanya semula kepada diri aku.... Pernahkah aku menghargai orang lain? setiap yang berlaku adalah ketentuan dari ALLAH. Mungkin calon APC yang baru 2 tahun berkhidmat pandai mengambil hati orang disekeliling, tidak menyakiti hati orang lain, peramah, ringan tulang berlainan sekali dengan kakitangan yang telah berkhidmat selama 12 tahun yang kerapkali mendatangkan masalah dan menjengkelkan ramai pihak. Aku tersenyum......
Aku ada ALLAH....
Kisah dan tauladan ini banyak mengajar aku lebih mendalam tentang kehidupan. Aku tersenyum.... kehidupan ini ketentuan ALLAH namun kita adalah perancangnya. Seronok melihat ragam, gelagat, perangai, manusia yang mempersiakan kecintaan dalam kehidupan. Aku bukan kecewa disebabkan reward/APC atau tiada penghargaan tetapi aku kecewa dengan sikap. Apa yang hendak aku cuba sampaikan adalah berkenaan dengan sikap manusia.... Alhamdulillah jika syarikat tersebut terus maju namun sikap manusia kadangkala menjadikan sesuatu kemajuan itu sukar untuk dicapai atau mungkin boleh dicapai namun dalam tempoh yang sangat lama.
Aku ada ALLAH....
Penulisan aku tidaklah sehebat mana, sekadar luahan emosi si kembara berdikari mencari diri di dalam diri, umpama mimpi di dalam mimpi. Di dalam diri ada lagi satu diri..... sangat susah untuk di huraikan namun ada beberapa insan yang teristimewa untuk melalui dunia tersebut. Seringkali tergetus sendirian seolah2 diri menjadi ramai di dalam diri....Sekadar luahan perasaan..... Aku ada ALLAH......